Wednesday 31 July 2013

Bard

bard bermaksud "penyejukan";

Kamu berkata; "Wahai api, kamu jadilah bard dan pesejahteraan atas Ibrahim (21:69).

Tidak mereka merasai  padanya bard dan tidak peminuman (78:24).

Wallahualam.

Abraha

Abraha bermaksud "meninggalkan-asa";

"Maka tidak-akan aku abraha Bumi sehinggalah ia mengizin bagi aku bapa aku" (12/80).

"Tidak aku abraha sehinggalah aku sampai penjemaahan dua laut itu" (18/60).

"Tidak-akan kami abraha atasnya pendedikasian sehinggalah dia mengembali kepada kami, Musa" (20/91).

Wallahualam.

Tabarruj

Tabarruj bermaksud "pemanifestasian";

Dan kamu tinggallah di bait-bait kamu dan janganlah kamu memanifestasikan tabarruj Jahiliyyah Awalan (33/33).

Wallahualam.

Thursday 25 July 2013

Bara

Bara bermaksud "merdeka-berlepas-diri";

Dan apabila telah berkata Ibrahim kepada bapanya dan kaumnya; "Sesungguhnya aku bara dari apa kamu mengabdikan-diri (43:26).

Wallahualam.

Wednesday 24 July 2013

Mubadhirin

Mubadhirin bermaksud "pembazir-pembazir";

Sesungguhnya mubadhirin mereka jadi kawan-kawan Setan-Setan (17/27).

Wallahualam.

Nikah

Mari kita tadabbur tentang nikah;

1) Larangan bernikah

Orang yang beriman dilarang bernikah dengan wanita-musyrik sehingga mereka beriman (2/221), yang telah dinikahi si bapa (4/22), dan bekas-isteri Nabi (33/53).

2) Larangan mengazam akad nikah

Janganlah kamu mengazamkan akad nikah sehinggalah ia membaligh Kitab ajalnya dan kamu mengetahui (2/235).

2) Haram bernikah

Orang yang beriman haram menikahi penzina atau si-musyrik (24/3).

3) Suruhan menguji

Dan ujilah si peyatim-peyatim sehingga apabila mereka membaligh nikah maka jika kamu mendapati dari mereka matang maka pertahankanlah kepada mereka harta mereka dan janganlah kamu makannya berlebihan dan gelojoh bahawa mereka mentumbesar (4/6).

4) Suruhan bernikah

Dan jika kamu takut adakah tidak kamu bersaksama pada peyatim-peyatim maka kamu nikahilah apa baik bagi kamu dari nisa' itu dua dan tiga dan empat maka jika kamu takut adakah tidak kamu mengadil maka satu atau apa milikan-kanan kamu (4/3).

5) Suruhan menikahkan

Dan kamu nikahkanlah si-tunggal-tunggal dari kamu dan pesoleh dari hamba kamu dan hamba-perempuan kamu jika mereka sedang faqir, Dia kayakan mereka, Allah, dari fadhlNya (24/32).

6) Bagaimana pula dengan kemampuan?

Dan siapa tidak mampu dari kamu kemewahan untuk menikahi muhsonat yang beriman, maka dari apa milikan-kanan kamu dari perempuan-suruhan kamu yang beriman (4/25).

7) Bagaimana pula jika belum ada calon?

Dan menjaga-maruah-kesucianlah yang tidak mendapati pernikahan sehingga Dia mengkayakan mereka, Allah, dari fadhlNya (24/33).

8) Adakah pernikahan memerlukan keizinan?

Pernikahan dengan muhsonat yang beriman dan milikan-kanan dari perempuan suruhan memerlukan keizinan ahli mereka (4/25).

9) Apa yang perlu dilakukan sebelum pernikahan?

Tidak salah atas kamu menikahi mereka apabila kamu telah-berikan mereka ujur mereka (60/10).

10) Lamaran

Musa dilamar oleh bakal bapa mertuanya;

Dia berkata; "Sesungguhnya aku mahu bahawa menikahkan kamu seorang anak-perempuan aku dari-dua atas bahawa kamu bekerja-dengan aku lapan tahun-kalendar-Haji (28/27).

Wallahualam.

