Monday 30 January 2012

Idd

Sesungguhnya kamu telah datangkan sesuatu yang idd (19:89).

Idd bermaksud 'serius', atau 'lebih-dari-antara-yang-lain'.

Orang yang menangis, samada menangis kesedihan atau menangis kegembiraan. Begitu juga apabila orang menyebut "Oh My God!", maksud ekspresinya bergantung kepada apakah yang membuatnya terkejut, samada terkejut perkara negatif atau positif.

Kalimah 'idd; dalam 19/89 berada dalam konteks ayat yang negatif, iaitu berkenaan kes dakwaan bahawa Allah mengambil anak. Maka secara spesifiknya dalam konteks ayat yang negatif itu, 'idd' membawa ekspresi maksud 'sangat-jijik'.

Kalimah 'idd' dipilih dalam 19/89 antaranya kerana faktor pantun dari 19/75 hingga 19/89 dimana terdiri dari corak huruf 'dal-alif' dan huruf 'zay-alif'.

Wallahualam.

Sunday 29 January 2012

Ikhwah

Kalimah 'ikhwah' bermaksud 'saudara', dalam al-Quran antaranya terlibat dengan isu berikut;

1) Wasiat

Nisbah harta-wasiat kepada anak lelaki berbanding anak perempuan adalah 2:1. Jika perempuan lebih dari dua, maka perempuan itu mendapat 2/3 apa yang ditinggalkan. Jika perempuan hanya-satu, maka baginya 1/2 apa yang ditinggalkan. dan bagi ibu-bapanya bagi setiap satu dari mereka-berdua 1/6 dari apa yang ditinggalkan jika baginya ada anak.  Jika  tiada baginya anak, wariskannya  ibu-bapanya.  Maka bagi ibunya 1/3. Jika  baginya ikhwah maka bagi ibunya 1/6 dari selepas wasiat  yang dia wasiatkan dengannya atau hutang (4/11).

Jika tiada bagi si-mati anak, dan baginya adik-atau-kakak-perempuan, maka bagi-perempuan-itu 1/2 apa yang ditinggalkan. Dan dia mewariskan-perempuan-itu jika tiada bagi-perempuan-itu anak. Jika ada dua-perempuan, maka bagi mereka-berdua 2/3 dari yang ditinggalkan. Dan jika ada ikhwah lelaki dan perempuan maka bagi lelaki 2:1 berbanding perempuan (4/176).

2) Yusof

Ayah Yusof berkata kepadanya; "Wahai anakku, jangan qisaskan rukya kamu atas ikwah kamu, maka mereka akan merancang bagi kamu rancangan. Sesungguhnya Setan bagi manusia musuh yang nyata" (12/5). Allah telah memilih Yusof, dan Allah mengajar Yusuf menakwil hadis-hadis (12/6). Pasti  bagi yusof  dan ikhwahnya, ayat bagi penyoal.

Suatu hari, datang ikhwah Yusof, maka mereka masuk atas Yusof, maka Yusof mengenali mereka, dan mereka mungkiri Yusof (12/58).

Suatu hari, Yusof berkata; "Wahai ayahku, ini takwil rukya saya dari sebelum. Pasti Rabbku membuatnya benar. Dan pasti Dia baik denganku apabila dia mengeluarkanku dari penjara dan datangkan  dengan kamu  dari badwi dari selepas Setan menghasut antara aku dan antara ikhwahku" (12/100).

3) Orang yang beriman

Sesungguhnya orang yang beriman itu ikhwah (49/10).

Wallahualam.

Catur Bhg II

Tiga menang, lima kalah. Ini hasil perlawanan catur saya dalam masa dua hari di UiTM Machang, seterusnya dapat melepaskan gian kerana sebelum itu kali terakhir saya menyertai tornamen catur secara bukan dalam talian adalah pada tahun 2008. Hasil perlawanan saya itu boleh dilihat di;  http://chess-results.com/tnr64833.aspx?art=9&lan=1&fed=MAS&snr=16

Saya rasa, prestasi saya cenderung kepada mendatar melainkan jika saya fokus latihan kepada perlawanan dengan lawan yang berkemahiran GM, walaupun jika ia robot. Sememangnya kena mencari yang robot, mana nak dapat GM yang bukan robot.

