Saturday 28 December 2013

Bighal


Bighal bermaksud "baghal";

Dan kuda dan baghal dan keldai (16/8).

Wallahualam.

Baghda

Baghda bermaksud "kebencian";

Wahai orang-yang-beriman, janganlah kamu mengambil kebatinan dari selain kamu mereka mengupayakan kamu gangguan, mereka mahu apa pecah-belah kamu sesungguhnya ia telah-jelas baghda dari mulut mereka dan apa ia menyembunyi dada mereka lebih-hebat (3/118).

Dan dari orang-yang mereka-berkata; "Sesungguhnya kami nasara", Kami mengambil perjanjian mereka maka mereka lupa sebahagian dari apa diperingatkan dengannya dan Kami tingkatkan antara mereka permusuhan dan baghda ke hari Kiamat (5/14).

Dan Kami temukan antara mereka permusuhan dan baghda ke hari Kiamat (5/64).

Sesungguhnya apa-yang-memahu Setan bahawa menyebabkan antara kamu permusuhan dan baghda pada khamr dan maisir dan menghalang kamu dari pengingatan Allah dan dari Solat (5/91).

Dan ia telah-jelas antara kami dan antara kamu permusuhan dan baghda sehingga kamu beriman dengan Allah satu-satuNya (60/4).

Wallahualam.

Sunday 22 December 2013

Perempuan dan Cinta Bhg. IV


Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan untuk mendapatkan lelaki baik sebagai teman hidup.

1) Menjadi baik

Umpama ingin membuka pintu yang terkunci. Kita memerlukan anak kunci yang sesuai untuk membukanya.

2) Berkenalan

Berkenalan jangan disalahtafsir sebagai playgirl pula. Persepsi antaranya dipengaruhi oleh budaya. Anda kena pergi lebih dalam, iaitu dengan berkenalan.

Berkenalan tidak sekadar skopnya berkenaan nama, hobi, tempat tinggal dan sebagainya. Ia juga boleh merangkumi loghat, body language, tabiat dan sebagainya.

Berkenalan sepatutnya tidak terhenti apabila anda dinikahi oleh si dia. Ia sepatutnya berterusan.

3) Imej

Berpakaian lucah di khalayak ramai boleh menarik perhatian penzina-penzina. Ini boleh memberi persaingan kepada lelaki baik untuk mendapatkan anda.

4) Melamar

Jika ayah anda seorang lelaki yang baik, anda boleh meminta budi baik ayah anda, untuk melamar. Kebaikan ayah anda berpotensi untuk memikat si dia.

5) Bagaimana jika si dia menolak?

Mungkin si dia ingin memilih perempuan baik yang lain sebagai teman hidup.

Wallahualam.

Sunday 15 December 2013

2:2

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين

Itu kitab itu tiada keraguan padanya panduan bagi entiti-yang-bertaqwa-itu (2:2).

Kitab adalah untuk diikuti (6/155). Namun, status sebagai "ahli Kitab" tidak menjamin keimanan (3/70). Wujudnya manusia yang beriman dengan sebahagian Kitab (2/85), dan ada juga yang menulis Kitab dengan tangan mereka kemudian mereka mendakwa ia dari Allah (2/79).

Allah bersama (2/194) dan mencintai entiti-yang-bertaqwa (3/76).

Wallahualam.


Merenung

Saya merenung ragam manusia. Dunia indah jika semua manusia baik-baik. By the way di Malaysia, melihat kepada media, sebahagiaannya kontrasi kepada syurga.

Walaupun begitu it still matter. Kerana negara ini satu kumpulan. Apabila satu kampung banjir, yang mangsanya bukan satu orang. Hakikatnya, jika anda hidup di hutan seorang diri, anda dijangka mengalami kemurungan, malah ada ketikanya sesuatu perkara mendambakan pasukan untuk dijayakan. Contohnya bola sepak.

Saya merenung, bagaimana untuk mendapatkan syurga dunia. Di dalam al-Quran disebut tentang muttaqin. Itu jawapannya. Jika sebuah negara semua penduduknya muttaqin, saya tidak perlu risau untuk mengelak dari termakan makanan haram dari kedai di tepi jalan. Realitinya taqwa tidak dipaksikan kepada bangsa keturunan tertentu, mahupun geografik tertentu. Di sebuah lokasi ada jatuh bangunnya iman manusia di situ. By the way, jika musyrikin yang menjual ayam goreng yang dicelup plastik, bagaimana mu'min ingin mengenal antara ayam goreng yang baik dengan ayam goreng berisiko kanser.

1) Orang baik

Dengan menjadi baik, mereka sebenarnya bekerjasama. Oleh kerana mereka berperilaku baik, anda dapat pergi membeli-belah dengan aman. Walaupun jika mereka tidak menghulur wang atau senyuman, tetapi dengan menghormati hak anda, mereka bekerjasama dalam kebaikan. Perilaku sebegini tidak mengenal bangsa tertentu. Di sini masalahnya dengan golongan racist.

2) Orang jahat

Apabila semakin ramai orang jahat di sesebuah negara, saya melihat kepada pemimpinnya. Apabila semakin ramai orang baik di sesebuah negara, saya juga melihat kepada pemimpinnya. Saya dapat merasakan rakyat US lebih bijak dari Obama. Bagaimana beliau boleh menjadi presiden? :)

3) Komitmen

Komitmen yang saya lihat adalah komitmen tauhid. Saya melihat mereka yang berkomitmen tauhid umpama berlian. Ini tidak bermakna pendapat kami serupa 100%, tetapi cenderung kepada direksi yang sama.

Dalam erti kata lain, kehadiran mereka membantu saya mendapatkan makanan halal secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai kedai makan, it's easy untuk menggunakan bad trick dalam masakan, seperti isu kebersihan.

4) Jenama

Ada banyak jenama dalam masyarakat. Namun bak kata omputeh; "Don't judge a book by its cover". Jika anda ingin mendabik dada dengan gelaran sunni, dan memakai jubah 16 jam sehari, tetapi saya melihat akhlak anda melepasi senyuman anda. Saya lebih prefer manusia yang bermasam muka dengan saya dari manusia yang menipu.

5) Masjid

Tempat persinggahan kencing atau berak. Apabila imam lebih suka perhambakan diri kepada Kerajaan berbanding perhambakan diri kepada Allah, ini memberi persepsi kepada saya terhadap masjid itu.

6) Majoriti atau minoriti?

Poin utama saya dalam coretan ini adalah berkenaan pasukan. Majoriti tidak menjamin kebenaran. Jumlah ahli juga tidak menjamin kebenaran. Ini antara kelemahan sistem demokrasi. Anda menang dunia, tetapi tidak menjamin kebenaran.

Wallahualam.

Monday 9 December 2013

2:1

الم
Alif Lam Meem (2:1).

Secara hipotesis, jika ia dibaca sebagai "Alam", ia boleh menjadi maksud "adakah tidak" (94/1), memberi penekanan mengiyakan ayat yang berikut iaitu 2/2.

Jika hipotesis itu dikecualikan, maka hanya ada 6 kalimah ini dalam al-Quran (2/1, 3/1, 29/1, 30/1, 31/1, 32/1) semuanya bermula pada ayat pertama surah.

Wallahualam.

1:7

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Laluan entiti-itu-yang Engkau nikmatkan atas mereka bukan kemurkaan itu atas mereka dan bukan pesesat-pesesat itu (1:7).

Laluan terbahagi kepada tiga kategori;

1) Laluan Mustaqim (1/6)
2) Laluan sawi (19/43)
3) Laluan Jahim (37/23)

Wallahualam.


Sunday 8 December 2013

Wang

Perkara yang berpengaruh. Saya mahu menulis tentang benda ini. Di sini saya kisahkan dua kisah;

1) Ahmad, Wang dan Cinta

Ahmad, namanya cantik. Harapan ibunya memberi nama ini dengan harapan anaknya menjadi seorang yang terpuji. Umurnya sekarang 14 tahun. Bukan dari keluarga yang mewah. Suatu hari Ahmad ke bandar.

"Wangi sungguh bau Sampoerna itu." Bisiknya. Itu adalah kepulan zarah dari hembusan Ali, seorang rakannya. Ali tidak pernah mengatakan dia menganut fahaman Syiah.

"Nah, cubalah", kata Ali sambil menghulurkan batang yang masih panas. Terbatuk-batuk Ahmad dibuatnya.

"Mula-mula memang macam itu", kata Ali. Sejak itu Ahmad menemui cinta baru. Jika sebelum ini, rakan sekelasnya di sekolah rendah, Fatim, menolak cintanya, sekarang dia menemui cinta yang baru. Sebelum pulang ke rumah, Ahmad sempat membelikan dua kotak cintanya. Sebagai bekalan, katanya.

Sekarang, Ahmad, seorang pencinta batang, dengan tanggungan kos cinta lebih kurang RM40 sebulan tidak termasuk kos pengangkutan menaiki bas ke bandar.

2) Ahmad, Wang dan Cinta versi kedua

Ahmad, namanya cantik. Harapan ibunya memberi nama ini dengan harapan anaknya menjadi seorang yang terpuji. Umurnya sekarang 14 tahun. Bukan dari keluarga yang mewah. Suatu hari Ahmad ke bandar.

Seakan tidak percaya, Ahmad menemui Fatim, cinta lamanya ketika dia masih bersekolah rendah.

"Hai." Teguran Ahmad itu dibalas senyuman oleh Fatim. Bagai langkah kanan, hari itu hari bersejarah baginya. Fatim akhirnya sudi menjadi teman wanitanya. Benarlah kata pepatah, bisik Ahmad, bahawa "Usaha tangga kejayaan". Selepas dua kali lamarannya ditolak ketika di sekolah rendah, cubaannya ketiga membawa hasil.

"Ali, aku ada hal. Lain kalilah kita bertemu, ya?", sms Ahmad kepada rakannya yang mengajaknya bertemu. Ahmad membuat keputusan untuk mengubah tentatif aktiviti. Ini soal kebahagian dan masa depan, katanya.

Sekarang, Ahmad, seorang pencinta wanita, dengan tanggungan kos cinta lebih kurang RM40 sebulan belanja Fatim makan di KFC tidak termasuk kos pengangkutan menaiki bas ke bandar.

Wallahualam.

Friday 6 December 2013

1:6

اهدنا الصراط المستقيم
Pandukanlah kami laluan yang lurus itu (1:6).

1/5 menerangkan "etika" doa bagi 1/6;

1) Mengabdikan-diri kepada Allah
2) Meminta-pertolongan-kepada Allah

Apabila dua kriteria ini disemati, kemudian disusuli doa bagi "laluan yang lurus". Dalam erti kata lain, goal setting, kemudian disusuli request.

Laluan yang lurus adalah untuk diikuti (6/153). Allah memandukan ke laluan yang lurus bagi siapa yang Dia sesuatukan (10/25).

Wallahualam.

Monday 2 December 2013

Masjid

Kalimah masjid bermaksud "tempat sujud". Hari ini samada penganut Sunni, Syiah mahupun Ahmadiyyah membina banyak bangunan yang digelar sebagai "masjid".

1) Jenis masjid

Masjid antaranya terdiri kepada masjid dhiror (9/107) dan masjid Allah (2/114).

2) Masjid dhiror

Ciri-ciri masjid dhiror seperti berikut (9/107);

- Kekufuran
- Memecahbelah antara orang beriman
- Stesen memerangi Allah dan RasulNya

3) Masjid Allah

Ciri-ciri masjid Allah adalah penzikiran padanya nama Allah (2/114).