Sunday 21 July 2013

Badu

Badu bermaksud "tempat-yang-kurang-subur-untuk-pertanian";

Dan Dia datangkan kamu dari badu (12/100).

Wallahualam.

Friday 19 July 2013

Siyam

Dikitabkan atas orang yang beriman Siyam (2/183). Maka orang beriman harus memberi perhatian kepada Siyam. Ini tujuan coretan saya kali ini.

1) Siapa yang patut siyamkan shahr Ramadhan?

Yang shahid shahr Ramadhan dari kalangan orang yang beriman (2/185).

2) Berapa lama siyamkan shahr Ramadhan?

Sejumlah hari (2/184).

3) Apa yang dihalalkan kepada orang yang beriman pada malam Siyam?

Orang beriman dihalalkan persetubuhan kepada nisa' mereka, makan dan minum sehingga menerang bagi mereka benang putih dari benang hitam dari Fajr (2/187).

4) Apakah aktiviti orang yang beriman pada siang Siyam?

Mereka dilarang pergauli nisa' mereka sedangkan mereka pendedikasian di Masjid (2/187).

Wallahualam.

Tuesday 16 July 2013

Badan

badan bermaksud "badan";

Maka hari-ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu supaya kamu menjadi dari siapa penyusulan kamu ayat (10/92).

Wallahualam.

Istibdal

Istibdal bermaksud "penggantian";

Dan jika kamu mahu istibdal teman jadian teman dan  kamu berikan satu-dari mereka gantangan-harta maka janganlah kamu mengambil darinya sesuatu adakah kamu mengambilnya tuduhan-palsu dan dosa secara-terangan (4:20).

Wallahualam.

Monday 15 July 2013

Faezah

"Lupakan saya sampai mati".

Ini ayat yang diucap oleh Faezah melalui telefon pada petang itu. Ketika itu saya belum menangis lagi. Gadis yang saya jatuh hati berkata begitu. Ia menyedihkan, tapi belum mampu menitiskan air mata.

Pelajar mula bersiap untuk menunaikan sembahyang terawikh. Saya di dalam bilik mandi itu akhirnya menitiskan air mata. Ya, ia menyedihkan!

Saya gagahkan juga untuk sembahyang terawikh. Masjid hanyalah sebelah jalan saja. Namun ketika di posisi duduk acara bacaan attahiyat, saya kurang dapat mengawal tangisan lagi dari menjadi semakin zahir bagi para makmum. Saya bergerak keluar dari masjid sebelum kantoi major oleh para makmum.

Ternyata ia menyedihkan. Kalau tidak masakan saya menangis. Ketika itu saya sedang dalam penggubahan sebuah lagu, akhirnya pembikinannya terbantut. Masakan tidak, emosi saya sudah tidak girang lagi. Lagu itu dinamakan sebagai "She Loves Me Not" gara-gara peristiwa ini, berikutan hubungan yang tidak menjadi. Mungkin tajuk itu bukan tajuk yang terbaik bagi karya itu.

Namun saya kagum dengan Faezah. Dia aktif dalam tarian zapin sehingga menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan antara kolej bersekutu, tapi pointer dia boleh tahan. Saya juga aktif. Mungkin lebih aktif dari dia dalam ko-kurikulum.

Jika dilihat dari satu sudut, ia umpama cerita lawak. Seorang lelaki penakut ada hati dengan seorang puteri. Malah teknik mengoratnya mungkin entah apa-apa. Akhirnya tersandar di tiang terduduk termenung mengenangkan nasib. Kemudian lalu rakan-rakan si puteri dari jauh melihat sepintas. Mereka bergelak ketawa dengan celoteh mereka. Saya tidak fikir ketawa itu adalah kepada saya.

Dalam setahun kemudian atau lebih, atau kurang, secara kebetulan rakan saya menyertai pertandingan zapin peringkat institusi pengajian tinggi di Johor dan saya sedang bercuti di Johor ketika itu. Lalu saya pergi menonton selepas diajak rakan yang lain. Ternyata Faezah juga bertanding. Selepas majlis berakhir, saya pergi kepada mereka sebagai orang yang tidak dikenali. Masakan saya yang diminta untuk lupakannya selama-lamanya untuk menegurnya. Saya tidak cukup kuat untuk menegurnya. Dia memandang saya seperti saya orang yang tidak dikenali. Aduh, kami memang tidak ke jinjang pelamin.

