Monday 31 December 2018

Thu'ban

Thu'ban bermaksud "ular";

Maka baginda lemparkan barangnya maka ketika itu ia ular penyata (7:107).


Wallahualam.

Friday 30 November 2018

Mungkin

Kita diseru untuk berpandangan mungkin bagi perkara yang kita tidak tahu. Tidak berdosa bagi kita mengatakan kemungkinan bagi perkara yang kita tidak tahu. Perhatikan ayat dibawah;

"Esok hujan, insyallah".

Ayat ini kedengaran religious gara-gara perkataan "insyaallah". Perhatikan pula ayat dibawah;

"Esok mungkin hujan".

Ayat ini seolah tidak kedengaran religious memandangkan perkataan "mungkin" digunakan berbanding "insyallah". Namun, secara asasnya dua ayat ini memberi maksud yang sama.

Bayangkan seorang atheis mengatakan "mungkin" apabila dibacakan kepadanya; "Katakanlah,  Dia Allah yang Esa" (112:1). Pintu hidayah mula terbuka baginya.

Namun bagi si alim adalah berdosa mengatakan "mungkin" bagi ayat tersebut, memandangkan si alim tahu bahawa Allah adalah Esa.

Wallahualam.

Wednesday 31 October 2018

Netizen

Jika anda melihat komen-komen di fesbuk berkenaan isu-isu sosial, atau politik dan sebagainya, lazimnya kita mendapati komen-komen judgemental.

Di antara mereka terdiri jua dari golongan "ala Malaikat" seakan sempurna dari dosa. Tapi sebenarnya mereka manusia biasa seperti kita.

Bukan sesuatu yang aneh jika anda mendapati "si Malaikat" ini, sebenarnya  tidak begitu Malaikat.

Dosa yang dekat adalah terlalu cepat menghukum orang lain. Ilmu pada diri manusia ini berbeza-beza. Jika anda mempunyai ilmu yang cukup dalam sesuatu isu, mungkin anda mampu menghukum dengan cepat dengan baik.

Saya tertarik dengan kata dari seorang rakan yang mengatakan rata-rata pekomen di fesbuk akan isu tertentu cenderung untuk menghukum berbanding memahami, memandangkan sesuatu isu tidak digarap secara komprehensif.

Wallahualam.

Sunday 30 September 2018

Umat

Kuantiti umat bukanlah sesuatu yang begitu membanggakan melainkan jika akhlaknya baik. Perlumbaan kuantiti umat dengan penganut agama-agama lain menjadi kelekaan duniawi.

"Kita digalakkan berpoligami agar dapat meramaikan umat Rasulullah"

Itu adalah alasan untuk seks. Berapa ramai kes anak dihalau dari rumah, atau anak lari dari rumah akibat konflik kekeluargaan. Adakah itu membanggakan?

Berapa ramai anak yang menjadi penjenayah?

Berapa ramai ibubapa yang leka dari mengingati Allah kerana anak-anak?

Di Malaysia, Islam dilihat pada surat beranak atau kad pengenalan, dalam erti kata lain pada pendaftaran. Ini adalah orientasi kuantiti berbanding kualiti. Ini menjadikan golongan munafiq juga dimasukkan dalam statistik jumlah umat.

Malangnya lagi, faktor kuantiti ini diangkat mengatasi faktor kualiti sehingga ia dijadikan tunjang proposal pelaksanaan hudud Allah.

Bagaimana "Islam Kad Pengenalan" atau "Islam pada kertas" dapat menyelamatkan anda dari Neraka?

Jawapannya kualitilah yang akan menyelamatkan, insyallah.

Wallahualam.

Friday 31 August 2018

Wawasan

1) Anak

Saya bercadang untuk tidak menanggung pembiayaan pengajian anak di universiti kelak. Maka bagaimana anak saya ke universiti? Jawapannya dengan biasiswa.

Untuk mendapat biasiswa, penaja mendambakan si pelajar mendapat keputusan cemerlang. Jika pelajar itu gagal, maka boleh jadi pelajar itu tidak meletakkan komitmen yang cukup.

Allah menjadikan manusia masing-masing dengan kelebihan tersendiri. Universiti bukan satu-satunya jalan kejayaan duniawi.

Sebagai ganti, saya akan mendedahkan anak saya kepada pelbagai bidang di peringkat awal kanak-kanak, kemudian memberi sokongan dari awal lagi. Maka dengan ini, anak saya mempunyai pilihan lain.

Jika anak saya berimpian ke universiti, maka dengan ini si anak perlu merancang dari awal lagi bagi memastikan mendapat keputusan SPM yang cemerlang.