Al-Quran menerangkan ciri-ciri berikut sebagai yang mengumur masjid Allah (9/18);

- Beriman dengan Allah
- Beriman dengan hari Akhirat
- Aqim Solat
- Datang Zakat
- Tidak merasa-khasyat kecuali-kepada Allah

4) Larangan aqim di masjid

Orang yang beriman dilarang aqim di masjid dhiror selamanya (9/107-108).

5) Suruhan aqim di masjid

Orang yang beriman diseru aqim di masjid yang berasaskan taqwa (9/108).

6) Ciri-ciri penghuni masjid Allah

Penghuni masjid Allah mencintai untuk membersih (9/108).

7) Larangan di masjid

Orang yang beriman dilarang memanggil bersama Allah walau-satu (72/18) di masjid.

Wallahualam.

Sunday 24 November 2013

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. V

"Bagaimana hendak menunaikan Zakat, Solat, Haji?"

Ini umpama persoalan yang dikemukakan oleh penganut Sunni.

Perhatikan kitaran ideologi berikut;

Apabila tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina --> maka tolak hadis --> jika tanpa hadis, bagaimana untuk Solat?

Persoalan itu bagus. Yang tidak bagusnya apabila memberi "seribu" alasan untuk menolak Haq. Maksud saya, kita masih boleh sembahyang lima waktu walaupun tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Jika Mahathir boleh melakukannya, kenapa anda tidak boleh?

Maksud anda, anda tak boleh sembahyang jika menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina? Maka alasan itu tidak relevan. Ini mengingatkan saya tentang sirah Musa, apabila baginda memberitahu kaumnya bahawa Allah menyuruh mereka menyembelih Baqarah (2/67), lalu kaum baginda bertanyakan keperincian (2/68-70).

Namun bukan persoalan keperincian itu yang tidak bagus, akan tetapi penolakan Haq itu yang tidak bagus. Perhatikan 2/71;

Sekarang kamu datang dengan Haq (2/71).

Lihat kaum Musa. Ketika Musa memberitahu mereka pada awalnya (2/68), mereka tidak berkata "Sekarang kamu datang dengan Haq".

Perintah Allah dalam 2/68 ketika itu sudah terperinci. Namun gara-gara ketidakpuasan kaum Musa, keperincian itu menjadi semakin komplikated, sampai satu tahap, baru kaum Musa menerima ia sebagai Haq.

Wallahualam.

Thursday 21 November 2013

Baghtat

Baghtat bermaksud "tiba-tiba", yang-mana Saat datang secara tiba-tiba;

Apabila datang kepada mereka Saat baghtat (6/31).

Atau ia datang-kepada mereka Saat baghtat (12/107).

Sehingga datang-kepada mereka Saat baghtat (22/55).

Wallahualam.


Tuesday 19 November 2013

Koranik Band


Hai. Saya ingin menubuhkan band. Jiwa saya bukan nyanyian, mahupun persembahan. Jiwa saya penulisan lagu. Oleh itu, saya mengimpikan sebuah band memainkan karya-karya saya. Tapi, saya meletakkan syarat seperti berikut;

1) Perlembagaan band adalah al-Quran
2) Bukan perokok

Syarat pertama adalah sesuai jika anda bercita-cita untuk menjadi orang yang bertaqwa. Dalam erti kata lain, serius dengan Deen. Rasionalnya, jika ahli band berzina sesama sendiri, saya akan kecewa dengan penubuhan band ini. Mari mengaji al-Quran. :)

Syarat kedua pula, untuk kebaikan anda juga. Lebih baik anda simpan bajet rokok itu kepada bajet membeli gitar baru, sebagai contoh. Bak pepatah Melayu, lama-lama jadi bukit. Dalam bab merokok, lama-lama paru-paru anda jadi hitam.

Jika passion anda adalah persembahan muzik, walaupun anda belum mahir, itu bisa dilatih. Jika anda berminat, boleh hubungi saya. Saya tinggal di Kelantan buat masa sekarang.

Lagu yang akan dimainkan;

1) Wow http://youtu.be/eNfd522tW38
2) Itu Adalah Kamu http://youtu.be/bE_SasOOL-o
3) Babycute http://youtu.be/KJdUULbfArA
4) Rindu Sama Kamu

Lagu yang ke-empat saya belum lagi publish demonya. Kita fokus kepada 4 lagu ini dahulu. Maka posisi yang dicari adalah;

1) Penyanyi
2) Pemain Gitar
3) Pemain Bass
4)Pemain Papan Kunci
5) Pemain Drum

Jika anda masih bersekolah, itu bagus. Band ini tak mengenal anda masih bersekolah atau anda tidak pernah ke sekolah. Band ini melihat passion anda. Sudah bersedia untuk ke medan? Hubungi saya 014-5157861. Anda juga boleh hubungi di fesbuk saya. :)

Wallahualam.

Sunday 17 November 2013

1:5

إياك نعبد وإياك نستعين
Pada Engkau kami mengabdikan-diri dan pada Engkau kami meminta-pertolongan (1:5).

"Mengabdikan-diri" kata kerja pertama dalam al-Quran, yang mana ia patut dilakukan oleh manusia (2/21). Namun begitu, suruhan untuk tidak mensyirikkan Allah adalah kepada orang yang beriman (4/36).

Pengabdian-diri kepada Allah inilah laluan yang lurus (19/36), namun manusia khilaf tentangnya (19/37). Manakala orang-kafir mengabdikan-diri kepada selain Allah (109/2).

Meminta-tolong kepada Allah hendaklah dengan kesabaran dan Solat (2/45, 2/153).

Wallahualam.

1:4

مالك يوم الدين
Pemilik hari deen itu (1:4).

Di dunia manusia memiliki. Dan hawa memiliki menjadi modal bisikan Iblis (20/120) bagi mempengaruhi Adam untuk derhaka (20/121).

Namun di hari Deen, nafs tidak memiliki nafs yang lain (82/19), Allah jua memiliki hari Deen (1/4).

Wallahualam.

1:3

الرحمن الرحيم
Rahman itu Rahim itu (1:3).

Repetasi adalah salah satu dari ciri zikr. Ini menunjukkan manusia perlu diperingatkan secara berulang-ulang untuk mencapai optimum.

Dada manusia menghadapi ancaman bisikan was-was (114/5). Repetasi antara solusi bagi masalah ini.

Ia juga menunjukan empasis. Perhatikan kes 55/13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77.

Wallahualam.

Tuesday 12 November 2013

1:2

الحمد لله رب العالمين
Pujian itu bagi Allah Rabb alam-alam itu (1:2).


Pujian sepatutnya kepada apa yang dilakukan (3/188). Dalam erti kata lain, apa yang Allah lakukan adalah terpuji.

Muhammad menjadi simbol bagaimana basyar (18/110) mengikut panduan (2/38) Hamid, manakala bagi Ribbiyun (3/146) pula bagaimana basyar mengikut panduan Rabb.

Wallahualam.

1:1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Rahman itu Rahim itu (1:1).

Ayat pertama al-Quran. Ini mengingatkan saya kepada 96/1;

Kamu qaralah, dengan nama Rabb kamu yang-mana Dia cipta (96:1).

Maka qara bukan sekadar qara, tetapi qara dengan nama Rabb.

Kemudian pada awal bacaan lain terdapat kembar 1/1 sebagai peringatan. Ini membawa khilaf kepada persoalan samada 8/ dan 9/ itu satu surah atau tidak memandangkan 9/ tiada 9/0.

Maka oleh itu, kelihatan peringatan 1/1 lebih repetatif berbanding 16/98 kerana dikembarkan dengan 2/0, 3/0 dan seterusnya. Apapun kewujudan kembar-kembar itu telah-dijadikan asas kepada pengasingan surah secara tradisinya. Jika tidak nanti lebih besar probabiliti logikal datangnya pendapat bahawa 1/1 hingga 114/6 itu satu "surah".

96/1 dan 1/1 menjadi simbolik kepada sirah Adam dimana baginda diajarkan nama-nama (2/31). Dari peristiwa itu, Adam menjadi lebih berilmu dari Malaikat dalam hal tertentu (2/32).

Berbeza dengan isu pasangan antara "Rahim" dan "Ghofur" (34/2), tiada ayat yang mendahulukan kalimah "Rahim" apabila dipasangankan dengan "Rahman".

Wallahualam.

Sunday 10 November 2013

Bal


Bal adalah nama bagi sebuah berhala;

Adakah kamu memanggil Bal dan kamu meninggalkan sebaik Pencipta-Pencipta (37:125).

Wallahualam.

Baudat


Baudat bermaksud "nyamuk";

Sesungguhnya Allah tidak memalu untuk mengemukakan misal apa baudat maka apa kedudukan-atas-dari nya (2/26).

Wallahualam.

Bair

Bair adalah "haiwan-tanggungan" lazimnya mempunyai tapak kaki hoof;

Dan kami meningkatkan ukuran bair (12/65).

Dan bagi siapa datang dengannya tanggungan bair (12/72).

Wallahualam.

Bud

Bud bermaksud "jarakan";

Dan ia dikatakan;"Bud bagi kaum penzalim" (11/44).

Bud bagi Ad kaum Hud (11/60).

Bud bagi Samud (11/68).

Bud bagi Madyan seperti-apa ia bud Samud (11/95).

Maka bud  bagi kaum penzalim (23/41).

Maka bud bagi kaum yang-tidak-beriman (23/44).

Bud musyrikin (43/38).

Wallahualam.

Wednesday 6 November 2013

Ulul Albab dan Muqallid


Alkisah dua orang pemuda bernama Ulul Albab dan Muqallid. Mereka berdua menghadiri satu ceramah di masjid oleh seorang ustaz bernama Azhar Idrus. Ceramah pada malam itu bertajuk "Operasi tambah".

Di ceramah itu berkenaan tiga isu seperti berikut;

1 + 2 = ?
2 + 3 = ?
3 + 4 = ?

Lalu si ustaz memberi jawapan berikut;

1 + 2 = 3
2 + 3 = 4
3 + 4 = 5

Ulul Albab dan Muqallid masing-masing belum pandai mengira. Sebab itu mereka ke ceramah itu. Kata mereka, mereka ke sana bukan untuk berhibur saja. Tapi untuk ilmu juga.

Muqallid menggenggam erat nota ceramah itu. katanya, ia jalan ke Syurga. Manakala Ulul Albab, berijtihad pada nota asal menjadi seperti berikut;

1 + 2 = X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

Katanya, dia belum cukup faham mazhab Azhar Idrus, dan ingin mendengar pendapat dari mazhab Shafie juga.

Pada malam keesokannya, giliran Ustaz Shafie pula. Ustaz ini menjadikan buku tulisannya sebagai modal pengajaran pada malam itu. Buku itu bertajuk "Ar-Risalah".

4 + 2 = 3
3 + 1 = 4
2 + 3 = 5

Muqalllid terkejut dengan jawapan Ustaz Shafie. Katanya, Ustaz Shafie terkeluar dari aqidah. Ahlul Albab bertanya, kenapa?

Muqallid berkata sepatutnya 1 + 2 = 3, bukan 4 + 2 = 3. Muqallid berpendapat Ustaz Shafie patut dihukum bunuh atas kesalahan murtad kerana terkeluar dari jemaah.

