Tuesday 27 February 2024

Sembahyang Jumaat Bhg. III

Jabatan agama merasakan perlaksanaan sembahyang Jumaat mereka cukup baik. Sebab itu mereka menangkap muslim yang ponteng.

Realitinya, versi sembahyang Jumaat mereka itu adalah antaranya sesi mengampu Sultan. Si khatib juga berlakon sebagai pemimpin Islam yang bertaqwa, membaca skrip di depan mata.

"Bertaqwalah kepada Allah".

Satu suruhan mulia yang si khatib sendiri gagal amalkan. Sultan tidak pernah salah di mata si khatib. Walaupun Permaisuri tidak bertudung ataupun berpakaian seksi diimport dari Rusia.

Yang salah semuanya rakyat marhaen. Maka rakyat berpusu-pusu ke masjid takut ditangkap. Ada juga yang hadir kerana menjaga imej sebagai agamawan.

Jabatan agama sengaja mengehadkan lesen sembahyang Jumaat kepada masjid tertentu sahaja. Padan muka rakyat terpaksa berjalan jauh meredah panas mahupun hujan.

Yang kaya datang dengan Mercedes. Yang miskin pula berjalan kaki bermandikan peluh. Yang ponteng pula dihukum sabagai ahli maksiat.

Maka berbuih mulut muslimah mengutuk si ponteng. Padahal si muslimah juga ponteng.

"Kami wanita kaum yang lemah".

Seperti biasa, wanita dalam agama Sunnah adalah insan lemah. Taliban tahu perkara ini. Wanita Taliban dilarang bersekolah tinggi.

Maka berasa waraklah pemimpin-peminpin agama kerana menangkap si ponteng.

"Sultan sentiasa betul. Ini periuk nasi kami".

Maka terpaksalah para jemaah mendengar bebelan si khatib. Orang lain selain Sultan dan konco-konco, semua difatwakan sesat kecuali mereka yang mentaati jabatan agama.

Wallahualam.