Monday 29 December 2014

Sungai

Sungai adalah "parit besar semulajadi". Antara fungsinya adalah mencegah banjir.

Antara punca pembentukan sungai adalah bukit-bukau. Air yang turun dengan laju dari atas mengukir laluan sungai. Apabila hujan turun, sebahagiannya masuk ke perut Bumi dan sebahagian lagi mengalir ke sungai.

Aliran sungai ini adalah "penempatan banjir" seterusnya mencegah kawasan lain menjadi banjir.

Penurunan air dari bukit adalah kritikal kerana aliran yang deras. Aktiviti pembalakan di bukit boleh membentuk "sungai baru" yang mana menuju mengikut momentum aliran air. "Sungai baru" ini pula boleh membentuk "tasik baru".

Keupayaan sungai boleh dilihat dari beberapa segi seperti kelebaran, kedalaman dan kepanjangan.

Kemungkinan boleh berlaku dimana kedalaman sungai telah menurun akibat bahan tertentu menimbun ke dalam sungai, seterusnya mengurangkan keupayaan sungai itu mencegah banjir.

Keupayaan sungai juga boleh ditingkatkan dengan memperbaiki tiga ciri ini, dan juga dengan membuat sungai buatan seperti tali air.

Berikutan kes banjir besar di Kelantan beberapa hari lepas, maka saya pertimbangkan berlaku lagi banjir besar sebelum tahun 2016 di Kelantan bergantung kepada beberapa pembolehubah seperti kerajaan, kapitalis dan iklim.

Jika berlaku pola taburan hujan yang tinggi di Pantai Timur pada tahun depan, ia tidak mengejutkan saya. Anda perlu lihat bahawa iklim pada hari ini adalah ber"mazhab" berbeza dengan abad yang lalu.

Wallahualam.

Saturday 20 December 2014

Taba

Taba bermaksud "pengikut";

Sesungguhnya jadi-kami bagi kamu taba maka adakah kamu pembebas bagi kami dari azab Allah dari sesuatu (14/21), nasib dari neraka (40/47).

Wallahualam

Thursday 18 December 2014

Aritmetik

Aritmetik adalah topik yang paling penting dalam matematik. Apabila anda memasuki darjah satu, anda belajar matematik bermula dengan topik aritmetik.

فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

Maka siyam tiga hari di Haji dan tujuh apabila kamu kembali itu sepuluh kesemuanya (2/196).

Perakaunan; elemen yang kritikal dalam bisnes, pengiraannya majoriti bersifat aritmetikal. Namun yang membuat manusia boring dengan perakaunan bukan kerana pengiraan yang susah, tetapi dari segi teknikal bidang itu.

Kod 19; Falsafah pengiraan perkataan al-Quran yang berasaskan aritmetik ini akhirnya membawa kepada pembunuhan Rashad Khalifa oleh ekstremis.

Kewangan; Individu atau negara masih mengalami masalah kewangan walaupun mahir aritmetik. Ini kerana kewangan melibatkan jua masalah lain seperti ekonomi, emas, wang fiat, cukai dan sebagainya.

Berita baik tentang aritmetik adalah, secara amnya ia lebih mudah berbanding topik-topik matematik yang lain.

Wallahualam.

Friday 5 December 2014

Cita-Cita

Cita-cita pertama saya adalah menjadi cikgu. Ketika itu saya berada di darjah empat, cikgu menyoal cita-cita saya.

Tahun berikutnya, saya membaca sebuah buku biru bertajuk "Rahsia Usahawan Berjaya", maka lahir cita-cita kedua saya, iaitu menjadi usahawan.

Apabila saya berumur dalam 16 tahun, saya mendapat banyak inspirasi dalam penggubahan lagu. Gejala ini kurang menyenangkan saya, kerana inspirasi perlu diekpresikan, Ini membawa saya kepada pembelajaran muzik.

"Jika awak betul-batul mahu belajar muzik, datang esok ke temuduga", kata seorang lelaki di telefon bimbit. Saya telah mendapat first choice dalam borang UPU yang telah saya isi. Ketika itu saya berada di Tangkak. Kemudian petang itu saya ke stesen bas mahu ke Kuala Lumpur. Tiket habis. Kemudian saya menemui drebar bas menyatakan saya perlu ke Kuala Lumpur. Kebetulan ada seorang penumpang yang tidak hadir, maka bolehlah saya duduk di kerusi yang empuk.

Dari Kuala Lumpur saya ke Shah Alam. Malam itu saya tidur di bilik rakan saya yang sedang belajar di INTEC. INTEC dan fakulti muzik berkongsi kampus yang sama pada sesi kemasukan kali itu.

"Tiada temuduga kursus komposisi muzik di sini. Yang ada adalah pendidikan muzik". Rupanya temuduga di Puncak Perdana. Saya terlewat ke temuduga pagi itu. Namun masih ada tiga individu, Pak Yus, Encik Shukor dan Encik Khairil Johari sedang menunggu.

Saya menyanyikan bahagian chorus karya "She Loves Me Not" ketika itu. Ya, itu karya gubahan saya.

Ya, cita-cita saya yang ketiga adalah menjadi seorang komposer. Namun saya mendapati perkataan "komposisi" itu lebih luas, maka saya perkecilkan skop kepada "penulisan lagu". Genrenya pula saya perkecilkan kepada pop, balad, dan soft rock.

Apabila saya mendengar gubahan-gubahan yang hebat, semangat komposisi saya tersuntik. Saya kira, saya dan songwriting, sukar untuk berpisah. Mungkin ia akan menemani saya lebih setia dari wanita yang pernah saya cintai suatu ketika dulu.

Saya memikirkan apakah ada lagi cita-cita lain. Ah, yang ada ini pun terumbang-ambing untuk dijayakan. Lagi banyak cita-cita, lagi banyak kerja.

Arwah abah adalah bekas guru. Barangkali darah gurunya mengalir dalam diri ini. Melihat suasana dunia ini, ia mengerikan. Jika saya ada anak, apakah sempat saya untuk ajarkan dia pertahankan diri.

Wallahualam.