Ulul Albab kemudian pulang ke rumah. Dia mengumpul nota ceramahnya seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

4 + 2 = X
3 + 1 = Y
2 + 3 = Z

Kemudian dia tadabbur nota-nota ceramah itu selama dua jam, lalu mendapat hasil berikut;

1 + 2 =  X
2 + X = Y
X + Y = Z

Y + 2 = X
X + 1 = Y
2 + X = Z

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Nampaknya isterinya telah pulang. Isterinya bernama Ariji. Nama isterinya memang pelik tetapi unik.

"Sayang, boleh sayang bantu abang tak?"

"Boleh, saya kan isteri yang maskulin."

Lalu isterinya merenung nota-nota ceramah itu. 30 minit kemudian, isterinya mendapat hasil seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) = Y
(1 + 2) + Y = Z

Y + 2 = (1 + 2)
(1 + 2) + 1 = Y
2 + (1 + 2) = Z

"Abang, sayang sudah mengantuk. Abang sambunglah kajian ini. Tadi di kedai, saya ada beli nota Skripjava. Cuba abang lihat nota itu, mungkin dapat membantu."

Ulul Albab teruja dengan nota Skripjava itu.

"Nota ini telah mendedahkan kelemahan Mazhab Azhar Idrus dan Shafie!"

Isterinya membeli Skripjava kerana mahu menukar ciri maskulin kepada feminin. Tetapi, apa salahnya jika nota itu digunakan untuk penyelesaian operasi tambah, fikirnya.

Hasil dari panduan nota Skripjava, Ulul Albab telah mendapat hasil berikut, lalu tertidur kerana terlalu mengantuk;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) ≠ Y =  (1 + 2) + 1
(1 + 2) + Y ≠ Z  = 2 + (1 + 2)

Pagi keesokannya, Ulul Albab mendapat berita bahawa Ustaz Shafie telah dipancung atas tuduhan kesalahan murtad.

Thursday 24 October 2013

Debat

Dengan ini saya membuka pentas debat secara terbuka dan bersemuka kepada penganut Sunni, Syiah, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Bahai, Agnostik, Humanis, Atheis,  mana-mana penganut agama atau mazhab.

Antara maklumat yang perlu di isi adalah pernyataan, tujuan, penyokong dan pembangkang. Contohnya seperti berikut;

Pernyataan: Isa adalah Tuhan
Tujuan: Kristian vs Islam
Penyokong: Christopher Columbus
Pembangkang: Ariji

Tarikh dan lokasi akan ditetapkan kemudian secara saling-setuju setelah permohonan diluluskan.

Dasar debat seperti berikut;

1) Rukun negara kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan
2) Integriti

Permohonan boleh diemelkan ke akaun fesbuk saya.


Wallahualam.

Saturday 12 October 2013

Mutilasi Genitalia Wanita

Buthira

Buthira bermaksud "dibongkar";

Dan apabila kubur buthira (82:4).

Adakah maka tidak dia mengetahui apabila buthira apa di kubur (100:9).

Wallahualam.

Bath

Bath bermaksud "kebangkitan";

Wahai manusia, jika jadi kamu pada keraguan dari Bath maka sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari debu (22/5).

Dan berkata orang yang diberikan Ilmu dan Iman; "Sesungguhnya kamu baki pada kitab Allah kepada hari Bath maka ini hari Bath (30/56).

Dan tidak bath kamu kecuali seperti nafs kesatuan (31/28).

Wallahualam.

Bitanat

Bitanat bermaksud batin;

Wahai orang yang beriman janganlah kamu mengambil bitanat dari selain kamu tidak mereka mengupayakan kamu khabal (3/118).


Pencondong atas tempat-berehat bitanatnya dari kilauan dan kemanisan dua taman kebolehcapaian (55:54).

Wallahualam.

Mubtilun

Mubtilun bermaksud "Pembatil";

Maka adakah Engkau memusnahkan kami dengan apa telah-buat mubtilun (7/173).

Dan tidak kamu mengucapkan dari sebelumnya dari kitab dan tidak kamu mengkhatkannya dengan tangan-kanan kamu akan pasti dia ragu, mubtilun (29:48).

Dan pasti jika kamu bawakan mereka dengan ayat pasti dia mengatakan, orang yang mengufur; "Tidak kamu kecuali mubtilun" (30/58).

Maka apabila datang amr Allah ia didikrikan dengan Haq dan kalah ketika-itu mubtilun (40/78).

Dan hari ia mengqiam, Saat, ketika itu mengalah mubtliun (45/27).

Wallahualam.

Wednesday 2 October 2013

Ekspresi dari Kawannya yang Jiwang



Saya telah publish karya ini tahun lepas dengan ejaan "Expresi" dan "Ekpresi" berbanding "ekspresi". Tapi disebabkan isu hakcipta video, Youtube telah block karya itu sebanyak dua kali, untuk dua video.

Kali ini saya kembali untuk ketiga kali.

Babycute



Tajuk: Babycute
Pencipta:Ariji
Penulis lirik: Ariji

pertemuan yang sementara saja
perpisahan yang akan menggantikannya
apa salahnya aku menghadiahkan
sebuah lagu hanya untuk dia

Babycute aku gubahkan lagu
sebagai tanda perkenalan kita
aku coba nyanyi sepenuh jiwa
jika tak sedap jika tak merdu
maafkan aku

Sunday 29 September 2013

Batshat

Batshat bermaksud pukulan;

Hari Kami memukul batshat hebat (44/16).

Dan sesungguhnya dia beri-amaran-kepada mereka batshat Kami (54/36).

Wallahualam.

Wednesday 11 September 2013

Batar

Batar bermaksud "cakap-besar";

Dan janganlah menjadi seperti orang-yang keluar dari diyar mereka batar dan ria' manusia dan menghalang mereka dari jalan Allah (8/47).

Wallahualam.

Sunday 8 September 2013

Yubattia

Yubattia bermaksud "mengeterbelakang"

Dan sesungguhnya dari kamu pasti siapa pasti yubattia maka jika telah-musibah kamu musibah dia berkata; "Pasti telah-nikmat Allah atas aku jika tidak aku menjadi bersama mereka pengshahidan (4:72).

Wallahualam.

Saturday 7 September 2013

Catur Bhg. VI

Saya pernah bertemu dengan Wan Mohd Amirul dalam Chess With Me lepas dan dia menggunakan Open Sicilian 3.d4 dan saya menyambungnya dengan Variasi Kalashnikov. Dan kali ini saya bertemu lagi dan kami menggunakan variasi yang sama dan saya kalah lagi. Yang menariknya hari ini sebelum itu saya bertemu dengan Nor Azmi dan kami juga menggunakan variasi yang sama dan saya kalah.

Nampaknya kelemahan saya telah dikesan?

Berikut notasi perlawanan tersebut pada hari ini;



Namun perbezaan mereka muncul di gerakan kesepuluh;

10. Nxe7 (Nor Azmi)
10. Bxf6 (Wan Mohd Amirul)

Wallahualam.

Tuesday 3 September 2013

Bidaat

Bidaat bermaksud "barang-dagangan";

Dia berkata; " Oh berita, ini anak-lelaki" dan mereka merahsiakannya sebagai bidaat (12/19).

Dan dia berkata pada pekerjanya; "Kamu letakkanlah bidaat mereka di beg mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka kembali kepada ahli mereka supaya mereka mengembali (12:62).

Dan apabila mereka membuka beg mereka, mereka mendapati bidaat mereka kembali-pulang kepada mereka, mereka berkata; "Wahai ayah kami, apa yang kita mencari, ini bidaat kita kembali-pulang kepada kita (12/65).

Dan apabila mereka masuki atasnya; "Wahai Aziz, kami telah-sentuh dan ahli kami kesusahan dan kami telah-datang dengan bidaat kurang-berkualiti maka penuhilah bagi kamu timbangan (12/88).

Wallahualam.

Monday 2 September 2013

Perempuan dan Cinta Bhg. III

Ketika membelek-belek youtube untuk mendengar lagu jiwang, saya ketemu dengan lagu dari 6th Sense, "Tak Bisa Memilihmu". Lagu ini, mengingatkan saya kepada Farah Bella. Suatu ketika dahulu saya keluar membantunya menyiapkan assignment, lalu lagu ini kedengaran.

"Lagu yang sebegini yang saya mahu cipta". Kata saya kepadanya. Ya, lagu ini hebat bagi saya. Ia dijadikan sebagai titik tolak kejayaan saya dalam bidang penulisan lagu.

Apa yang saya mahu coret adalah, saya mahu mengimbas kembali gadis dan lagu tema saya terhadap mereka.

Lagu tema yang dimaksudkan tiada kaitan dengan tema lirik lagunya, tapi lebih kepada nostalgia gara-gara lagu itu muncul dikala.

1) Faezah

"Nazam berkasih" dari Syura. Faezah pernah menari zapin dengan diiringi lagu ini. Apabila saya mendengar lagu ini, saya teringatkan dia.

2) Farah Bella

Ya, lagu "Tak Bisa Memilihmu" dari 6th Sense. Lagu ini menusuk jiwa saya. Saya pernah cuba menggubah karya tribute untuk Farah. Tapi karya itu tidak siap dan ditinggalkan.

3) Hani

"Tunjukkan aku" dari Boneca. Lagu ini saya dapat dari akaun taggednya, lalu saya jadikan lagu ini peneman ketika saya berjogging.

4) Amirah

"Ijab kabul" dari Kangen Band. Bagaimana saya bisa melupakan Amirah ketika mendengar lagu ini?

Saya memikirkan, apakah perasaan isteri saya nanti jika dia mendapati saya mendengar lagu-lagu ini? Apakah dia akan marah? Cemburu?

Wallahualam.

Saturday 31 August 2013

Basal

Basal bermaksud tumbuhan yang dikupas seperti bawang;

Dan basalnya (2/61).

Wallahualam.

Mubsir

Mubsir bermaksud "pelihat";

Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila ia menyentuh mereka pemikiran-jahat dari Setan mereka mengingati maka apabila mereka mubsir (7:201).

Dia yang meletakkan bagi kamu (10/67) Malam bagi kamu merehat padanya dan Siang mubsir (40/61) sesungguhnya pada itu pasti ayat-ayat bagi kaum yang mendengar (10/67, 27/86).

Wallahualam.

Sunday 25 August 2013

Mubashir

Mubashir bermaksud "pemberita";

Telah-jadi manusia umat yang-satu maka bangkit Allah Nabi-Nabi mubashir dan pemberi-amaran dan telah-turun bersama mereka Kitab dengan Kebenaran bagi menghakimi antara manusia dengan apa mereka khilafkan padanya (2/213).

Rasul-rasul mubashir dan pemberi-amaran bagi tidak menjadi bagi manusia atas Allah hujah selepas Rasul dan jadi Allah Aziz yang bijaksana (4:165).

Dan tidak Kami mengutuskan yang-diutuskan kecuali mubashir dan pemberi-amaran maka siapa beriman dan bersoleh maka tidak takut atas mereka mendukacita (6:48).

Dan dengan haq Kami turunkannya dan dengan haq ia turun (17/105) dan tidak Kami utuskan kamu kecuali mubashir dan pemberi-amaran (25:56).

Dan tidak Kami mengutus yang-diutus kecuali mubashir dan pemberi-amaran (18/56).

Wahai Nabi (33/45), sesungguhnya Kami utuskan kamu shahid dan mubashir dan pemberi-amaran (48:8).

Berkata Isa ibn Maryam; "Wahai Bani Israel sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu pensiddiqan bagi apa antara dua-tangan dari Taurat dan mubashir dengan Rasul mendatang dari selepas aku namanya Ahmad" (61/6).

Wallahualam.