Itulah kali terakhir saya melihat Faezah secara bersemuka. Kami sudah lost contact. Mungkin dia sudah bernikah dan mempunyai beberapa orang anak. Namun seperti yang saya katakan;

"'Gadis saya hidup di dalam lagu".

Wallahualam.

Bid

Bid bermaksud "inovasi";

Katakanlah; "Tidak aku jadi bid dari Rasul-rasul dan tidak aku mengidea apa berlaku dengan aku dan tidak dengan kamu (46.9).

Wallahualam.

Sunday 14 July 2013

Bidar

Bidar bermaksud "gelojoh";

Dan ujilah si yatim-yatim sehingga apabila mereka membaligh nikah maka jika kamu mendapati dari mereka matang maka pertahankanlah kepada mereka harta mereka dan jangan makan berlebihan dan bidar bahawa mereka mentumbesar (4/6).

Wallahualam.

Friday 12 July 2013

Yubdiu

Yubdiu bermaksud "dia mengoriginatkan";

Adakah-dan tidak mereka melihat bagaiman yubdiu, Allah, makhluk kemudian mengulanginya sesungguhnya itu atas Allah mudah (29:19).

katakanlah; "Telah-datang Haq dan tidak yubdiu Batil dan tidak Dia mengulang (34:49).

Sesungguhnya yubdiu dan Dia mengulang (85:13).

Wallahualam.

Bukhl

Bukhl bermaksud "kebakhilan";

Orang yang membakhil dan menyuruh manusia dengan bukhl dan menyembunyikan apa diberikan-kepada mereka, Allah, dari fadhilNya dan Kami sediakan bagi orang yang kufur azab yang-menurut-perintah (4:37), dan siapa yang berpaling maka sesungguhnya Allah dia Maha-Merdeka dan Terpuji (57/24).

Wallahualam.

Tuesday 9 July 2013

Bakhi

Bakhi bermaksud "penyeksa-sehingga-bunuh";

Maka supaya kamu bakhi nafs kamu bekas-laluan mereka jika tidak mereka beriman dengan hadis ini, dengan sayu (18:6).

Supaya kamu bakhi nafs kamu adakah tidak mereka menjadi orang yang beriman (26:3).

Wallahualam.

Yabkhas

Yabkhas bermaksud "mengurang-penuh";

Dan janganlah yabkhas darinya sesuatu maka jika telah-jadi yang atasnya haq kurang-faham atau lemah atau tidak mampu untuk memprinsipkan, dia, maka prinsipkanlah walinya dengan adil (2/282).

Dan janganlah yabkhas manusia kesesuatuan mereka dan janganlah kamu merosakkan di Bumi selepas kesolehannya (7/85), dan janganlah berkeliaran-tanpa-tujuan di Bumi merosakkan (11/85, 26/183).

Siapa telah-jadi mahukan hayat dunia dan perhiasannya Kami memenuhi kepada mereka amal mereka padanya dan mereka padanya  tidak diyabkhaskan (11:15).

Wallahualam.

Monday 8 July 2013

Bahirat

Bahirat antaranya gelaran bagi unta-betina yang dikoyak telinganya, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2013/07/yubattiku.html;


Tidak dijadikan Allah dari Bahirat dan tidak Saibat dan tidak Wasilat dan tidak Ham dan-akan-tetapi orang yang mengkufur memalsu atas Allah pendustaan dan kebanyakan mereka tida mengakal (5:103).

Wallahualam.

Yabhathu

Yabhathu bermaksud "ia mencari-gali";

Maka bangkit Allah gagak yabhathu di Bumi untuk memperlihatkannya bagaimana membelakangkan kemangsaan beradik-lelakinya (5/31).

Wallahualam.

Sunday 7 July 2013

Inbajasat

Inbajasat bermaksud "ia-memberi-laluan";

Maka inbajasat darinya dua belas mata-air (7/160).

Wallahualam.

Bath

Bath bermaksud luahan;

Dia berkata; "Sesungguhnya apa aku mengadu bath ku dan kesedihanku kepada Allah dan aku tahu dari Allah  apa yang tidak kamu mengetahui (12:86).

