Monday 27 March 2023

Agama Bhg. VIII

Besar jasa para Sultan dalam perkembangan agama Sunnah di Malaysia. Pendakwah-pendakwah Sunnah yang tiada tauliah itu masih dibenarkan berceramah di masjid kerana mereka ahli Sunnah. Jika mereka penganut Syiah, boleh jadi mereka lebih awal dihalang. 

Menjadi kebiasaan ahli Sunnah untuk menuduh golongan liberal sebagai sesat. Namun mereka pula kini yang berperangai liberal menuntut kebebasan tauliah.

Menjadi kebiasaan ahli Sunnah juga untuk menuduh orang lain yang menyerupai kafir itu sesat. Namun Sultan-Sultan mereka jua yang menciplak sistem Beraja Kristian yang mengawal gereja, tidak pula difatwakan sesat.

Dalam sejarah Malaysia, kes pengharaman tali leher adalah contoh kes yang terkenal konflik antara Hamka dengan Mufti Johor ketika itu. Pemakaian tali leher dikatakan menyerupai kafir.

Kazim Elias yang mendakwa Nabi berkendurikan roti jala pula juga bernasib baik kerana beliau ahli Sunnah. Jika buku yang mengarut diterbitkan oleh penganut Syiah, boleh jadi telah lama diharamkan penguatkuasa Sunnah.

Golongan penglipur lara juga bernasib baik kerana mereka ahli Sunnah. Dalam erti kata lain, ahli Sunnah mendapat hak keistimewaan di negara ini kerana lampu hijau dari para Sultan.

Namun ahli Sunnah juga manusia biasa yang cenderung untuk taat jika sesuatu peraturan itu mengikut selera mereka. Sebab itu mereka masih merokok walau mufti Sunnah menfatwakan merokok sebagai haram.

Tabiat buruk ahli Sunnah adalah mereka cenderung untuk memaksa orang lain supaya satu akidah dengan mereka. Dan mereka cenderung untuk menggunakan kuasa untuk membuli mereka yang bukan satu akidah dengan mereka.

Kini di bulan puasa kita lihat bagaimana penguatkuasa Sunnah ini berperangai komunis membuli mereka yang tidak berpuasa.

Kassim Ahmad bukan ahli Sunnah. Dimana relevennya ahli Sunnah pergi ke rumah berdebat dengan beliau untuk membuktikan akidah beliau terpesong.

Dimana juga relevennya Sister in Islam untuk mencabar keputusan majlis fatwa Sunnah di mahkamah berkenaan bahawa pertubuhan itu difatwakan sesat.

Secara teorinya ahli Sunnah akan mendakwa golongan muslim yang bukan Sunnah sebagai sesat. Bahkan ahli Sunnah mengakui ada 72 golongan muslim yang akan masuk neraka.

Wallahualam.