Memandangkan tiada jaminan bahawa bidang yang dipilihnya membawa kejayaan di masa depan, maka saya merancang untuk memberikannya pendidikan bersifat am jua.

Pendidikan am bermaksud merangkumi pelbagai subjek, tetapi asas. Pengetahuan asas dari pelbagai subjek ini dijangka akan saling berhubung sehingga si pelajar mendapat gambaran luas, seperti si burung helang yang terbang di angkasa melihat permukaan bumi.

Ini menjadi sejenis insurans baginya untuk menghadapi ujian-ujian duniawi mendatang. Bagaimana ini berlaku?

Fokus diberikan kepada perkara-perkara yang si anak menggunakan, seperti, makanan, duit, pengangkutan, teknologi, struktur binaan, pakaian dan sebagainya. Sedangkan sebahagian subjek ilmu asas sudah diajar di sekolah.

Subjek makanan berkait rapat dengan kesihatan, subjek duit berkait rapat dengan perakaunan dan sebagainya. Ilmu adalah modal untuk hidup.

2) Isteri

Isteri yang meletakkan Allah no. 1. Walaupun tidak sempurna seperti Hawa, namun sekurang-kurangnya ada usaha dan komitmen ke arah itu.

Berterusan menambah ilmu dan perbaiki kesilapan. Wanita penyabar bermaksud sudah selangkah ke depan.

Adakah si dia sudi berubah?

Wallahualam.

Tuesday 31 July 2018

Hero

Saya melihat ramai Ahli Sunnah yang ingin menjadi hero, sebagai contoh apabila Mahathir mengatakan Sunnah boleh diamal dan jika tidak diamal pun tak mengapa. Maka mereka menjadi lagak hero ingin mempertahankan Sunnah dan menggelar Mahathir sebagai golongan anti hadis.

Malangnya mereka lebih sudu dari kuah. Bagaimana menjadi hero tanpa ilmu, fiqh yang berkualiti tinggi, hikmah dan kesabaran?

Mereka umpama si gemuk yang beriya mengatakan mahu kurus tetapi bermalasan senaman.

Jika mereka hero yang sebenar, maka mereka akan berjihad memahami al-Quran yakni dengan membersihkan qalbu dan meningkatkan ilmu dari masa ke semasa, kemudian dengan ini mereka dapat menjawab secara ilmiah kepada Mahathir.

Hujah popular mempertahankan Sunnah adalah menggunakan ayat "mentaati Rasul". Namun ahli Sunnah sendiri hipokrit dalam fiqh mereka sendiri kerana kewajipan menyimpan janggut yang dikatakan salah satu dari perintah Rasul itu, dihukumkan sebagai sunat.

Sejauh mana kewajipannya sesuatu amalan apabila dihukum sebagai sunat?

Maka mereka dengan retoriknya berteriak untuk kita mentaati Rasul sedangkan mereka sendiri meletakkan amalan berkenaan sebagai sunat.

Maka bagaimana dengan cadangan Mahathir untuk mereka kembali kepada al-Quran? Adakah mereka sudi?

Wallahualam.

Saturday 30 June 2018

Hamba Allah

Hamba Allah tidak perlukan Syurga. Mereka yang perlukan Syurga adalah employee, sejenis pekerja yang mendambakan gaji.

Adam masih derhaka kepada Allah walau telah diberikan Syurga. Para penjahat tahu perbuatan mereka mengundang Neraka tetapi mereka masih berbuat kejahatan tersebut.

Dua kes ini bukti bahawa Syurga dan Neraka itu sendiri bukan reason yang paling kuat dalam pengabdian.

Berapa ramai yang mahukan Syurga tetapi tidak mahu mati. Macam mana masuk Syurga jika tidak mati?

Berapa ramai yang tidak menjadi pengebom berani mati walaupun percaya Syurga menanti?

Hamba Allah tidak perlukan Syurga. Hamba dan employee adalah dua perkara yang berbeza.

Wallahualam.

Tuesday 15 May 2018

Debat Bhg. IV

Kemunculan Syed Saddiq menarik perhatian saya. Beliau membawa agenda debat ke persada politik di luar Dewan.

"Debat bukan budaya kita".

Ini yang dikatakan Najib suatu ketika dahulu. Sebab itu saya tidak hairan apabila beliau sehingga kini tidak begitu kelihatan melayan jemputan debat selain Dewan.

 Ironinya Dewan Yang Mulia pula mendepani aktiviti debat. Jika debat itu tidak elok, kenapa Dewan Yang Mulia beresepikan debat?

"Debat bukan sesuai dalam setiap keadaan".

Ini pula yang dikatakan oleh saya. Jika anda mendapati tukul itu berguna, tapi anda menggunakan pisau untuk menyiang ikan.