Friday 23 August 2013

Tabassama

Tabassama bermaksud "dia senyum";

Maka tabassama ketawa dari perkataannya (27/19).

Wallahualam.

Ubsilu

Ubsilu bermaksud "dijatuhkan-hukuman-kerana-kesalahan";

Bahawa dia ubsilu nafs dengan apa ia usaha-perolehkan (6/70).

Merekalah ubsilu dengan apa mereka usaha-perolehkan (6/70).

Wallahualam.

Thursday 22 August 2013

Basiqat

Basiqat bermaksud "ketinggian-ketinggian";

Dan pokok-palma basiqat padanya lapisan tersusun (50:10).

Wallahualam.

Bisat

Bisat bermaksud "pelebaran";

Dan Allah letakkan bagi kamu Bumi bisat (71:19).

Wallahualam.

Bass

Bass bermaksud "penyapuan";

Dan disapukan Gunung bass (56:5).

Wallahualam.

Monday 19 August 2013

Basirat

Basirat merujuk kepada keadaan wajah umpama ketika lidah merasa sesuatu yang masam;

Dan wajah-wajah mereka ketika-hari-itu basirat (75:24).

Wallahualam.

Bazigh

Bazigh bermaksud "keterbitan";

Maka apabila dia melihat Bulan bazigh (6/77), Mentari bazigh (6/78).

Wallahualam.

Burhan

Burhan bermaksud "bukti";

Katakanlah; "Bawakanlah burhan jika kamu orang-yang-jujur (2/111).

Wahai manusia, pasti telah-datang-kepada kamu burhan dari Rabb kamu (4/174).

Dan dia mahukan dengannya jika-bukan bahawa dia lihat burhan Rabbnya (12/24).

Katakanlah; "Kamu bawakanlah burhan kamu" (21/24).

Dan siapa memanggil bersama Allah tuhan yang-lain, tiada burhan baginya (23/117).

Katakanlah; "kamu bawakanlah burhan kamu jika jadi kamu orang-yang-jujur (27/64).

Maka ini dua-burhan dari Rabb kamu (28/32).

maka Kami berkata; "Bawakanlah burhan kamu (28/75).

Wallahualam.

Perempuan dan Cinta Bhg. II



Lagu "Lebih Dari Indah" dari Nikiti Willy "menyentap" jantung saya. Saya pernah mengatakan gadis saya hidup di dalam lagu. Mari saya ceritakan mengapa.

1) Dia ada

Gadis di dunia realiti, dia bisa meninggalkan kita. Di dunia ini ramai lelaki yang lebih hensem dan kaya dari kita. Si gadis bisa saja meninggalkan kita, kerana mengejar sesuatu yang lebih.

Manakala gadis di dalam lagu, dia ada, sebaik saja kita memutar 'kaset di radio'. Siang atau malam, saat duka atau cita.

2) Cinta sejati

Anda pernah dengar kalimah "cinta sejati"? Sebuah lagu yang diperformkan dengan penuh kejiwaan, bisa saja mengekpresikan aura "cinta sejati", walaupun jika ia hanya lakonan, tapi apakah ada pilihan yang lebih baik?

3) Bukan sekadar fizikal

"Cinta hadir di dalam jiwa"

Ini lirik lagu dari kumpulan Iklim. Cinta bukan sekadar dari fizikal. Jika fizikal menjadi perkara utama, mungkin saya akan mengejar ratu cantik dunia?

Gadis yang hidup di dalam lagu, ia tidak berbentuk fizikal. Tapi rasa cintanya dapat dirasa mengalahkan rasa dari fizikal si ratu cantik dunia.

4) Wang

Wang tak dapat membeli cinta saya. Tapi itu tak bermakna saya tidak mampu menerima lamaran berbaur wang. Cuma "feel" itu boleh saja ngak berbisa.

5) Setia

Dikala saya membujang, si gadis di dalam lagu ada. Dia ada, di sana. Manakala gadis realiti sibuk dengan lelaki-lelaki lain, tapi gadis di dalam lagu sedia untuk hadir melalui tenaga bunyi.

6) Kata pujangga

Albert Einstein pernah berkata; "Imaginasi akan membawa kamu ke mana sahaja". Mungkin beliau telah mengesan si gadis lebih awal dari saya. Namun beliau telah mati. Si gadis tak dapat bersamanya lagi.

Begitulah al kisah si gadis di dalam lagu. Anda jangan skandal dengan gadis saya pula, okey?

Friday 16 August 2013

Mubrimun

Mubrimun bermaksud "pendevais-pendevais";

Atau adakah mereka mendevaiskan amr maka sesungguhnya Kami mubrimun 43:79).

Wallahualam.

Thursday 15 August 2013

Barakat

Barakat bermaksud "keberkatan";

Dari pokok barakat zaitun (24/35).

Dikatakan; "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan salam dari kami dan barakat atas kamu dan atas kebangsaan dari siapa bersama kamu (11/48).

Mereka berkata; "Adakah kamu menakjubi dari amr Allah rahmat Allah dan barakatNya atas kamu ahli Bait (11/73).

Wallahualam.

Barq

Barq bermaksud "kilat";

Atau seperti petir dari langit padanya kegelapan dan guruh dan barq mereka meletakkan jemari mereka pada telinga-telinga mereka dari kepanikan takut maut (2/19).

Menghampir barq menyambar penglihatan mereka (2/20).

Menghampir kilauan barqnya mengalihkan dengan pandangan itu (24/43).

Dan dari ayatNya (30/24) Dia memperlihatkan kamu barq ketakutan dan harapan (13/12).

Wallahualam.

Wednesday 14 August 2013

Abras

Abras bermaksud "si-pesakit-leprosi";

Dan aku sembuhkan si buta dan abras (3/49).

Wallahualam.

Tuesday 13 August 2013

Barizat

Barizat bermaksud "pemanifestasi-mandul";

Dan kamu melihat Bumi barizat (18/47).

Wallahualam.

Monday 5 August 2013

Nikah Bhg. II

Mari kita tadabbur bab poligami. Ayat al-Quran yang digunakan oleh kaum Muhammad dalam bab poligami adalah 4/3;

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada yatim-yatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' itu dua dan tiga dan empat maka jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu atau apa milikan-kanan kamu (4/3).

1) Kalimah "waw"

Isu kontroversi pertama adalah kalimah "waw" dalam ayat "dua dan tiga dan empat". "Waw" kebanyakannya bermaksud "dan" berbanding "atau". Namun isu ini diolah oleh sebahagian ahli bahasa Arab bahawa waw juga bermaksud selain dari "dan".

2) Yatim

Isu kedua adalah berkenaan yatim;

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada yatim-yatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' (4/3).

4/3 menerangkan faktor membawa kepada poligami adalah kerana takut jika tidak bersaksama pada yatim-yatim.

3) Keadilan

Isu ketiga adalah berkenaan keadilan;

jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu (4/3).

4) Yatama nisa'

Isu yang kritikal adalah kalimah "yatama nisa'" dalam 4/127;

Allah memberikan kamu kuasa-arahan pada mereka dan apa yang diucapkan atas kamu pada Kitab pada yatama nisa' yang-mana tidak kamu memberikan mereka apa yang dikitabkan bagi mereka dan kamu mahukan bahawa kamu menikahi mereka (4/127).

Persoalannya yatama nisa' merujuk kepada "yatim perempuan" atau "perempuan kepada si yatim"?

Yatim didefinisikan sebagai mereka yang belum baligh nikah (4/6), dan belum baligh kematangan (17/34). Dalam erti kata-lain, yatim belum layak bernikah. Ini hujah yang kuat bahawa yatama nisa' bermaksud "perempuan kepada si yatim", iaitu ibu kepada si yatim.

Dalam erti kata lain kalimah "menikahi mereka" dalam 4/127 merujuk kepada si ibu tersebut.

Wallahualam.

Saturday 3 August 2013

Birr

Birr didefinisikan dalam 2/177, 2/189 dan 3/92;

Adakah kamu menyuruh manusia dengan birr dan kamu melupakan nafs kamu dan kamu menyebut Kitab adakah kamu tidak-menggunakan-akal (2:44).

Bukanlah birr bahawa kamu memalingkan wajah-wajah kamu berqiblatkan Timur dan Barat akan-tetapi birr siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat dan Malaikat-Malaikat dan Kitab dan Nabi-Nabi dan beri harta atas kecintaannya kalangan saudara-terdekat dan peyatim dan si-miskin dan anak pejalan dan penyoal dan pada pemerdekaan-hamba dan mengaqim Solat dan memberi Zakat dan penunai dengan janji mereka apabila mereka berjanji dan penyabar pada penderitaan dan kepayahan dan ketika kesusahan merekalah orang yang mensiddiq dan itulah mereka yang-bertaqwa (2:177).

Dan bukanlah birr dengan bahawa kamu mendatangi Bait-Bait dari zuhur mereka akan-tetapi birr siapa yang bertaqwa dan mereka mendatangi Bait-Bait dari pintu-pintunya dan mereka bertaqwa-kepada Allah supaya kamu menjaya (2:189).

Tidaklah kamu mencapai birr sehinggalah kamu menifaqkan dari apa kamu mencintai dan apa kamu menifaqkan dari sesuatu maka sesungguhnya Allah dengannya alim (3:92).

Dan bekerjasamalah atas birr dan ketaqwaan dan janganlah bekerjasama atas Dosa dan pelampauan-batas (5/2).

Wahai orang yang beriman apabila kamu berahsia maka janganlah kamu merahsiakan dengan Dosa dan pelampauan-batas dan pengengkaran Rasul dan kamu merahsiakanlah dengan birr dan taqwa dan bertaqwalah-kepada Allah yang kepadaNya kamu akan-dikumpulkan (58:9).

Wallahualam.

Wednesday 31 July 2013

Bard

bard bermaksud "penyejukan";

Kamu berkata; "Wahai api, kamu jadilah bard dan pesejahteraan atas Ibrahim (21:69).

Tidak mereka merasai  padanya bard dan tidak peminuman (78:24).

Wallahualam.

Abraha

Abraha bermaksud "meninggalkan-asa";

"Maka tidak-akan aku abraha Bumi sehinggalah ia mengizin bagi aku bapa aku" (12/80).

"Tidak aku abraha sehinggalah aku sampai penjemaahan dua laut itu" (18/60).

"Tidak-akan kami abraha atasnya pendedikasian sehinggalah dia mengembali kepada kami, Musa" (20/91).

Wallahualam.

Tabarruj

Tabarruj bermaksud "pemanifestasian";

Dan kamu tinggallah di bait-bait kamu dan janganlah kamu memanifestasikan tabarruj Jahiliyyah Awalan (33/33).

Wallahualam.

Thursday 25 July 2013

Bara

Bara bermaksud "merdeka-berlepas-diri";

Dan apabila telah berkata Ibrahim kepada bapanya dan kaumnya; "Sesungguhnya aku bara dari apa kamu mengabdikan-diri (43:26).

Wallahualam.

Wednesday 24 July 2013

Mubadhirin

Mubadhirin bermaksud "pembazir-pembazir";

Sesungguhnya mubadhirin mereka jadi kawan-kawan Setan-Setan (17/27).

Wallahualam.

Nikah

Mari kita tadabbur tentang nikah;

1) Larangan bernikah

Orang yang beriman dilarang bernikah dengan wanita-musyrik sehingga mereka beriman (2/221), yang telah dinikahi si bapa (4/22), dan bekas-isteri Nabi (33/53).