Jika tidak, prestasi catur saya begitulah. Mendatar. Dengan berakhirnya Kejohanan Catur Tertutup Kelantan 2012 itu, maka berehatlah kembali saya dari catur. Menarik apabila Nik Farouqi dapat mengalahkan pemain pilihan, Mas Hafizulhelmi.

Wallahualam.

Tuesday 24 January 2012

Sultan dan Hadis



Perhatikan riwayat hadis berikut;

رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال إن هذه من ثياب الكفار ، فلا تلبسها

Rasulullah saw melihat pakaian celup-kuning. Sabda baginda," sesungguhnya ia adalah pakaian orang kafir, janganlah engkau memakainya" (Riwayat Muslim).

Bukan saja pakaian celup-kuning dilarang, malah menurut riwayat lain, baginda menyuruh agar ia dibakar;

رأى النبي صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال أأمك أمرتك بهذا ؟ قلت : أغسلهما . قال بل أحرقهما

Nabi saw melihat pakaian celup-kuning. Baginda bertanya; "apakah ibumu yang menyuruh kamu memakai pakaian tersebut? Maka saya menjawab," apakah saya perlu mencucinya?" Nabi bersabda, "bakarkannya" (Riwayat muslim).

Wallahualam.

Thursday 19 January 2012

Menjadi Diri Sendiri

"Ku menjadi diri sendiri, tak peduli kata dunia".

Ini ayat yang tercoret di Facebook Chinta Khayalan. Ayat ini menarik bagi saya. Ia mempunyai unsur nilai 'ijtihad', dan kecekalan jantung. "Tak peduli kata dunia" bukan bermaksud "menutup telinga". Tetapi akibat wujudnya 'mulut-mulut' yang mengkritik secara kurang membina, sedangkan bukan semua pendapat orang lain kita mampu terima. Siapa yang lebih mengenali diri kita berbanding Allah dan diri kita sendiri.

"Saya punya hak untuk menjadi diri-sendiri, saya mahukan hak itu. Siapa awak untuk mengambil hak saya."

Kisah perkenalan antara kami berdua pun agak semacam juga. Bayangkan suatu ketika dahulu kami tidak pernah mengenali. Tetiba saya mengajaknya keluar melalui Facebook. Desperate ke? Saya cuma cuba menguji tahap kemahiran mengorat saya ketika itu.

Suatu ketika dahulu saya pernah 'hilang' di tepi pantai di tengah malam ketika menghadiri kursus. Ada orang kata sebab saya putus cinta dengan Sha. Ah, macam-macam kata orang. Tapi kursus itu kenangan manis.

Ah, sudah. Apa yang saya perlu coret. Suatu ketika dahulu saya lebih kerap menulis diari dalam blog ini. Saya mencoret, kemudian saya padam. Berulangkali. Apa lagi yang saya mahu coret sebenarnya.

Kassim Ahmad kembali dengan isu 'tiang agama', merujuk kepada coretan blognya bertarikh 13 Januari 2012. Jika ahli agama tidak menyetujui bahawa 'tauhid itu tiang agama yang sebenar', maka kita boleh kemukakan hujah lain seumpama;

"Sembahyang adalah tiang agama, manakala tauhid itu adalah bahan mentah untuk menghasilkan tiang agama."

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Tuesday 17 January 2012

Akhara

Akhara bermaksud 'akhir'. Tetapi saya ingin menganalisis 'Akhirat' dalam coretan ini. Akhirat bermaksud 'yang akhir', tidak semestinya merujuk masa depan (38/7). Tetapi 'Akhirat' juga merujuk kepada 'Hari Akhir' (2/8).