Wallahualam.

Saturday 6 July 2013

Tabattal

Tabattal bermaksud "kamu bertapalah";

Dan ingatlah nama Rabb kamu dan tabattal kepadaNya pertapaan (73:8).

Wallahualam.

Yubattiku

Yubattiku bermaksud "mereka menngoyak"

Maka pasti yubattiku semestinya telinga ternakan (4/119).

Wallahualam.

Wednesday 3 July 2013

Wow



Lagu: Wow
Pencipta: Ariji

betapa indahnya cerita

tak mampu untuk ku gambarkan
saat kita
saat itu
terlalu indah untuk aku

betapa bertuah dirinya
kerna dapat memikat kamu
aku sedar
siapa aku
tak layak untuk dapatkanmu

wow x5
bila kau tenung
aku tersungkur sehingga tak mampu untuk bangun

wow x5
bila kau senyum
aku cair sehingga tak mampu membeku

kamu yang ayu
yang aku rindu
selalu

Wallahualam.

Tuesday 2 July 2013

Abtar

Abtar bermaksud "yang dipotong";

Sesungguhnya yang-kamu-benci dia abtar (108:3).

Wallahualam.

Basa

Basa bermaksud penderitaan;

Dan orang yang sabar di basa dan kepayahan dan ketika kesusahan itulah orang yang siddiq dan itulah mereka yang bertaqwa (2/177).

Atau kamu hisab bahawa kamu memasuki Jannah dan-manakala-tidak datang kepada kamu misal orang yang meninggal dari sebelum kamu, dia sentuh mereka basa dan kepayahan (2/214).

Dan pasti Kami memesejkan kamu kepada ibuan-ibuan dari sebelum kamu maka kami saizkan mereka dengan basa dan kepayahan supaya mereka merendah-hati (6:42).

Dan tidak kami memesejkan di kota dari Nabi kecuali kami saizkan ahlinya dengan basa dan kepayahan supaya mereka merendah-hati (7:94).

Wallahualam.

Tunjukkan Aku



Lagu ini bermakna dalam hidup saya.

Saya mula mengenali lagu ini dari Hani dalam 3 tahun lepas. Saya menggunakan lagu ini ketika saya berjogging. Hari ini, perut saya kelihatan semakin membuncit. Saya merancang untuk mengaktifkan semula aktiviti jogging, walaupun mungkin tidak sekerap dulu.

Di Setiu, saya pernah membuka hati kepada Sha. Namun, kemudian saya mendapati kami kurang sesuai untuk menjadi kekasih. Kami lebih harmoni sebagai rakan. Mungkin dia gadis yang paling rapat dengan saya di Setiu suatu ketika dahulu.

Gadis kedua adalah Hani. Dia gadis happy go lucky. Sekali lagi pintu hati saya terbuka untuk gadis. Namun seperti biasa, saya kurang pandai mengorat perempuan.

Dalam kekecewaan, saya bertemu dengan gadis ketiga, Fatim. Kelas English saya digabungkan dengan pelajar dari jurusan lain, mungkin kerana faktor jumlah pelajar kelas English asal saya yang sedikit.

"Wajah dia ada iras wajah Kris Dayanti".

Itu antara umpama kata hati saya pada awal saya bertemunya. Memandangkan saya wakil urusan jual beli buku English di kelas itu, saya mengagihkan tugas kepadanya untuk bahagian pelajar jurusannya.

Hubungan saya dengan Fatim lebih menjadi, berbanding Hani. Kami sempat berjoging berkali-kali. Namun tidak jua dia menjadi girlfriend saya.

Sampai masanya saya dikehendaki berpindah ke Selangor. Pertemuan kami di majlis konvokesyen tahun lepas, membuktikan bahawa saya masih membuka hati kepadanya walau lebih setahun kemudian.

Cerita di atas adalah episod Setiu, cuma ditambah sedikit ke episod lain.

Namun hari ini, saya telah berjaya "melupakan" Fatim. Saya membuka hati kepada gadis lain pula. Pintu hati terbuka dan tertutup.

Bila difikirkan, "gadis" saya wujud di dalam lagu. Sekarang anda tahu kenapa lagu ini bermakna kepada saya?

Wallahualam.