Tuesday 24 November 2015

Deen

Kalimah "agama" lazimnya digunakan oleh penterjemah untuk menterjemah kalimah "deen". Namun, kalimah "agama" itu tidak mewakili maksud "deen" sepenuhnya. Sebagai contoh, kalimah "deen" dalam 1/4 antaranya diterjemah sebagai "pembalasan" dan bukan "agama";

Penguasa hari Deen (1:4).

Antara hujah penafsir adalah kalimah "deen" mempunyai banyak maksud. Demi penterjemahan yang lebih konservatif, maka saya menterjemahkan "deen" sebagai "deen". Ini bermakna saya memelayukan kalimah "deen".

Pemelayuan atau pinjaman perkataaan dari bahasa lain kepada bahasa Melayu adalah bukan perkara asing dalam bidang penterjemahan. Antara kalimah Arab yang telah dimelayukan yang biasa kita dengar adalah seperti Haji, Zakat, Nabi dan sebagainya.

Hujah lain untuk memelayukan kalimah "deen" adalah kerana penafsiran kalimah "agama" itu sendiri boleh berbeza dari penafsiran kalimah "deen" akibat dari aktiviti manipulasi, loghat, tradisi atau pembudayaan.

Malah, manusia boleh menggubah agama, dikenali sebagai "agama baru". Ia umpama kita menggubah resipi makanan, atau menggubah lagu.

Wallahualam.