Sebahagian manusia memilih dunia, dan sebahagian manusia memilih Akhirat (3/152). Kehidupan dunia adalah keseronokan-sementara, manakala Akhirat pula tempat-kembali-istirehat selesa (40/39). Siapa yang mahukan hasil-tuaian Akhirat, Allah tingkatkan baginya hasil-tuaiannya, siapa yang mahukan hasil-tuaian dunia Allah memberinya darinya, dan tidak baginya dari-nisbah di Akhirat (42:20). Dunia adalah kemewahan bagi orang kafir dan Akhirat kemewahan bagi orang bertaqwa (43/35). Siapa yang mahukan ganjaran di dunia, maka di sisi Allah adalah ganjaran di dunia dan Akhirat (4/134). Apabila seseorang belajar al-Quran, Allah jadikan antara seseorang itu dan antara yang tidak beriman dengan Akhirat halangan yang tersembunyi (17/45). Bagi Allah pujian di awal dan Akhirat (28/70, 34/1), Allah akan menggubah makhluk Akhirat (29/20), dan bagi Allah Akhirat dan awalan (53/25, 92/13).

Nabi-nabi tidak gentar, tidak lemah dan tidak bimbang (3/146), mereka berdoa; "Rabb kami, ampuni dosa kami, dan kecuaian dalam tanggungjawab kami, dan teguhkan tapak kami, dan bantu kami menghadapi orang kafir" (3/147). Maka Allah berikan mereka ganjaran di Akhirat yang lebih baik dari ganjaran di dunia (3/148). Nabi hanya dibenarkan menahan banduan perang ketika peperangan, mereka mahukan tempat dunia, dan Allah mahukan Akhirat (8/67).

Isa adalah mulia di dunia dan Akhirat (3/45), dan Allah memberi Ibrahim di dunia kebaikan dan sesungguhnya Ibrahim di Akhirat pasti dari yang soleh (2/130, 29/27, 16/122). Musa pula pernah berdoa; "Tuliskan bagi kami di dunia ini kebaikan dan di Akhirat sesungguhnya kami hudkan kami kepadaMu" (7/156) dan Yusof pula meninggalkan milah orang yang kufur dengan Akhirat (12/37). Manusia dikumpul di Akhirat (11/103, 17/104), dan di Akhirat manusia juga boleh berfikir (2/219-2/220).

Keseronokan dunia adalah sedikit dan Akhirat lebih baik bagi yang bertaqwa (4/77), iaitu yang yakin dengan Akhirat (2/4). Al-Quran mengajar kita supaya bukan sekadar mengharap di dunia, tetapi mengharapkan kebaikan di dunia, dan kebaikan di Akhirat (2/200-201). Siapa inginkan Akhirat dan berusaha baginya usahanya dan dia beriman maka itulah yang usaha mereka disyukuri (17/19).

Orang beriman adalah orang yang mengadakan Solat, dan memberi Zakat, dan yakin dengan Akhirat (27/3, 31/3-4), dan apabila mereka diseru maju di jalan Allah, mereka diperingatkan agar lebihkan berat kepada Akhirat berbanding dunia, kerana keseronokan hidup dunia hanya sedikit berbanding di Akhirat (9/38). Berita gembira bagi orang yang beriman di kehidupan dunia dan Akhirat (10/64). Akhirat menjadi tempat-kembali-istirehat bagi yang beriman (28/83), iaitu yang mencari Allah dan Rasul (33/29). Mereka yang beriman dengan Akhirat akan beriman dengan kitab dan mereka atas Solat mereka menjaga (6/92). Siapa yang mahukan ganjaran di Akhirat, Allah akan berikan (3/145).

Allah adalah wali orang yang beriman di dunia dan Akhirat (12/101, 41/31), dan orang yang beriman tidak patut mewalikan orang yang dimurkai Allah, iaitu orang yang berputus-asa dari Akhirat sebagaimana mereka berputus-asa dari sahabat Kubur (60/13).

