Monday 26 September 2011

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. IV

Maklumat mana yang benar, hanya Allah Maha Mengetahui. Antara hujah balas berkenaan Atun antaranya;

1) Nama sebenar

Rabia'atul Adawiyah adalah bukan nama sebenar Atun. Seseorang yang menggunakan emel Atun memberitahu saya tentang ini di Yahoo Messenger.

2) Kubur

Kubur Rabia'atul Adawiyah gagal dikesan.

3) Telefon

Suara menyerupai suara Atun menelefon saya dengan menggunakan nombor Atun.

4) Sakit

Atun tidak sakit?

5) Terima kasih

Terima kasih awak. Kerana berterus terang. Saya hargai sangat-sangat. Saya harap kali ini awak benar-benar jujur.

5) Permainan

Mempermainkan seseorang bukannya susah. Tetapi, renungilah kejujuran, kasih sayang, dan keikhlasan jantung seorang lelaki. Apakah itu tiada nilai di mata awak?

Minggu ini saya begitu banyak kerja. Tetapi saya luangkan masa untuk blog ini juga, semata-mata untuk menceritakan episod yang lain.

Awak, sila baca tajuk coretan blog yang ini. Ia berbunyi; "saya sayang awak gila-gila".

Wallahualam.

Tuesday 20 September 2011

Pendapat

Orang yang mendengar perkataan maka ikut yang terbaik, itulah mereka yang dihidayahkan Allah dan itulah mereka ulu Albab (39:18)

Apa yang saya coretkan dalam blog ini selain dari al-Quran adalah berdasarkan pendapat. Jika anda mendapati ada pendapat lain yang lebih baik dari pendapat saya, maka ikutlah yang terbaik, sebagaimana diterangkan dalam 39/18.

Sejujurnya, saya mahu jumpa 'Atun', iaitu nama panggilan Rabia'atul Adawiyah. Saya mahu jumpa. Jika bukan di dunia, maka di alam yang lain. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui betapa saya sayangkan dia.

Hidup di dunia ini, menakutkan bagi saya. Saya terpaksa belajar sendiri perihal agama tanpa terlalu bergantung kepada jabatan agama atau institusi pengajian agama, gara-gara kurang berpuas hati dengan ajarannya.

Pendapat dari imam Ghazali yang memperketatkan kriteria untuk berijtihad. Tetapi bukankah ini membawa kepada sikap 'taksub mazhab', di mana sikap ini ditentang sendiri oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Sunni?

Suatu ketika dahulu, saya pernah mengajukan soalan "apakah Islam yang sebenar?"

Soalan ini masih relevan. Saya ambil contoh, iaitu isu muzik. Ada riwayat hadis yang mengharamkan muzik, tetapi apabila saya menolak riwayat ini, saya digelar anti-hadis? Sedangkan penganut Sunni sendiri ramai yang mendengar muzik.

Saya begitu sedih. Saya mahukan Atun. Atun pun mendengar muzik.

Atun, tunggu saya. Maut bisa saja datang kepada saya bila-bila masa. Tunggu saya, sayang. Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Monday 19 September 2011

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. III

1) "Awak, apa kata kita kahwin senyap-senyap?"

2) "Awak, lepas saya chat dengan awak, saya akan padamkan tulisan chat."

3) "Awak, kakak saya bagi password facebook saya kepada abang awak."

4) "Awak, datanglah beraya di kampung saya."

5) "Awak, Saya sayang awak sangat-sangat."

6) "Awak, kenapa awak masih sudi terima saya? Saya sakit dan banyak buat salah kat awak. Kalau lelaki lain mungkin sudah tidak mahukan saya."

7) "Awak, boleh bacakan ayat al-Quran untuk saya?"

8) "Awak, saya suka sangat Surah al-Mukminun."

9) "Awak, saya tak percayakan ubat."

10) "Awak, kenapa abang dan kakak saya harus keluarkan banyak duit untuk rawat saya. Kasihan kat abang saya. Dia mesti perlu banyak wang untuk persiapan perkahwinan dia nanti."

11) "Awak, ubat ni pahit la."

12) "Awak, nanti bila saya tiada, awak carikan pengganti saya, seseorang yang menyayangi awak."

13) "Awak, saya nak ikut awak."

14) "Ya, awak calon suami saya. Tapi jangan beritahu sesiapa."

15) "Awak, nanti kita dah kahwin, awak izin tak saya pakai purdah?"

16) "Awak tak nak bekerja di Penang ke? Nanti saya duduk di rumah saja tunggu awak balik kerja."

17) "Awak, saya suka sangat lagu awak 'Jangan Bersedih Lagi.' Tolong poskannya di Facebook saya. Tapi saya tak boleh nak like."