2) Larangan mengazam akad nikah

Janganlah kamu mengazamkan akad nikah sehinggalah ia membaligh Kitab ajalnya dan kamu mengetahui (2/235).

2) Haram bernikah

Orang yang beriman haram menikahi penzina atau si-musyrik (24/3).

3) Suruhan menguji

Dan ujilah si peyatim-peyatim sehingga apabila mereka membaligh nikah maka jika kamu mendapati dari mereka matang maka pertahankanlah kepada mereka harta mereka dan janganlah kamu makannya berlebihan dan gelojoh bahawa mereka mentumbesar (4/6).

4) Suruhan bernikah

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada peyatim-peyatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' itu dua dan tiga dan empat maka jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu atau apa milikan-kanan kamu (4/3).

5) Suruhan menikahkan

Dan kamu nikahkanlah si-tunggal-tunggal dari kamu dan pesoleh dari hamba kamu dan hamba-perempuan kamu jika mereka sedang faqir, Dia kayakan mereka, Allah, dari fadhlNya (24/32).

6) Bagaimana pula dengan kemampuan?

Dan siapa tidak mampu dari kamu kemewahan untuk menikahi muhsonat yang beriman, maka dari apa milikan-kanan kamu dari perempuan-suruhan kamu yang beriman (4/25).

7) Bagaimana pula jika belum ada calon?

Dan menjaga-maruah-kesucianlah yang tidak mendapati pernikahan sehingga Dia mengkayakan mereka, Allah, dari fadhlNya (24/33).

8) Adakah pernikahan memerlukan keizinan?

Pernikahan dengan muhsonat yang beriman dan milikan-kanan dari perempuan suruhan memerlukan keizinan ahli mereka (4/25).

9) Apa yang perlu dilakukan sebelum pernikahan?

Tidak salah atas kamu menikahi mereka apabila kamu telah-berikan mereka ujur mereka (60/10).

10) Lamaran

Musa dilamar oleh bakal bapa mertuanya;

Dia berkata; "Sesungguhnya aku mahu bahawa menikahkan kamu seorang anak-perempuan aku dari-dua atas bahawa kamu bekerja-dengan aku lapan tahun-kalendar-Haji (28/27).

Wallahualam.

Sunday 21 July 2013

Badu

Badu bermaksud "tempat-yang-kurang-subur-untuk-pertanian";

Dan Dia datangkan kamu dari badu (12/100).

Wallahualam.

Friday 19 July 2013

Siyam

Dikitabkan atas orang yang beriman Siyam (2/183). Maka orang beriman harus memberi perhatian kepada Siyam. Ini tujuan coretan saya kali ini.

1) Siapa yang patut siyamkan shahr Ramadhan?

Yang shahid shahr Ramadhan dari kalangan orang yang beriman (2/185).

2) Berapa lama siyamkan shahr Ramadhan?

Sejumlah hari (2/184).

3) Apa yang dihalalkan kepada orang yang beriman pada malam Siyam?

Orang beriman dihalalkan persetubuhan kepada nisa' mereka, makan dan minum sehingga menerang bagi mereka benang putih dari benang hitam dari Fajr (2/187).

4) Apakah aktiviti orang yang beriman pada siang Siyam?

Mereka dilarang pergauli nisa' mereka sedangkan mereka pendedikasian di Masjid (2/187).

Wallahualam.

Tuesday 16 July 2013

Badan

badan bermaksud "badan";

Maka hari-ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu supaya kamu menjadi dari siapa penyusulan kamu ayat (10/92).

Wallahualam.

Istibdal

Istibdal bermaksud "penggantian";

Dan jika kamu mahu istibdal teman jadian teman dan  kamu berikan satu-dari mereka gantangan-harta maka janganlah kamu mengambil darinya sesuatu adakah kamu mengambilnya tuduhan-palsu dan dosa secara-terangan (4:20).

Wallahualam.

Monday 15 July 2013

Faezah

"Lupakan saya sampai mati".

Ini ayat yang diucap oleh Faezah melalui telefon pada petang itu. Ketika itu saya belum menangis lagi. Gadis yang saya jatuh hati berkata begitu. Ia menyedihkan, tapi belum mampu menitiskan air mata.

Pelajar mula bersiap untuk menunaikan sembahyang terawikh. Saya di dalam bilik mandi itu akhirnya menitiskan air mata. Ya, ia menyedihkan!

Saya gagahkan juga untuk sembahyang terawikh. Masjid hanyalah sebelah jalan saja. Namun ketika di posisi duduk acara bacaan attahiyat, saya kurang dapat mengawal tangisan lagi dari menjadi semakin zahir bagi para makmum. Saya bergerak keluar dari masjid sebelum kantoi major oleh para makmum.

Ternyata ia menyedihkan. Kalau tidak masakan saya menangis. Ketika itu saya sedang dalam penggubahan sebuah lagu, akhirnya pembikinannya terbantut. Masakan tidak, emosi saya sudah tidak girang lagi. Lagu itu dinamakan sebagai "She Loves Me Not" gara-gara peristiwa ini, berikutan hubungan yang tidak menjadi. Mungkin tajuk itu bukan tajuk yang terbaik bagi karya itu.

Namun saya kagum dengan Faezah. Dia aktif dalam tarian zapin sehingga menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan antara kolej bersekutu, tapi pointer dia boleh tahan. Saya juga aktif. Mungkin lebih aktif dari dia dalam ko-kurikulum.

Jika dilihat dari satu sudut, ia umpama cerita lawak. Seorang lelaki penakut ada hati dengan seorang puteri. Malah teknik mengoratnya mungkin entah apa-apa. Akhirnya tersandar di tiang terduduk termenung mengenangkan nasib. Kemudian lalu rakan-rakan si puteri dari jauh melihat sepintas. Mereka bergelak ketawa dengan celoteh mereka. Saya tidak fikir ketawa itu adalah kepada saya.

Dalam setahun kemudian atau lebih, atau kurang, secara kebetulan rakan saya menyertai pertandingan zapin peringkat institusi pengajian tinggi di Johor dan saya sedang bercuti di Johor ketika itu. Lalu saya pergi menonton selepas diajak rakan yang lain. Ternyata Faezah juga bertanding. Selepas majlis berakhir, saya pergi kepada mereka sebagai orang yang tidak dikenali. Masakan saya yang diminta untuk lupakannya selama-lamanya untuk menegurnya. Saya tidak cukup kuat untuk menegurnya. Dia memandang saya seperti saya orang yang tidak dikenali. Aduh, kami memang tidak ke jinjang pelamin.

Itulah kali terakhir saya melihat Faezah secara bersemuka. Kami sudah lost contact. Mungkin dia sudah bernikah dan mempunyai beberapa orang anak. Namun seperti yang saya katakan;

"'Gadis saya hidup di dalam lagu".

Wallahualam.

Bid

Bid bermaksud "inovasi";

Katakanlah; "Tidak aku jadi bid dari Rasul-rasul dan tidak aku mengidea apa berlaku dengan aku dan tidak dengan kamu (46.9).

Wallahualam.

Sunday 14 July 2013

Bidar

Bidar bermaksud "gelojoh";

Dan ujilah si yatim-yatim sehingga apabila mereka membaligh nikah maka jika kamu mendapati dari mereka matang maka pertahankanlah kepada mereka harta mereka dan jangan makan berlebihan dan bidar bahawa mereka mentumbesar (4/6).

Wallahualam.

Friday 12 July 2013

Yubdiu

Yubdiu bermaksud "dia mengoriginatkan";

Adakah-dan tidak mereka melihat bagaiman yubdiu, Allah, makhluk kemudian mengulanginya sesungguhnya itu atas Allah mudah (29:19).

katakanlah; "Telah-datang Haq dan tidak yubdiu Batil dan tidak Dia mengulang (34:49).

Sesungguhnya yubdiu dan Dia mengulang (85:13).

Wallahualam.

Bukhl

Bukhl bermaksud "kebakhilan";

Orang yang membakhil dan menyuruh manusia dengan bukhl dan menyembunyikan apa diberikan-kepada mereka, Allah, dari fadhilNya dan Kami sediakan bagi orang yang kufur azab yang-menurut-perintah (4:37), dan siapa yang berpaling maka sesungguhnya Allah dia Maha-Merdeka dan Terpuji (57/24).

Wallahualam.

Tuesday 9 July 2013

Bakhi

Bakhi bermaksud "penyeksa-sehingga-bunuh";

Maka supaya kamu bakhi nafs kamu bekas-laluan mereka jika tidak mereka beriman dengan hadis ini, dengan sayu (18:6).

Supaya kamu bakhi nafs kamu adakah tidak mereka menjadi orang yang beriman (26:3).

Wallahualam.

Yabkhas

Yabkhas bermaksud "mengurang-penuh";

Dan janganlah yabkhas darinya sesuatu maka jika telah-jadi yang atasnya haq kurang-faham atau lemah atau tidak mampu untuk memprinsipkan, dia, maka prinsipkanlah walinya dengan adil (2/282).

Dan janganlah yabkhas manusia kesesuatuan mereka dan janganlah kamu merosakkan di Bumi selepas kesolehannya (7/85), dan janganlah berkeliaran-tanpa-tujuan di Bumi merosakkan (11/85, 26/183).

Siapa telah-jadi mahukan hayat dunia dan perhiasannya Kami memenuhi kepada mereka amal mereka padanya dan mereka padanya  tidak diyabkhaskan (11:15).

Wallahualam.

Monday 8 July 2013

Bahirat

Bahirat antaranya gelaran bagi unta-betina yang dikoyak telinganya, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2013/07/yubattiku.html;


Tidak dijadikan Allah dari Bahirat dan tidak Saibat dan tidak Wasilat dan tidak Ham dan-akan-tetapi orang yang mengkufur memalsu atas Allah pendustaan dan kebanyakan mereka tida mengakal (5:103).

Wallahualam.

Yabhathu

Yabhathu bermaksud "ia mencari-gali";

Maka bangkit Allah gagak yabhathu di Bumi untuk memperlihatkannya bagaimana membelakangkan kemangsaan beradik-lelakinya (5/31).

Wallahualam.

Sunday 7 July 2013

Inbajasat

Inbajasat bermaksud "ia-memberi-laluan";

Maka inbajasat darinya dua belas mata-air (7/160).

Wallahualam.

Bath

Bath bermaksud luahan;

Dia berkata; "Sesungguhnya apa aku mengadu bath ku dan kesedihanku kepada Allah dan aku tahu dari Allah  apa yang tidak kamu mengetahui (12:86).

Wallahualam.

Saturday 6 July 2013

Tabattal

Tabattal bermaksud "kamu bertapalah";

Dan ingatlah nama Rabb kamu dan tabattal kepadaNya pertapaan (73:8).

Wallahualam.

Yubattiku

Yubattiku bermaksud "mereka menngoyak"

Maka pasti yubattiku semestinya telinga ternakan (4/119).

Wallahualam.

Wednesday 3 July 2013

Wow



Lagu: Wow
Pencipta: Ariji

betapa indahnya cerita

tak mampu untuk ku gambarkan
saat kita
saat itu
terlalu indah untuk aku

betapa bertuah dirinya
kerna dapat memikat kamu
aku sedar
siapa aku
tak layak untuk dapatkanmu

wow x5
bila kau tenung
aku tersungkur sehingga tak mampu untuk bangun

wow x5
bila kau senyum
aku cair sehingga tak mampu membeku

kamu yang ayu
yang aku rindu
selalu

Wallahualam.