Mereka yang berhijrah pada Allah dari selepas apa mereka dizalimi, Allah akan sediakan mereka di dunia kebaikan dan balasan Akhirat lebih besar jika mereka mengetahui(16:41). Biarkan yang membeli Akhirat dengan dunia berperang di jalan Allah, jika terbunuh atau menang, Allah akan berikannya ganjaran yang besar (4/74).Akhirat lebih baik (93/4) dan lebih lama dari dunia (87/17). Allah yang memberi kemenangan di dunia dan Akhirat (22/15). Kehidupan dunia ini hanya keseronokan dan kelalaian dan sesungguhnya tempat-kembali-istirehat Akhirat pasti ia kehidupan-sebenar (29/64).

Orang beriman adalah orang yang mengadakan Solat, dan memberi Zakat, dan yakin dengan Akhirat (27/3, 31/3-4). Amalan orang yang beriman antaranya bermuhasabah waktu malam sujud dan pengabdian dan merasa-takut-dengan Akhirat dan mengharap rahmat rabbnya (39/9). Allah kukuhkan orang yang beriman dengan perkataan yang kukuh di kehidupan dunia dan di Akhirat dan Allah sesatkan orang yang zalim dan Allah lakukan apa yang Dia sesuatukan (14/27). Bagi orang yang melakukan kebaikan di dunia ini kebaikan, dan pasti tempat-kembali-istirehat Akhirat lebih baik (16/30). Fadhilat dan rahmat Allah di dunia dan Akhirat dapat menyelamatkan dari azab pedih (24/14). Pastinya ganjaran Akhirat lebih-baik bagi orang yang beriman (12/57) dan bertaqwa (12/109). Perhatikan bagaimana Allah cenderungkan sebahagian mereka atas sebahagian-lain dan bagi Akhirat lebih besar darjat dan lebih besar kecenderungan (17/21).

Sebahagian manusia lebih mencintai dunia dan mengengkari Akhirat (75/21), antara mereka diberi peluang kesenangan di dunia (59/3), ada juga yang mendapat azab di dunia, dan kemudian azab neraka di Akhirat (79/25). Di Akhirat azabnya kuat (57/20), malah lebih kuat dari azab dunia (39/26, 41/16, 68/33), dan lebih lama berbanding dunia (20/127). Sesiapa yang buta pada peringatan dariNya, maka dia di Akhirat buta dan lebih-sesat jalannya (17/72).

Perbuatan sihir di dunia tidak membawa manfaat di Akhirat (2/102), dan wujudnya manusia yang menyembah Allah secara bersyarat (22/11), manakala orang yang lari dari Tazkirah adalah tidak takutkan Akhirat (74/49-53). Si munafiq yang 'iman di mulut' tapi tidak di jantung (5/41), dan yang menentang Allah dan RasulNya dan berjuang kerosakan di Bumi, bagi mereka kemaluan di dunia dan bagi mereka di Akhirat azab yang hebat (5/33). Jika si munafiq bertaubat, lebih baik untuk mereka, dan jika mereka berpaling, maka Allah akan menghukum mereka dasyatnya di dunia dan Akhirat (9/74).

Apabila diperingatkan nama Allah tauhidNya, berbelah-bagi jantung orang yang tidak beriman dengan Akhirat dan apabila diperingatkan yang dari selainNya, mereka ketika itu menjadi-gembira (39:45) Mereka yang hanya beriman sebahagian dari Kitab dan kufur dengan sebahagian lain adalah membeli hayat dunia dengan Akhirat (2/85). Siapa yang menghalang pensujudan-kepada Allah supaya mengingati padanya namaNya dan yang berusaha pada keruntuhannya, maka bagi mereka di Akhirat azab yang hebat (2/114). Bagi yang tidak beriman dengan Akhirat contoh keburukan dan bagi Allah contoh ketinggian (16/60).

Allah membuatkan bagi setiap Nabi musuh setan manusia dan jin mewahyukan sebahagian dari mereka ke sebahagian perkataan yang berhias khayalan dan jika Allah bersesuatu, tidak mereka lakukannya, maka orang beriman disuruh tinggalkan mereka dan apa yang mereka gubah. Orang yang tidak beriman dengan Akhirat akan redha dengan mereka (6/112-113).

