Wednesday 29 June 2016

PTPTN



Ada dua jenis peminjam PTPTN iaitu peminjam zaman konvensional, dan peminjam zaman ujrah.

1) Pinjaman Konvensional

Ketika kadar faedah sekitar 4-5%, menjadi pilihan munasabah bagi peminjam membayar faedah ini bagi mengelak ia mengalami compounding. Melainkan jika anda seorang pelabur profesional yang mempunyai alasan menangguhkan pembayaran.

Penurunan kadar faedah kepada 3% pula menguatkan alasan penangguhan. Tawaran diskaun pinjaman oleh PTPTN sememang reasonable untuk diambil peluang. Namun reason yang cukup kuat untuk membuat pembayaran PTPTN adalah penyenaraian CCRIS.

PTPTN mengambil langkah bijak dengan penyenaraian CCRIS. Dalam sistem kapitalis, hubungan baik dengan bank adalah penting. Peminjam digesa menjaga nama dalam CCRIS dengan membuat sekurang-kurangnya pembayaran ansuran mengikut jadual yang dipersetujui.

Mengikut pihak PTPTN, pembayaran ansuran yang baik adalah selewat pada 27 haribulan bagi bulan tersebut kecuali jika anda membayar di kaunter.

Kurang bermakna jika anda membayar ansuran tanpa disiplin kerana secara amnya ia kurang membersihkan nama anda di CCRIS, dimana ketidakdisiplinan anda terlihat di rekod tersebut.

2) Lump sum atau ansuran?

Jika anda seorang yang boros, ia menjadi reason yang munasabah untuk anda membayar lump sum. Ini kerana suatu hari apabila simpanan anda berkurangan, adalah lebih indah jika ia dalam keadaan pinjaman PTPTN anda telah dilunaskan.

Bahkan ia menyelamatkan anda dari membeli barangan yang kurang penting manakala bajet disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah seperti pelunasan pinjaman PTPTN.

3) Pinjaman Ujrah

PTPTN dikatakan mengenakan asas ujrah kepada jumlah asal pinjaman. Ini boleh jadi satu kekurangan jika anda telah membayar sebahagian pinjaman konvensional sebelum konvert kepada sistem Ujrah, kerana anda dikenakan "double interest" yakni dari kedua-dua sistem tersebut. Sila rujuk; http://www.knowthymoney.com/2011/10/5-reasons-why-you-should-reject-ptptn-s.html

Hari ini, reason utama anda membayar pinjaman PTPTN adalah bagi menjaga hubungan baik dengan bank. Dengan kadar 1%, maka adalah bijaksana jika anda membayar jumlah bulanan sedikit mungkin dimana PTPTN menetapkan minima RM50.

Wallahualam.