Tuesday 2 July 2013

Abtar

Abtar bermaksud "yang dipotong";

Sesungguhnya yang-kamu-benci dia abtar (108:3).

Wallahualam.

Basa

Basa bermaksud penderitaan;

Dan orang yang sabar di basa dan kepayahan dan ketika kesusahan itulah orang yang siddiq dan itulah mereka yang bertaqwa (2/177).

Atau kamu hisab bahawa kamu memasuki Jannah dan-manakala-tidak datang kepada kamu misal orang yang meninggal dari sebelum kamu, dia sentuh mereka basa dan kepayahan (2/214).

Dan pasti Kami memesejkan kamu kepada ibuan-ibuan dari sebelum kamu maka kami saizkan mereka dengan basa dan kepayahan supaya mereka merendah-hati (6:42).

Dan tidak kami memesejkan di kota dari Nabi kecuali kami saizkan ahlinya dengan basa dan kepayahan supaya mereka merendah-hati (7:94).

Wallahualam.

Tunjukkan Aku



Lagu ini bermakna dalam hidup saya.

Saya mula mengenali lagu ini dari Hani dalam 3 tahun lepas. Saya menggunakan lagu ini ketika saya berjogging. Hari ini, perut saya kelihatan semakin membuncit. Saya merancang untuk mengaktifkan semula aktiviti jogging, walaupun mungkin tidak sekerap dulu.

Di Setiu, saya pernah membuka hati kepada Sha. Namun, kemudian saya mendapati kami kurang sesuai untuk menjadi kekasih. Kami lebih harmoni sebagai rakan. Mungkin dia gadis yang paling rapat dengan saya di Setiu suatu ketika dahulu.

Gadis kedua adalah Hani. Dia gadis happy go lucky. Sekali lagi pintu hati saya terbuka untuk gadis. Namun seperti biasa, saya kurang pandai mengorat perempuan.

Dalam kekecewaan, saya bertemu dengan gadis ketiga, Fatim. Kelas English saya digabungkan dengan pelajar dari jurusan lain, mungkin kerana faktor jumlah pelajar kelas English asal saya yang sedikit.

"Wajah dia ada iras wajah Kris Dayanti".

Itu antara umpama kata hati saya pada awal saya bertemunya. Memandangkan saya wakil urusan jual beli buku English di kelas itu, saya mengagihkan tugas kepadanya untuk bahagian pelajar jurusannya.

Hubungan saya dengan Fatim lebih menjadi, berbanding Hani. Kami sempat berjoging berkali-kali. Namun tidak jua dia menjadi girlfriend saya.

Sampai masanya saya dikehendaki berpindah ke Selangor. Pertemuan kami di majlis konvokesyen tahun lepas, membuktikan bahawa saya masih membuka hati kepadanya walau lebih setahun kemudian.

Cerita di atas adalah episod Setiu, cuma ditambah sedikit ke episod lain.

Namun hari ini, saya telah berjaya "melupakan" Fatim. Saya membuka hati kepada gadis lain pula. Pintu hati terbuka dan tertutup.

Bila difikirkan, "gadis" saya wujud di dalam lagu. Sekarang anda tahu kenapa lagu ini bermakna kepada saya?

Wallahualam.

Wednesday 19 June 2013

Yayasan Ta'lim

Saya mendapati ideologi dalam ceramah seorang ustaz dari yayasan ini mempunyai unsur ekstremisme. Bukan dari segi keganasan fizikal, tapi dari sudut lain, atau jua dikenali sebagai taksub mazhab, atau dalam erti kata lain, tergelincir dari yang dikatakan "Wasatiyyah Islam".

Antara kaedah saya menghadapi masalah ini dengan mengajak berdebat;




Namun apa yang berlaku, komen saya di page mereka di delete malah saya di 'kick' dari page itu. Berikut adalah kenyataan misi kumpulan ini;

Menjadi pusat pengajian Islam yang mampu menjana seramai ahli masyarakat yang memahami dan mengamal Islam selaras dengan kehendak Allah SWT, melalui penggunaan infrastruktur yang relevan dan teknologi masa kini.

Mungkin saya tidak termasuk dalam skop ahli masyarakat yang dimaksudkan itu.

Cabaran debat ini tiada kaitan dengan bentuk serangan peribadi.

Wallahualam.

Tuesday 18 June 2013

Kuiz Baqarah

Arahan: Sila berikan jawapan yang paling tepat. Soalan berikut berdasarkan teks yang disediakan.

1.

الم

Berapakah huruf di dalam ayat di atas?

a. Satu
b. Dua
c. Tiga
d. Empat

2.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab itu panduan bagi siapa?

a. Pembaca Kitab itu
b. Orang yang bertaqwa
c. Orang yang tidak meragui
d. Orang yang mengucap dua kalimah shahadah

3.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Apakah bukan ciri-ciri orang yang bertaqwa?

a. Mereka beriman dengan Ghaib
b. Mereka menginfaqkan apa yang direzekikan oleh Allah kepada mereka
c. Mereka mengqiamkan Solat
d. Mereka tidak yakin dengan Akhirat

4.

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Adakah orang yang bertaqwa itu berjaya?

a. Pasti tidak berjaya
b. Ya
c. Mungkin ya mungkin tidak
d. Ketaqwaan tiada kaitan dengan kejayaan

5.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Apakah bukan ciri-ciri orang kafir?

a. Jantung mereka ditutup
b. Pendengaran mereka ditutup
c. Penglihatan mereka dihalangi
d. Mereka mendengar perkataan dan mengikut yang terbaik

6.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ

Apakah respon dari mereka yang cuba-menipu Allah dan orang yang beriman apabila mereka dinasihati supaya tidak melakukann kerosakan di Bumi?

a. Mereka mendakwa bahawa Bumi perlu dirosakkan
b. Mereka mendakwa bahawa mereka melakukan kerosakan di Bumi
c. Mereka mendakwa bahawa mereka melakukan amalan soleh
d. Mereka sedar dan teliti bahawa mereka perosak di Bumi

7.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

Apakah respon dari mereka yang cuba-menipu Allah dan orang yang beriman apabila mereka diajak agar beriman sebagaimana manusia yang beriman itu?

a. Mereka mendakwa bahawa manusia yang beriman itu adalah golongan yang bodoh
b. Mereka mendakwa bahawa mereka beriman
c. Mereka mendakwa bahawa golongan yang bodoh memang patut beriman
d. Mereka mendakwa mengetahui bahawa mereka adalah golongan yang bodoh

8.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Adakah mereka yang mengaku beriman itu pasti adalah beriman?

a. Ya
b. Tidak
c. Mungkin ya
d. Mungkin tidak

9.
 
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Kenapa perniagaan mereka tidak menguntungkan?

a. Mereka membeli bahan mentah dengan wang
b. Harga produk mereka terlalu mahal
c. Kurang permintaan daripada masyarakat
d. Mereka membeli kesesatan dengan panduan

10.

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

Apakah punca mereka menjadi tidak nampak?

a. Akibat mereka menyalakan api
b. Akibat api itu meneranginya
c. Akibat Allah mengalihkan dengan cahaya mereka
d. Akibat mereka pergi ke tempat gelap

Wallahualam.

Sunday 16 June 2013

Itu Adalah Kamu

Berikut lirik dan melodi terbaru yang saya gubah setakat ini.

Dari segi susunan lagu, saya mengambil satu konsep yang digunakan dalam lagu Ijab Kabul dari Kangen Band, iaitu intro, interlud dan outronya diasaskan pada progresi kord yang sama.

Dari segi progresi kord pula, variasinya bagi lagu ini kurang berbanding lagu Ijab Kabul. Namun susunan lagu ini belum finishing lagi.

Tajuk: Itu Adalah Kamu
Penulis lirik: Ariji

bukannya
aku tak tahu
yang kamu
sudahpun berpunya

namunku
masih jatuh hati
padamu
kekasih orang

biarlah
aku mengalah
asalkan
kamu bahagia

memanglah
aku mahu kamu
tapiku
bukannya penzalim

yang aku mahu
gadis cantik yang aku inginkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

yang aku impi
gadis ayu yang aku idamkan
itu adalah kamu
itu adalah kamu

Saya kurang berkeyakinan untuk menyanyi. Mungkin saya akan carikan penyanyi bagi lagu ini? Atau saya akan berlatih untuk menyanyikannya dengan baik. Apapun kehadiran ahli-ahli muzik akan memudahkan susunan lagu bagi lagu ini. Saya lebih cenderung untuk menjadi penulis lagu berbanding penyusun lagu.

Lagu ini digubah dalam kunci C Major. Saya pertimbangkan untuk menukar kuncinya bagi kesesuaian dengan suara penyanyi, termasuk suara saya sendiri. Kerana ada nota melodi yang agak rendah. Julat suara saya adalah bass.

Jika anda ingin berkolaborasi dalam karya ini, bolehlah hubungi saya melalui Facebook.

Demo lagu hanya dipublish jika rekod nyanyiannya melangkaui paras lulus. Jika tidak, ia boleh memberi persepsi negatif kepada karya.

Semoga saya sempat menyiapkan susunan lagu bagi karya ini sebelum saya meninggal dunia.

Wallahualam.

Wednesday 12 June 2013

Kuiz Fatihah

Arahan: Sila berikan jawapan yang paling tepat. Soalan berikut berdasarkan teks yang disediakan.

1.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kalimah-kalimah manakah yang berkongsi kata akar yang sama?

a. بِسْمِ اللَّهِ
b. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ
c. اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ
d. الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

2.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Apakah maksud kalimah رَبِّ?

a. Tuhan
b. Pencipta
c. Rabb
d. Pemilik

3.

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kalimah apakah yang berkongsi kata akar dengan kalimah الرَّحْمَٰنِ?

a. الْحَمْدُ
b. الْعَالَمِينَ
c. الدِّينِ
d. الرَّحِيمِ

4.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Apakah maksud kalimah الدِّينِ?

a. Deen
b. Agama
c. Pembalasan
d. Hukuman

5.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Antara berikut, yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas?

a. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَنَسْتَعِينُ

b. نَعْبُدُ وَنَسْتَعِينُ

c. وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

d.إِيَّاكَ نَعْبُدُ

6.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Apakah maksud kalimah اهْدِنَا?

a. Tunjukkanlah kami
b. Pandukanlah kami
c. Bawakanlah kami
d. Salurkanlah kami

7.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Apakah maksud kalimah  الضَّالِّينَ?

a. Tersesat
b. Menyesatkan
c. Pesesat
d. Disesatkan

Wallahualam.

Teka-Teki Shariah


Tuesday 11 June 2013

Bir

Bir bermaksud telaga;

Maka sebanyak-mana dari penempatan Kami memusnahkannya dan ia zalim tumbang atas arashnya dan birnya  dibiarkan dan kerendahan ditinggikan (22:45).

Wallahualam.

Saturday 8 June 2013

Ayat

Ayat bermaksud "ayat";

Sesungguhnya pada itu pasti ayat bagi kamu jika jadi kamu orang-yang-beriman (2/248, 3/49), bagi siapa takutkan azab Akhirat (11/103), bagi orang-yang-beriman (15/77, 29/44), kaum yang-berfikir (16/11, 16/69), kaum yang-mengingati (16/13), kaum yang-mendengar (16/65), kaum yang-menggunakan-akal (16/67), kaum yang mengetahui (27/52), setiap hambaNya yang kembali (34/9),

Sesungguhnya pada itu pasti ayat dan tidak jadi kebanyakan mereka beriman (26:8, 67, 103, 121, /139, 158, :174, 190).

Wallahualam.

