Saturday 31 March 2018

Nilai

Warren Buffet menjadi antara manusia terkaya di dunia melalui aktiviti pelaburan nilai.

Nilai di sini bermaksud, beliau melihat sesuatu bisnes dari sudut nilai.

Kenapa ia penting?

Ini kerana sesuatu perkara bukan sekadar bersifat zahir tetapi juga batin. Dikala anda boleh melihat benda zahir dengan menggunakan mata kasar, anda melihat perkara batin melalui qalbu atau minda.

Dengan ini anda dapat menghasilkan penghakiman yang lebih berkualiti.

Ini ada persamaan dengan yang dikatakan sebagai "Islam" dimana imej Islam dilihat sebagai berjubah serban, tetapi juga kita patut melihat secara batin jua yakni akhlak.

Jika Islam dilihat sebagai zaitun dan kurma, maka jika anda melihat dari segi nilai, maka ia berkenaan tentang makanan halalan toyyiban yang merangkumi durian dan rambutan jua.

Hamba yang beriman lebih-baik dari musyrik walaupun dia menakjubkan kamu (2/221).

2/221 menerangkan tentang bagaimana memberi perhatian kepada nilai adalah langkah yang bijak. Seseorang yang cantik fizikal belum tentu pilihan yang tepat untuk anda nikahi.

Wallahualam.