18) "Saya ingatkan awak mahu gubahkan lagu yang gembira untuk saya. Saya tak suka lagu tu. Seperti lagu putus cinta. Seolah-olah awak mahu tinggalkan saya."

19) "Awak, saya tak dapat pergi kelas. Saya tak cukup tidur. Petang nanti kena buat medical checkup.

20) "Awak, pagi tadi telinga saya keluar nanah. Doktor kata suhu saya 40. Doktor kata kalau tak sembuh saya kena duduk dalam wad. Tapi saya tak mahu, saya mahu duduk di rumah."

Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. II

"Awak orang yang keempat saya sayang."

"Ke empat? Bagaimana dengan kakak dan abang awak?"

Sila lihat senarai berikut;

1) Nabi Muhammad
2) Ibu
3) Ayah
4) Abang
5) kakak

"Betul lah. yang keempat. Yang pertama Nabi Muhammad, yang kedua ummi dan abi, yang ketiga abang dan kakak saya. yang ke empat awak."

Senarai dalam pemikiran dia adalah seperti berikut;

1) Nabi Muhammad
2) Ibu dan Ayah
3) Abang dan Kakak
4) Saya

Sebab itu saya dapat no. empat.

Ketika saya menulis ini dia telah meninggal dunia. 

"Awak, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya banyak buat salah pada awak. Awak, saya takut."

Ini antara kata-katanya yang terakhir semalam kedengaran di telinga saya melalui handphone. Ketika itu, dia seakan sukar menggerakkan bibirnya. Mungkin kerana kesan dari kepalanya yang sedang membengkak. Awak, insyaallah kita akan bertemu di alam yang lain. Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Saya Sayang Awak Gila-Gila

"Awak, saya ada berita gembira."

"Berita gembira?"

"Ahad malam ini saya akan ke Taman Impian Ehsan, sepupu saya buat rumah terbuka. Nanti kita dapat jumpa."

Dan Ahad malam itulah, si dia melalui proses untuk pembedahan. Satu pembedahan yang bisa meragut nyawanya.

Kami ada banyak rahsia. Kami begitu rapat. Bak kata Saleem; "Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa."

Gara-gara tuduhan 'anti hadis' terhadap saya, hubungan kami tidak direstui oleh ahli tertentu.

"Awak, saya tak jadi pergi rumah terbuka sepupu saya nanti."

Saya tidak pernah mengaku saya anti hadis. Saya ingin belajar al-Quran. Kenapa tidak, bukankah saya ini hambaNya?

"Okey, sekarang anta adalah calon suami adik ana."

Ini kisah lama. Siapa yang tidak merestui hubungan kami ketika itu. Kemudian, yang berusaha keras memisahkan kami berdua adalah abang kandung saya sendiri.

Kemudian, si dia bertunang dengan orang lain, walau hanya tunangan Facebook, ia begitu melukakan jantung saya. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/sekejap.html. Kisah pada saat ini kemudiannya diinterpretasikan melalui lagu 'Biar Aku Sendiri'. Ayat-ayat yang keluar pada saat itu, dijadikan sumber modal bagi penulisan lirik bagi lagu itu.

"Awak, saya tidak mahu lelaki itu. Tetapi abang saya yang minta."

Tunangan itu hanya terikat beberapa hari saja. Lalu abangnya mencoret;

As-salaam-alaikum adik,, maafkan diri along kerana membiarkan adik sendirian tanpa teman untuk berbicara dan terlalu memaksa adik untuk membuat sesuatu pilihan tanpa keinginan adik sendiri sesungguhnya setiap anak cucu adam tidak pernah lari dari membuat kesilapan seperti kata-katamu adikku,, along hanya mahukan dirimu jadi seperti SERIKANDI RABIATUL ADAWIYAH seiring namamu.

Beberapa hari kemudian;

"Awak, kenapa awak block Facebook saya?" saya bertanya.

"Abang awak yang minta saya jauhkan diri dari awak. Awak, maafkan saya. Itu kelemahan diri saya. Saya mudah untuk mengikut perintah orang lain."

Kemudian, awal pagi itu, kami berkonflik lagi tentang isu hukuman rejam sampai mati. Dan kali ini, si dia telah bergurau yang agak keterlaluan, yang merobek jantung saya, bahawa dia telahpun membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain. Kerobekan jantung pada saat ini juga dijadikan modal bagi menginspirasi lagu "Biar Aku Sendiri."

Ketika itu, begitu dan semakin lemah saya untuk semangat balik beraya.