Wednesday 5 June 2013

Ijab Kabul



Bila saya mendengar lagu ini, seya terfikir; kenapa bukan saya penulis lagu bagi lagu ini?

Lagu yang sebegini yang saya impikan untuk tulis. Saya tahu lagu ini datang secara tulus dari jiwa si penulis. Dalam istilah lain disebut sebagai by heart.

Antara jalan untuk menulis lagu hit pop adalah dengan melihat kepada progresi kordnya.

1) Intro

A | E | F#m | E
D |A | B | E |    |

Dalam intronya yang unik adalah pada I-II-V. Jika diperhalusi, II dipilih kerana ingin mendapatkan ton maj7 berbanding min7 bagi V.

Satu perkara lagi untuk diambilkira adalah, kord majornya melebihi 2/3 dari keseluruhan intro.

1) Vers

A |    | F#m |    |
Bm |    | D | E
A |    | F#m |    |
Bm |    | D | E |   |

Kriteria progresi ini adalah mengelak dari lagu menjadi terlalu major seperti jika progresi I-IV-V-I dipilih. Progresi ii-V menarik perhatian saya.

3) Vers II

D |    | E |    |
D |    | E |    |

Progresi ini bertujuan memanjangkan lagi jarak kepada resolusi. Ia seperti orang yang menahan nafas di dalam air lebih lama.

4) Korus

A | E | F#m | E
D | F#m | Bm | E
A | E | F#m | E
D | F#m | Bm | E

Progresi V-IV-vi menarik perhatian saya. Ternyata ini reasonable bagi set melodi 8-bar.

5) Solo

A | E | F#m | E | D | F#m | Bm | E
A | E | F#m | E | D | A | B | E |    |

Progresi kord bagi korus diulang di sini sebanyak dlm 1.5 kali. Haluan kemudian ditukar mejadi IV-I berbanding IV-vi dalam progresi kord bagi korus. Ini memberikan ton min7 bagi vi. Kemudian disambung kepada II-V, ternyata ia salinan dari intro lagu ini, sebagai persediaan untuk mengulangi vers.

6) Outro

A | E | F#m | E |
D | A | B | E |    | A

Menyamai progresi kord pada intro atau bahagian kedua solo, kemudian diresolusikan.

Kord iii dan vii° tidak digunakan dalam lagu ini.

Wallahualam.

Tuesday 4 June 2013

Ayama

Ayama bermaksud "tunggal-tunggal";

Dan kamu nikahkanlah ayama dari kamu dan pesoleh dari hamba kamu dan hamba-perempuan kamu jika mereka menjadi faqir, mengkayakan mereka, Allah, dari fadhilNya dan Allah Pekapasiti yang mengetahui (24:32).

Wallahualam.

Ayid

Ayid bermaksud "keperkasaan";

Sabarlah kamu atas apa mereka katakan dan ingatlah hamba Kami Daud pemunya ayid sesungguhnya dia kembalian (38:17).

Dan langit Kami binanya dengan ayid dan sesungguhnya Kami pasti Pekapasiti (51:47).

Wallahualam.

Awa

Awa bermaksud "berlepas";

Dia berkata; "Akan aku  awa ke gunung ia melindungi aku dari air", dia berkata; "Tiada pelindung hari ini dari arahan Allah kecuali siapa dia kasihi dan bergelombang antara mereka-berdua ombak maka dia telah-jadi dari yang-tenggelam (11:43)

Dia berkata; "Jika sesungguhnya bagi aku dengan kamu kekuatan atau aku awa kepada sokongan kuat (11:80).

Apabila dia awa pemuda kepada gua maka mereka berkata; "Rabb kami, berikan kami dari kendiriMu rahmat dan bentukkan bagi kami dari perintahan kami betul (18:10).

Maka mereka awa kepada gua (18/16).

Dia berkata; "Adakah kamu lihat apabila kita awa kepada batu itu maka sesungguhnya aku lupa ikan dan tidak lupakan aku ia kecuali Setan yang aku ingatkannya dan ia ambil jalannya di laut yang-menakjubkan (18:63).

Wallahualam.

Monday 3 June 2013

Awwah

Awwah bermaksud "esakan";

Dan tidak telah-jadi kemaafan Ibrahim bagi ayahnya kecuali dari janji dia telah-janjikannya kepadanya, maka apabila ia jelas baginya sesungguhnya dia musuh bagi Allah dia berlepas-diri darinya sesungguhnya Ibrahim awwah halim (9:114) kembali (11/75).

Wallahualam.

Uli

Uli dirujuk kepada awalan, dimana uli Albab dalam keadaan kedudukan-awal;

Dan bagi kamu pada Qisas hayat wahai uli Albab supaya kamu bertaqwa (2:179).

Haji shahr diketahui maka siapa fardhu padanya Haji maka tidak seks dan tidak fasiq dan tidak bertelingkah pada haji dan apa kamu lakukan dari kebaikan Dia mengetahuinya, Allah, dan kamu-mengambil penyediaan maka sesungguhnya sebaik penyediaan taqwa dan kamu bertaqwalah wahai uli Albab (2:197).

Dia memberikan Hikmah siapa Dia sesuatukan, dan siapa diberikan Hikmah maka sesungguhnya dia diberikan kebaikan banyak dan tidak mengingati kecuali uli Albab (2:269).

Dia yang menurunkan Kitab kepada kamu Kitab darinya ayat-ayat muhkamat, mereka ummu Kitab dan akhirannya mutashabihat maka sesungguhnya apa yang di jantung mereka ketidak-taatan maka mereka mengikuti apa tashabah darinya mencari fitnah dan mencari takwilnya dan tidak tahu takwilnya kecuali Allah dan rasikhun pada ilmu mereka berkata; "Kami beriman dengannya setiap dari sisi Rabb kami dan tidak mengingati kecuali uli Albab (3:7).

Sesungguhnya dalam penciptaan Langit dan Bumi dan kekhilafan Malam dan Siang pasti ayat bagi uli Albab (3:190),

Katakanlah; "Tidak sama kejahatan dan kebaikan dan jika ia menakjubkan kamu banyak kejahatan maka bertaqwalah kamu-kepada Allah wahai uli Albab supaya kamu berjaya (5:100).

Sesungguhnya telah-jadi di Qisas mereka ibarat bagi uli Albab bukan telah-jadi hadis diinovasikan tetapi pensiddiqan yang antara tangannya dan tafsil setiap sesuatu dan panduan dan rahmat bagi kaum-yang beriman (12:111).

Adakah maka siapa mengetahui siapa sesungguhnya-apa diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu Kebenaran seperti siapa dia buta, sesungguhnya-apa mengingati uli Albab (13:19).

Ini penyampaian bagi manusia dan bagi mereka diberikan-amaran dengannya dan bagi mereka mengetahui sesungguhnya-apa dia Tuhan yang-satu dan bagi mereka-mengingati, uli Albab (14:52).

Kitab Kami turunkannya kepada kamu berkat bagi mereka tadabbur ayatnya dan bagi mereka mengingati, uli Albab (38:29).

Dan Kami menganugerahkan baginya ahlinya dan misal mereka bersama mereka rahmat dari Kami dan Peringatan bagi uli Albab (38:43).

Adakah siapa dia qunut  siang malam sujud dan aqim takutkan Akhirat dan mengharap rahmat Rabbnya, katakanlah; "Adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu", sesungguhnya-apa mengingati, uli Albab (39:9).

Orang yang mendengar Perkataan, maka mereka mengikut yang terbaiknya, itulah orang yang hidayahkan mereka, Allah,  dan itulah mereka uli Albab (39:18).

Tidakkah kamu melihat sesungguhnya Allah menurunkan dari Langit air Dia mengalirkannya mata-air di Bumi kemudian Dia mengeluarkan dengannya tumbuhan pelbagai warnanya kemudian mereka mengering maka kamu melihatnya pertukaran-kepada-kuning kemudian kamu meletakkannya timbunan-sampah, sesungguhnya pada itu pasti peringatan bagi uli Albab (39:21).

Panduan dan peringatan bagi uli Albab (40:54).

Telah sediakan Allah bagi mereka azab pedih maka kamu bertaqwalah-kepada Allah wahai uli Albab, yang beriman sesungguhnya telah-turunkan Allah kepada kamu peringatan (65:10).

Wallahualam.

Saturday 1 June 2013

Yaudu

Yaudu bermaksud "ia membengkokkan"

Dan tidak yaudu Nya menghafaz keduanya (2/225).

Wallahualam.

Maab

Maab bermaksud tempat-kembali;

Dipercantikkan bagi manusia kecintaan shahawat dari nisa' dan anak-anak, timbunan stor dari emas, perak, dan kuda berjenama, dan binatang-ternak dan kebun-tanaman, itu kurniaan hayat dunia dan Allah sisiNya sebaik maab (3:14).

Orang yang beriman dan mereka beramal soleh kebaikan bagi mereka dan sebaik-baik maab (13:29).

Dan orang yang Kami berikan mereka Kitab mereka-berseronok dengan apa yang diturunkan-kepada mereka dan dari sekumpulan siapa mungkiri sebahagiannya, katakanlah; "Sesungguhnya apa diarahkan aku bahawa aku mengabdikan-diri-kepada Allah dan tidak aku syirikkan kepadaNya aku berdoa dan kepadanya maab (13:36)

Maka Kami ampuni baginya itu (38/25) dan sesungguhnya baginya di-sisi Kami pasti dekat dan sebaik-baik maab (38/25, 40).

Ini adalah peringatan dan sesungguhnya bagi muttaqin pasti sebaik-baik maab (38:49).

Dan sesungguhnya (38/55) bagi pelampau (78/22) pasti sejahat maab (38/55).

Itulah Hari Kebenaran maka siapa sesuatukan dia ambil kepada Rabbnya maab (78:39).

Wallahualam.

Monday 27 May 2013

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. IV


Perjuangan saya menentang hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina diteruskan. Saya membuka debat terbuka secara bersemuka;

Tajuk: Hukuman Rejam Sampai Mati bagi Kesalahan Zina
Penyokong: Peserta debat
Pembangkang: Ariji
Lokasi: Malaysia
Masa: Tahun 2013

Lokasi dan masa diperinci atau ditukar kemudian setelah ada peserta mendaftar.

Penyertaan dibuka kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai "Pejuang Sunnah", "Ulama Hadis", juga kepada mereka yang lantang menolak pendapat Mahathir bahawa hukuman ini primitif, golongan berfahaman kaum tua, konservatif, dan juga kepada golongan ekstrimis.

Penyertaan juga dibuka pelajar atau mahasiswa jurusan agama, guru pondok, guru agama di sekolah, dan profesor jurusan agama di institusi.

Penyertaan tidak dibuka kepada golongan Quranis.

Hubungi di Facebook saya untuk penyertaan. Mari kita lihat jika ada insan yang sanggup menjadi peserta.

Acara debat adalah berkonsepkan Rukun Negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Wallahualam.

Thursday 16 May 2013

Ahl

Ahl bermaksud ahli;

Wahai ahl Kitab, untuk apa kamu mengkufuri dengan ayat Allah dan kamu bershahadah (3/70) dan Allah shahid atas apa kamu lakukan (3/98), untuk apa kamu campuradukkan kebenaran dan kebathilan dan kamu menutupi kebenaran dan kamu mengetahui (3/71), untuk apa kamu berlepas-diri dari jalan Allah siapa beriman kamu mencarinya kebengkokan dan kamu shahid (3/99), janganlah melampau pada deen kamu dan janganlah kamu berkata atas Allah kecuali kebenaran (4/171),  pasti datang-kepada kamu Rasul Kami menerangkan bagi kamu dari apa telah-jadi kamu menyembunyikan dari Kitab dan kamu tidak-ambilkira dari banyak pasti datang-kepada kamu dari Allah nur dan kitab terang (5/15), pasti datang-kepada kamu Rasul Kami menerangkan bagi kamu atas fitrah dari Rasul-Rasul, bahawa kamu berkata; "Tidak datang-kepada kami dari khabar-gembira dan tidak pemberi-amaran" (5/19).

