Wednesday 28 June 2023

Agama Bhg. IX

Kesilapan orang awam adalah tidak menaiktaraf diri menjadi alim. Jika anda menyedari betapa banyaknya kelemahan jabatan-jabatan agama, golongan asatizah atau pemimpin agama, mungkin anda akan mengambil inisiatif untuk mencari kebenaran.

Sebaliknya ramai orang awam terlalu bergantung kepada pendakwah tertentu untuk mencari pintu Syurga. Boleh jadi mereka terlalu sibuk dengan duniawi sehingga mereka "terpaksa" merisikokan nasib Akhirat mereka kepada orang lain.

Saya secara peribadinya mampu mengalahkan samada golongan Salafi, Ashari, Ahmadiyyah mahupun Islam Liberal. Ini kerana manusia tidak maksum. Masing-masing memperlihatkan kelemahan yang tersendiri.

Di negara kita, pendakwah Salafi kelihatan lebih berminat untuk berdebat dengan penganut Ashari. Dikala ramai pemimpin Ashari yang pengecut, kita patut memberikan kredit kepada Engku Ahmad Fadzil. Ternyata beliau seorang "anak jantan" yang berani berperang di barisan hadapan.

Manakala ramai pemimpin Ashari yang berperangai seperti Osama bin Laden menggunakan pendekatan "melempar batu sembunyi tangan". Ketika pejuang Taliban berperang dengan tentera US, Osama lari ke Pakistan.

Asatizah di Malaysia pula lari selepas melempar batu. Biar para peminat masing-masing bergaduh setiap hari.

Boleh jadi ini adalah faktor kenapa legasi Osama bin Laden malap bersama pemergian beliau. Kononnya mati syahid itu begitu indah tetapi yang berkorban nyawa adalah Taliban.

Ketaksuban Taliban kepada Osama bin Laden akhirnya memusnahkan negara mereka. Adakah anda menjangkakan sebuah negara Kristian akan cukup bersabar dengan provokasi serangan pengganas?

"Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Kata pepatah ini adalah bukti bahawa moyang Melayu adalah bijaksana. Pendekatan sebegini jua yang diamalkan oleh Bruce Lee kemudian menjadi asas kepada kemunculan mazhab seni pertahanan diri yang baru yakni MMA.

Manakala mereka yang taksub dengan Silat, Kung Fu, Taekwondo dan sebagainya ketinggalan di belakang.

Wallahualam.