Yang penting, Syed Saddiq membawa agenda debat ilmiah. Ini kerana manfaat debat terserlah melalui ilmiah.

Wallahualam.

Monday 30 April 2018

Agama Bhg. II

Keganasan, ketaksuban, over-confident, fantasi, keangkuhan. Ini realiti penangan ajaran agama di dunia. Kenapa ini berlaku?

Parent yang bijak menerapkan kepercayaan kepada kanak-kanak tentang bahaya api, elektrik, objek tajam, objek panas, bahan beracun dan sebagainya. Ini kerana kanak-kanak masih dalam fasa mentah dimana proses penerapan ilmu mengambil masa.

Ini berbeza dengan golongan dewasa yang sudah berpengalaman dan mengalami ketumbuhan fizikal yang lebih matang, sedia maklum tentang bahaya api.

Namun dalam ajaran agama, penganut disogok dengan kepercayaan-kepercayaan seolah-olah mereka masih kanak-kanak. Ini adalah kaedah yang kurang sesuai kerana mereka bukan kanak-kanak.

Akibat dari kaedah ini, dalam erti kata lain pendidikan kurang berkualiti. Mereka menjadi pengganas, atau angkuh.

Banyak institusi pengajian agama yang kurang kualiti pendidikan kerana mereka bias dengan persepsi agama berkenaan sendiri. Mereka meletakkan kepercayaan agama lebih tinggi dari ilmu agama.

Wallahualam.

Saturday 31 March 2018

Nilai

Warren Buffet menjadi antara manusia terkaya di dunia melalui aktiviti pelaburan nilai.

Nilai di sini bermaksud, beliau melihat sesuatu bisnes dari sudut nilai.

Kenapa ia penting?

Ini kerana sesuatu perkara bukan sekadar bersifat zahir tetapi juga batin. Dikala anda boleh melihat benda zahir dengan menggunakan mata kasar, anda melihat perkara batin melalui qalbu atau minda.

Dengan ini anda dapat menghasilkan penghakiman yang lebih berkualiti.

Ini ada persamaan dengan yang dikatakan sebagai "Islam" dimana imej Islam dilihat sebagai berjubah serban, tetapi juga kita patut melihat secara batin jua yakni akhlak.

Jika Islam dilihat sebagai zaitun dan kurma, maka jika anda melihat dari segi nilai, maka ia berkenaan tentang makanan halalan toyyiban yang merangkumi durian dan rambutan jua.

Hamba yang beriman lebih-baik dari musyrik walaupun dia menakjubkan kamu (2/221).

2/221 menerangkan tentang bagaimana memberi perhatian kepada nilai adalah langkah yang bijak. Seseorang yang cantik fizikal belum tentu pilihan yang tepat untuk anda nikahi.

Wallahualam.

Sunday 25 February 2018

Alumni

Alumni bukan bermaksud berkawan. Ia bermaksud lepasan sesebuah institusi. Jika anda menubuhkan alumni rasmi sesebuah sekolah kemudian berharap hanya kawan anda saja dikalangan alumni, maka ia tidak menjadi alumni rasmi.

Dimana kemaluan anda menamakan ia sebagai alumni rasmi. Itu adalah puak anda. Sedangkan rakan-rakan sekolah yang lain mungkin berlainan kaum, agama, nilai kehidupan dan sebagainya.

1) Pentingkan diri

Anda menyertai alumni sekolah anda kemudian mendiskriminasikan rakan lain mungkin kerana faktor kaum atau agama. Atau faktor kulit anda lebih putih dari mereka. Atau bahasa mereka berbeza. Anda pentingkan diri.

Sekali lagi alumni bukan bermaksud berkawan. Rakan-rakan sekolah datang dari latar belakang yang pelbagai. Selepas alam sekolah mereka berubah lagi mengikut acuan kehidupan masing-masing. Kemudian anda expect mereka sebulu dengan anda?

2) Pandangan

Manusia sejak dulu hingga sekarang bersikap berbeza pandangan dalam segenap hal. Jika anda mahu kumpulan anda sepandangan dengan anda semata, itu bukan alumni rasmi.

Anda jenis yang ego tinggi, pantang orang lain berbeza pandangan dengan anda. Hidup bermasyarakat memanglah berbeza pandangan. Masyarakat bukan hanya satu warna sahaja.

Saya membuat coretan ini untuk memberi ilmu kepada anda. Adakah anda masih ego dengan coretan ini?

Rata-rata masing-masing sudah mempunyai anak. Apakah tiada sekelumit dalam diri untuk menjadi role model bagi anak-anak. Kemana hendak dibawa keangkuhan diri.

Wallahualam.