Katakanlah; "Wahai ahl Kitab, datanglah kepada kalimah sama antara kita dan antara kamu adakah tidak kita mengabdikan-diri hanya-kepada Allah dan tidak kita mensyirikkan dengannya sesuatu dan tidak ia mengambil sebahagian kita sebahagian rab-rab dari selain Allah (3/64), adakah kamu membalas dari kami hanya bahawa kami beriman dengan Allah dan apa diturunkan kepada kami dan apa diturunkan dari sebelum dan sesungguhnya banyak kamu fasiq (5/59), bukanlah kamu atas sesuatu sehingga kamu aqim Taurat dan Injil dan apa yang telah-diturunkan dari Rabb kamu dan pasti Dia tambahkan banyak dari mereka apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu bantahan dan kekufuran maka janganlah kamu berdukacita atas kaum kafir (5:68), janganlah kamu melampaui pada Deen kamu selain-dari kebenaran dan janganlah kamu mengikuti hawa kaum sesungguhnya mereka sesat dari sebelum dan mereka sesatkan banyak dan mereka sesatkan dari kesamaan jalan" (5/77).

Dan janganlah berdiskusi-dengan ahl Kitab kecuali dengan-mana ia lebih baik orang zalim dari mereka dan kamu berkata;"Kami beriman dengan yang diturunkan kepada kami dan diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu, dan kami padanya muslim" (29/46).

Tidaklah Dia sukai orang yang kufur dari ahl Kitab (2/105), mahunya ramai dari ahl Kitab jika mereka boleh  murtadkan kamu dari selepas iman kamu kufur hasad dari sisi nafs mereka dari selepas apa diterangkanNya bagi mereka kebenaran (2/109), dan jika sesungguhnya ahl Kitab beriman dan bertaqwa pasti Kami kufurkan atas mereka kejahatan mereka dan pasti Kami masukkan mereka jannah kenikmatan (5:65), tidakkah kamu lihat kepada orang yang memunafiq kepada saudara mereka yang kufur dari ahl Kitab; "Jika kamu dikeluarkan pasti kami keluarkan dengan kamu dan tidak kami mentaati bagi kamu satu-pun,  selamanya dan jika kamu diperangi pasti kami mebantu kamu" dan Allah bershahadah sesungguhnya mereka pasti pendusta (59/11), dan tidak terjadi orang yang kufur dari ahl Kitab dan musyrikin kelepasan sehingga datang kepada mereka Penerangan (98:1), sesungguhnya orang yang kufur dari ahl Kitab dan musyrikin pada Neraka jahannam selamanya padanya itulah mereka seburuk ciptaan (98:6), Dia yang keluarkan orang yang mengufur dari ahl Kitab dari diyar mereka bagi awal pengumpulan, tidak kamu andaikan bahawa mereka keluar, dan mereka mengandai sesungguhnya mereka akan-pertahankan mereka kubu mereka dari Allah maka datang-kepada mereka Allah dari mana tidak mereka jangkakan(59/2).

Berkata puak kafir; "Sesungguhnya kami telah membunuh Masih Isa ibn Maryam Rasulullah", (4/158), dan bukan dari ahl Kitab kecuali pasti dia beriman dengannya sebelum dia maut dan di hari Kiamat akan-jadi atasnya shahadah (4/159), dan berkata segolongan dari ahl Kitab; "Berimanlah kamu dengan yang diturunkan atas orang-yang-beriman permulaan siang dan kufurlah kamu akhirannya supaya kamu kembali" (3/72), dan sesungguhnya dari ahl Kitab pasti siapa beriman dengan Allah dan apa diturunkan kepada kamu dan apa diturunkan kepada mereka pengkhusyukan untuk Allah tidak mereka menukarganti dengan ayat Allah itulah bagi mereka ganjaran mereka di-sisi rab mereka (3/199), kamu adalah umat lebih-baik dikeluarkan kepada manusia kamu menyuruh dengan ma'ruf dan kamu melarang dari mungkar dan kamu beriman dengan Allah dan jika beriman mereka ahl Kitab pasti jadi baik bagi mereka. Dari mereka yang-beriman dan banyak mereka fasik (3/110).

Mahu segolongan dari ahl Kitab jika mereka menyesatkan kamu dan tidak mereka menyesatkan, hanya diri mereka, dan tidak mereka meneliti (3/69), bukan dengan kemahuan kamu dan bukan kemahuan ahl Kitab siapa melakukan kejahatan diganjarkan dengannya (4/123), dan dari ahl Kitab siapa jika kamu mengamanahkannya dengan sepukal harta dia kembalikannya kepada kamu dan dari mereka siapa jika kamu mengamanahkannya dengan sekeping dinar tidak dia kembalikannya kepada kamu  (3/75).

Bertanya-kepada kamu ahl Kitab bahawa kamu turunkan atas mereka kitab dari langit maka sesungguhnya mereka bertanyakan Musa, lebih besar dari itu, maka mereka berkata; "Perlihatkan kami Allah awam", maka ia ambil mereka, pengsan, dengan kezaliman mereka (4/153), dan Dia turunkan orang yang zahirkan mereka dari ahl Kitab dari kubu mereka dan Dia lemparkan di jantung mereka ketakutan sebahagian kamu bunuh dan kamu tawan sebahagian (33:26).

Dari ahl Kitab umat tertegak menyebut ayat Allah siang malam dan mereka bersujud (3/113).

Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, Dia akan-berikan kamu gandaan dari rahmatNya dan Dia jadikan bagi kamu nur kamu berjalan dengannya (57/28), supaya dia tahu, ahl Kitab, adakah tidak mereka mentaqdir atas sesuatu dari fadhl Allah dan sesungguhnya fadhl dengan tangan Allah Dia memberinya siapa Dia sesuatukan (57/29).

Wallahualam.

Tuesday 30 April 2013

Pilihan Raya

Saya telah mengambil keputusan untuk tidak mengundi pada PRU13 sejak berbulan-bulan dahulu. Saya begitu yakin untuk tidak mengundi pada PRU13 sehingga saya tidak mendaftar sebagai pemilih.

Faktornya kerana saya begitu optimis inginkan parti yang lebih baik. Ada satu falsafah politik yang berbunyi;

"Memilih yang kurang jahat dari dua yang jahat".

Sila rujuk; http://en.wikipedia.org/wiki/Lesser_of_two_evils_principle

Jika anda memilih parti yang kurang jahat berbanding yang lebih jahat, sebenarnya ada satu lagi pilihan, iaitu tidak memilih mana-mana yang jahat.

1) Azhar Idrus

"Jemaah al-Quran Malaysia, di belakang sana ada Kassim Ahmad, inilah golongan kafir, laknatullah".

Ini kata Azhar Idrus suatu ketika dahulu. Siapa yang anti-hadis? Adakah Azhar Idrus taat kepada kerajaan Barisan Nasional?

Engkau akan mendengar dan engkau akan taat kepada pemerintah walaupun belakangmu dipukul dan hartamu diambil, maka dengarlah dan taatlah.” (Riwayat Muslim).

Jika Azhar Idrus lebih banyak mengajar al-Quran berbanding membuat lawak di ceramahnya, mungkin Azhar Idrus boleh mengemudi Jemaah al-Quran Malaysia sehingga jemaah ini beriman dan tidak dilaknati Allah mengikut tafsirannya?

2) Mustapha Mohamed

Bagi saya, beliau lebih sopan berbanding sebahagian pemimpin UMNO yang lain. Saya tak banyak masalah jika beliau menjadi Menteri Besar Kelantan buat masa ini. Apatahlagi beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi.

3) Najib

Sebahagian hujah dari PAS mampu dipatahkan dengan hujah. Namun Najib dikatakan berkata;

"Debat bukan budaya kita".

Sedangkan sebahagian mangsa tuduhan di mahkamah antaranya bergantung kepada kepetahan debat dari peguamnya. Sudah tentu debat bukan sesuai untuk semua keadaan. Namun garam masih penting dalam masakan walaupun jika terlebih, ia mampu mengurangkan jumlah pelanggan di restoran.

4) Hadi Awang

Saya menerima baik niat Hadi Awang untuk menegakkan "Hudud Allah". Tetapi proposal hududnya telah mempunyai error yang ketara, mungkin disebabkan hasil dari pemikiran yang terlalu konservatif pada sebahagian aspek. Sebagaimana dengan proposal yang lain, ia perlu diteliti, disemak, digubal, sebelum diterima sebagai Mutual of Understanding.

5) Anwar Ibrahim

Saya lebih prefer Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Najib. Ini kerana saya mahukan perubahan drastik terhadap Malaysia. Lebih drastik daripada "transformasi Najib".

Jika dibandingkan antara Anwar dan Hadi Awang, saya masih memilih Anwar. Kerana Hadi Awang dalam sejarahnya terlalu pasif untuk mengemudi gerakan pembangkang.

6) JAKIM

Satu lagi organisasi yang bermasalah bagi saya. Organisasi ini telah kurang "mesra akademik". Jika mereka pandai agama kerana banyak membaca buku agama, kenapa mahu menyekat kebebasan akademik kepada rakyat?

Saya melihat buku-buku agama di pasaran, banyak yang mempunyai error, tetapi ia tidak disenaraihitamkan pula dari pasaran seperti sebahagian buku-buku agama lain. Kriteria yang telah JAKIM gunakan untuk menyenaraihitamkan buku adalah boleh dipersoal.

Ada baiknya jika penyenaraihitaman buku di pasaran ditapis oleh budi bicara mahkamah terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, keputusan JAKIM itu dibahaskan terlebih dahulu.

Secara faktanya, institusi ini dibawah pemerintahan BN sejak dahulu lagi. Mungkin ada baiknya jika dicuba dengan kerajaan lain pula. Sekurang-kurangnya mencuba sesuatu yang baru.

Wallahualam.

Saturday 6 April 2013

Catur Bhg. V

Antara tabiat saya adalah bergerak terburu-buru dalam permainan catur sehingga membawa kepada blunder. Mungkin ini kerana saya kurang berlatih untuk bermain dengan format long game.

Kali ini perlawanan saya menentang Fritz 11 disetkan format 2min+12sec. Peraturan lain yang ditambah adalah saya menetapkan gerakan pertama Putih adalah e4, supaya saya dapat menggunakan Pertahanan Sicilian.

Saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan berlawan dengan Fritz 11 dengan format ini. Jika ada peluang untuk seri, saya akan ambil. Ini kerana ia adalah robot yang kuat.

Antara syarat perlawanan yang lain adalah diambil dari perlawanan sebelum ini. sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2013/03/catur-bhg-iv.html



Mungkin saya tidak mendapat peluang seri sebegini dalam match ini jika bermain dengan format long game dengan Fritz 11. Ia masih mempunyai banyak alternatif selain seri dalam match ini. Format blitz ini sendiri telah menhadkan potensi kiraan pergerakan catur dari enjin ini yang mana ia memberi kelebihan kepada saya.

Wallahualam.