Sunday 31 March 2019

Taqlid

Secara asasnya manusia tidak mampu menggapai kesemua ilmu yang ada di bumi dan langit, maka manusia taqlid terhadap perkara tertentu.

Namun, di sini saya ingin mengatakan tentang adab hamba Allah dalam mentaqlid;

1) Sedar diri

Seorang hamba Allah bila beliau taqlid, beliau sedar diri bahawa beliau tidak alim dalam perkara berkenaan. Kesedaran ini akan menjadikan beliau tidak takbur dalam perkara tersebut.

2) Pertimbangan

Hamba Allah mempertimbangkan kemungkinan andaian beliau tidak tepat dalam perkara tersebut seterusnya tidak menjadikan beliau pentaksub.

3) Rawatan

Hamba Allah berusaha untuk merawat taqlidnya dengan menambah ilmu.

4) Penghakiman

Hamba Allah mengakui bahawa Allah Maha Bijaksana maka Dialah entiti utama dalam menghakimi perkara berkenaan.

Wallahualam.