Tuesday 31 December 2019

Sekolah

Murid sekolah membunuh diri akibat kecewa dengan keputusan peperiksaan sekolah. Coretan ini bagi merungkai salah faham ibubapa terhadap sekolah.

Secara asasnya sekolah hanya meliputi sebahagian dari pendidikan. Nilai gred A di sekolah bukan mewakili gred A secara keseluruhan subjek.

Realitinya di dunia luar, bukan semua masalah subjek itu kita selesaikan secara bersendirian. Bahkan anda dibenarkan untuk merujuk buku teks tanpa dimarahi oleh pegawai peperiksaan.

Hari ini masyarakat Malaysia berkonflik berkenaan tulisan jawi. Itulah antara asas sekolah, dimana ia dibias dengan pandangan pemimpin, sedangkan pendidikan adalah tentang kebenaran. Kualiti pendidikan adalah dinilai kepada sejauh mana kebenaran yang dipegang.

Pendidikan Islam itu sendiri unik kerana melibatkan perkara ghaib seperti dosa dan pahala dimana secara asasnya kertas peperiksaan tidak dapat melihat perkara ghaib ini. Maka sejauh mana nilai Gred A yang dibanggakan itu?

Orang kaya tidak dapat membina bangunan pencakar langit jika orang bawahannya tiada kepakaran berkenaan. Maka penyelesaian bagi masalah ini adalah sekolah dan universiti. Maka duitnya yang bertimbun itu dapat diterjemahkan kepada hasil. Apakah nilai duit yang banyak jika ia tidak dapat membeli keperluan dan kehendak si pemilik?

Saya adalah aktivis anti ketaksuban. Jelas, anda tidak perlu jua untuk taksub kepada sistem pendidikan sekolah.

Wallahualam.