Wednesday 19 September 2012

Alladhi

Alladhi bermaksud 'entiti-itu-yang';

Alladhi telah-ciptakan aku maka Dia menghidayahkan aku (26:78).

Dan alladhi Dia memberi-makan aku dan Dia memberi-minum aku (26:79).

Dan alladhi mematikan aku kemudian Dia menghayatkan aku (26:81).

Dan alladhi aku bergantung-harap bahawasanya Dia mengampunkan bagi aku kesalahan aku pada-hari Deen (26:82).

Dan kamu bertaqwalah-kepada alladhi membantu-kuatkan kamu dengan apa yang kamu mengetahui (26:132).

Dan bertaqwalah-kepada alladhi telah-ciptakan kamu dan generasi awal (26:184).

Alladhi melihat kamu semasa kamu mendirikan (26:218).

Wallahualam.

Sunday 16 September 2012

Jelajah Masjid

Saya mengadakan 'siri jelajah' masjid bagi observe aktiviti yang dilakukan di masjid-masjid. Lokasi masjid pertama yang dipilih dalam siri ini adalah Masjid asy-Syakirin, KLCC.

Bukan saya ke sana kerana ingin melihat persediaan masjid bagi menyambut tetamu seorang permaisuri omputeh keesokan harinya. Dan juga suami kepadanya iaitu si raja. Tetapi kerana ada khabar, terdapat kelas al-Quran percuma pada setiap khamis, pukul 5:30 petang di sana, sila rujuk; http://kelasquran.blogspot.com/2012/01/kelas-al-quran-di-masjid-asy-syakirin.html


Berikut gambar keadaan di sana pada petang itu;


Wallahualam.

Riba

Interest sering dikaitkan dengan riba. Mari perhatikan takrif interest dari wikipedia;

Interest is a fee paid by a borrower of assets to the owner as a form of compensation for the use of the assets. It is most commonly the price paid for the use of borrowed money,

Apabila tadabbur takrif di atas, ia menggambarkan interest sebagai 'bayaran sewa'. Ini menunjukkan interest dan riba bukan perkara yang sama.

Berbeza dengan emas, wang kertas boleh diproduksi dengan bersumberkan tumbuhan. Ini bermakna keadaan interest dalam skop emas dan skop wang kertas adalah berbeza.

Konsep interest berasaskan emas mempunyai pemberat 'perhambaan' yang lebih tinggi berbanding berasaskan tumbuhan, kerana emas adalah terhad, dan tidak ditumbesarkan oleh proses fotosintesis. Berikut ayat-ayat berkenaan riba untuk ditadabbur;

Dan apa yang kamu berikan dari riba supaya ia meribakan pada harta manusia maka tidak ia meriba di-sisi Allah, dan apa yang kamu berikan dari zakat, kamu mahu wajh Allah, maka itulah melipatganda (30:39).

Orang yang memakan-atau-mengguna riba tidak mereka mengaqim kecuali seperti apa mengaqim orang,  dia mengkonfiusnya, yakni-Setan, dari sentuhan itu dengan sesungguhnya mereka berkata; "Sesungguhnya apa Bai' misal riba", dan dihalalkan Allah bai' dan diharamkan riba (2/275).

Mahaq Allah riba, dan Dia meribakan Sedeqah, dan Allah tidak mencintai tiap kekufuran dosa (2:276).

Wahai orang yang beriman,, kamu bertaqwalah-kepada Allah dan kamu tinggalkanlah apa baki dari riba jika kamu beriman (2:278).

Wahai orang yang beriman  janganlah kamu makan-atau-guna riba kegandaan berganda dan bertaqwalah-kepada Allah supaya kamu berjaya (3:130).

Dan pengambilan mereka riba dan sesungguhnya mereka dilarang darinya dan pemakanan-atau-penggunaan mereka harta manusia dengan batil (4/161).

Wallahualam.