Wednesday 25 October 2023

Agama Bhg. X

Anda perlu belajar "menerima" gelaran "kafir" dari musuh. Nanti saya terangkan kenapa.

Adakah anda mengharapkan musuh anda untuk menggelarkan anda dengan pujian? Mereka adalah musuh anda. Adalah logik jika mereka memberikan gelaran buruk kepada anda.

Anda boleh menyuruh mereka supaya berubah. Menukar gelaran "kafir" kepada gelaran lain seperti gelaran "bukan Islam" sebagai contoh. Namun itu pilihan mereka untuk berubah.

Jika mereka tidak mahu berubah, maka anda perlu tahu untuk menanganinya demi kesihatan mental anda.

Sepanjang saya menjadi pengkritik Sunnah, saya menerima pelbagai gelaran buruk. Alhamdulillah, saya masih belum ditangkap polis mahupun pegawai agama.

Baru-baru ini agamawan yang bernama Cikgu Norman telah menggelarkan saya sebagai "bodoh" berkali-kali dan saya menerimanya.

Saya tidak memarahi beliau kerana saya menerima gelaran itu. Kesihatan mental saya telah terjaga dengan izinNya.

Setelah anda menerima gelaran buruk, anda perlulah membela diri dengan hujah yang bernas. Ini dinamakan sebagai pertahanan diri.

Jika anda tiada hujah bernas, anda sebenarnya telah "kalah" sebelum anda mengkritik.

Pendakwah yang memaksa orang lain berubah kepercayaan akhirnya akan merosakkan diri sendiri. Ia adalah satu bentuk tekanan diri yang tidak perlu.

Wallahualam.