Saya juga mendapat khabar ada 'mulut-mulut' bercakap tentang saya dari Jabatan Mufti Negeri Kelantan, dan 'mulut-mulut' ini telah membuatkan ibu saya bersedih.

Dua insan yang saya begitu sayang, bagaikan bom jangka yang meletup, lalu saya mencabar jabatan itu. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/jabatan-mufti-negeri-kelantan.html.

"Awak, sudikah awak terima saya semula?"

Soalan ini yang keluar dari mulutnya keesokan hari.

"Sudi."

Ya Allah, bagaikan penawar, seiring dengan maksud kalimah 'Adawiyah'. Sejak itu kami menyambung ikatan secara rahsia.

"Awak, saya memang suka bergurau seperti itu. Ramai yang tidak suka cara saya bergurau yang itu. Tak sempat saya beritahu awak perkara yang sebenar sebab awak begitu cepat off dari Yahoo Messenger sebaik mendapat gurauan itu."

Awal pagi ini, ketika saya sedang menulis, kemungkinan dia sedang menjalani pembedahan. Saya tidak tahu di hospital mana. Yang saya tahu ia di oversea. Bila-bila masa saja saya bisa mendapat sms atau apa-apa mesej bahawa dia telah pergi dari dunia. Itu pun jika ada yang sudi memberitahu saya. Awak, saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Monday 12 September 2011

Mujtahid

Kalimah 'mujtahid' tiada dalam al-Quran. Yang ada adalah 'mujahid'. Tuduhan 'anti-hadis' terhadap saya adalah kurang tepat. Mohd Asri tidak pernah mengaku sebagai 'Wahabi'.

Seorang Saudi yang berjanggut panjang belum tentu penganut Sunni. Seorang yang memandu kereta Mercedes belum tentu pemilik kereta itu.

Menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina tidak bermakna saya seorang anti-hadis. Apakah mungkin Omar al-Khattab yang kerap mendengar suara Nabi Muhammad secara langsung itu seorang anti-hadis?

Tidak percaya kepada Utusan Malaysia belum tentu anti-suratkhabar. Apabila suratkhabar memberi maklumat yang salah atau kurang tepat, mengapa disalahkan kepada pembaca apabila pembaca tidak mempercayainya. Dimana keadilan?

Malah, Nabi Muhammad berlaku adil, walau terhadap musuhnya sendiri (5/8).

Kita pula berlaku tidak adil kepada baginda dengan mengenali keperibadian baginda melalui kitab lain semata? Bagaimana dengan Kitabullah?

Nabi Muhammad sebagai seorang hamba Allah, taat kepada Allah, di mana akal kita apabila menuduh baginda menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Yang mengsahihkan riwayat yang berkenaan, adalah bukan Tuhan, tetapi makhluk.

Maka jika dibiarkan cinta terhadap Nabi Muhammad setaraf dengan cinta kepada Allah, maka boleh membawa kepada perbuatan umpama seorang lelaki yang mencuri rantai emas demi cintanya kepada kekasihnya, sedangkan dia tahu Tuhannya melarang dia dari mencuri.

Atau perbuatan umpama seorang ahli sukan yang mensabotaj pesaingnya kerana mencintai gelaran juara.

Atau perbuatan umpama seorang ustaz yang menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina sedangkan dia tahu Tuhannya menyebut hukuman sebat, dan dia tahu hudud itu bermaksud batasan-batasan.

Wallahualam.

Tuesday 6 September 2011

Biar Aku Sendiri


Biar Aku Sendiri


Penyanyi: Ariji
Pencipta lagu: Ariji
Penulis lirik: Ariji


kamu hadir di hidupku
menjadi ikatan
kemudian kamu pergi
meninggalkan diriku


terima kasih perempuan jantungku
kerna sudi mengecewakan aku
dan melukai terunaku


aku hadir dalam hidupmu
menjadi kekasih
aku mahu diri kamu
menjadi isteriku


sudah lama aku mencari wanita
yang baik untuk diriku yang bujang
dan kali ini aduh sakit


biar aku sendiri
dengan darah mengalir


tinggallah aku menanti
menahan luka hati


mungkin aku tidak cukup baik untuk dirimu sayang
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat


mungkin aku jahat untuk dirimu sayangku kerana
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Thursday 1 September 2011

Al-Quran Dalam Hidupku

Tidak sempat saya menghabiskan bacaan buku ini tadi di Borders, hanya tinggal beberapa bab sahaja lagi tapi terpaksa pulang. Dua perkara yang menarik bagi saya tentang buku ini adalah;

1) Non-fiction
2) Al-Quran

Ia berjaya membuatkan hidung saya berhingus tadi, akibat rasa mahu menangis.

Wallahualam.