Sesungguhnya yang mengkufuri dengan ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi dengan tanpa haq, dan membunuh yang menyuruh dengan keadilan dari manusia maka khabarkan mereka dengan ayat yang pedih. Itulah yang sia-sia amalan mereka di dunia dan di Akhirat, dan tiada bagi mereka dari pembantu (3/21-22), dan itulah sahabat Neraka mereka padanya selamanya (2/217).

Yang menyakiti Allah dan Rasul, mereka dilaknat Allah di dunia dan Akhirat (33/57), dan orang yang tidak beriman dengan Akhirat, pada azab dan kesesatan (34/8). Setan tidak dari-sultan ke atas manusia kecuali bagi Allah mengetahui siapa yang beriman dengan Akhirat dari siapa yang syak (34/21).

Orang yang tidak beriman dengan Akhirat tidak memandang rendah kepada manusia biasa sebagai Rasul (23/33) dan tidak berpecah-belah dari jalan-lurus (23/74), dan orang yang mencintai menyebarkan fahisyah pada orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan Akhirat (24/19). Dan mereka yang memungkiri perjanjian dengan Allah, dan mengingkari perintah Allah, merosakkan Bumi, mereka meraikan kehidupan dunia dan kehidupan dunia berbanding Akhirat adalah sukaria-sementara (13,25-26).

Orang yang tidak beriman dengan Akhirat, Allah jadikan amalan mereka menarik, supaya mereka buta (27/4) dan mereka di Akhirat, paling kalah (27/5). Orang kafir ditahan dari ilmu, berasa syak dan buta tentang Akhirat (27/66). Mereka tahu zahir dari kehidupan dunia dan mereka berkenaan Akhirat mereka pengabai (30/7). Orang yang kufur dan menafikan dengan ayat Kami dan pertemuan Akhirat maka itulah dikenakan azab (30/16).

Mereka yang menuduh perempuan yang merdeka, terhindar dan beriman, mereka akan dilaknat di dunia dan Akhirat (24/23), manakala orang yang tidak memberikan zakat adalah tidak beriman dengan Akhirat dan mereka kafir (41/7). Mereka yang kafir akan diseksa dengan azab di dunia dan di Akhirat, dan tiada dari mereka pembantu (3:56). Mereka yang membeli dengan janji Allah dan amanah mereka dengan harga yang kecil (3/77), dan yang cepat engkar, tiada bahagian di Akhirat (3/176). Dan siapa yang ikut selain dari Islam deen, maka tidak akan diterima darinya, dan dia di Akhirat dari pesesat (3:85). Yang menafikan dengan ayat-ayat Kami dan pertemuan Akhirat, (7/147), dan sesiapa mengkufuri dengan iman, maka pasti sia-sia amalannya (5/5), dan dia di Akhirat orang yang kalah (9/69).

Orang yang mencintai kehidupan dunia berbanding Akhirat (16/107), yang menghalang dari jalan Allah (14/3) dan mencarinya kecacatan dan mereka dengan Akhirat kafir (7/45, 11/19), itulah pada kesesatan yang jauh (14/3), Allah tutup atas jantung mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka (16/108) dan sesungguhnya mereka di Akhirat, yang kalah (11/22, 16/109). Siapa yang hanya mahukan hayat dunia, bagi mereka di Akhirat hanya Neraka (11/15-16).

Si musyrik dan kafir (13/33), bagi mereka azab di kehidupan dunia dan pasti azab Akhirat lebih kuat dan tidak bagi mereka dari Allah dari pembela (13/34). Dan sesungguhnya yang tidak beriman dengan Akhirat Allah sediakan bagi mereka azab yang pedih (17/10).

Orang yang tidak beriman dengan Akhirat jantung mereka engkar dan mereka takbur (16/22), pasti menamakan malaikat nama perempuan, dan mereka tidak tahu dengannya, mereka ikut sangkaan (53/27-28). Jangan ikut hawa orang yang menafikan dengan ayat-ayat Allah dan yang tidak beriman dengan Akhirat (6/150). Ajakan kepada mengkufuri dengan Allah dan syirik denganNya, tiada dakwah baginya di dunia dan tidak di Akhirat (40/42-43).

Wallahualam.