Friday 31 January 2014

Ibkar

Ibkar bermaksud "pagi";

Dan ingatilah Rabb kamu bebanyak dan pujalah dengan petang dan ibkar (3/41).

Dan pujalah dengan pujian Rabb kamu dengan petang dan ibkar (40/55).

Wallahualam.

Thursday 30 January 2014

Baqiyyat

Baqiyyat bermaksud "baki";

Sesungguhnya ayat pemilikanNya bahawa mendatang kamu Tabut padanya sakinah dari Rabb kamu dan baqiyyat dari apa tinggal ali Musa dan ali Harun (2/248).

Baqiyyat Allah lebih-baik bagi kamu bahawa menjadi kamu orang-yang-beriman dan apa aku atas kamu dengan penjaga (11/86).

Maka kenapa-tidak dari Qurun dari sebelum mereka ulu baqiyyat melarang dari kerosakan di Bumi kecuali sedikit dari siapa Kami selamatkan dari mereka (11/116).

Wallahualam.

Sunday 26 January 2014

Cukai

Ahmad memegang saham 99% syarikat Elak Cukai Sdn Bhd. Syarikat itu dijangka dikenakan cukai 20% dari keuntungan pada tarikh tutup akaunnya bagi tahun itu. Suatu hari Ahmad pergi ke pusat membeli-belah. Di pintu masuk pusat tersebut, Ahmad terserempak dengan dua orang homeless, seorang sedang berbaring dan seorang sedang duduk di tangga. Ahmad menghulurkan sekeping not 50 setiap homeless itu.

Kira-kira 500 meter dari pusat itu terdapat sebuah pusat hiburan. Pusat hiburan itu tidak berlesen, dalam erti kata lain, tidak dikenakan cukai. Pusat hiburan itu menjadi "lubuk rezeki" gadis-gadis seksi. Purata pendapatan gadis ini adalah kira-kira RM4000 sebulan. Ini mengingatkan Ahmad kepada Fatim. Fatim adalah seorang janda beranak dua. Dengan alasan kesempitan hidup, Fatim mengambil keputusan untuk menjadi pelacur bagi menampung kehidupan mereka tiga beranak.

Setelah siap membeli-belah dan keluar dari pusat membeli-belah, Ahmad terdengar jeritan suara wanita. Ada kejadian ragut tidak jauh dari situ. Dua orang pemuda melarikan diri dengan motosikal Honda EX5. Tidak sempat Ahmad ingin menyekat pemuda-pemuda itu.

Ahmad teringat bahawa dia belum sembahyang Isyak lagi. Fikirnya, ingin singgah di surau berdekatan. Kali terakhir dia sembahyang di surau itu adalah lebih kurang 6 bulan lepas. Ahmad mendapati ada perubahan di surau itu. Ada jemuran kain termasuk baju sekolah rendah. "Ada orang tinggal di sini?" Ahmad mendapati sepasang kelamin dan seorang anak perempuan tinggal di bawah tangga surau situ. "Mungkin mereka kehilangan rumah?", Fikirnya.

Ketika pulang memandu ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, Ahmad memikirkan anggaran cukai yang perlu dibayar oleh syarikatnya kali ini. Lebih kurang RM50 ribu.

"Banyak cukai yang perlu syarikat aku bayar, tapi bagaimana Kerajaan menguruskan cukai tersebut? Jenayah di sana-sini, orang miskin merata-rata". Fikirnya.

"Hai".

"Opocot!!"

Ahmad membrek secara mengejut dan memberhentikan kereta di tepi jalan dengan segera.

Monday 20 January 2014

Rindu Sama Kamu



Rindu Sama Kamu
Pencipta/penulis lirik: Ariji

sayang
aku rindu kamu
adakah kamu rindu padaku

sayang 
aku rindu kamu
adakah kamu rindu padaku

sayang
cintaku padamu
bagai tiada penghujung
rindu rindu

sayang
kasihku padamu
bagai setinggi gunung
rindu rindu

ku nyanyikan
sebuah lagu rindu
kerna aku rindu

ku dendangkan
sebuah lagu cinta
kerna aku cinta
padamu sayang

sayang

Sunday 19 January 2014

Baql

Baql bermaksud "herba";

"Wahai Musa, tidaklah kami menyabar atas makanan satu maka doakanlah bagi kami Rabb kamu mengeluarkan bagi kami dari apa menumbuh Bumi dari baqlnya (2/61).

Wallahualam.

Friday 17 January 2014

Buqat

Buqat bermaksud "tanah-yang-ditakungi-air";

Maka apabila dia datang-kepada-nya dia dipanggil dari bahagian Wad kanan di buqat yang-berkat dari pohon itu (28/30).

Wallahualam.

Thursday 9 January 2014

Baqarat


Baqarat bermaksud "lembu-lembu betina";

"Sesungguhnya aku melihat tujuh baqarat" (12/43).

"Berikan-pendapat-kepada-kami tentang tujuh baqarat" (12/46).

Wallahualam.

Saturday 4 January 2014

Baghiyy

Baghiyy bermaksud "tidak-bermaruah".

Dan bukan aku baghiyy (19/20).

Dan tidak jadi ibu kamu baghiyy (19/28).

Wallahualam.

Wednesday 1 January 2014

Manifesto

Draft Manifesto Parti Koranokratik (PK) Fasa 1 (Sept – Dis 2013)

Usul 1: Membekalkan makanan sihat kepada golongan miskin

Makanan halal toyyib bukan untuk golongan tertentu sahaja seperti muslim mahupun kafir,tetapi untuk manusia (2/168).  Dalam sebahagian isu, kalimah “yatim” disebut dahulu berbanding kalimah “miskin”(2/83, 2/177, 2/215, 4/8, 4/36, 59/7), namun dalam isu memberi-makan, kalimah“miskin” disebut dahulu sebelum kalimah “yatim” (76/8).

Usul 2: Membekalkan air bersih kepada rakyat

Air hujan secara amnya bersih (25/48), namun hari ini pencemaran udara akibatfaktor sebahagian aktiviti kilang dan kenderaan bermotor bukan sahaja bolehmemberi kesan mudarat kepada sistem pernafasan manusia dan haiwan, malah mencemarkan air hujan sehingga menghasilkan hujan asid. 

Mengambil contoh dari sirah Musa, baginda membekalkan air kepada kaumnya, dan memenuhi perintah Allah agar kita makan dan minum (2/60) secara tidak berlebihan (7/31).

Usul 3: Sukatan yang adil

Sebahagian manusia cenderung menyukat timbangan dengan tidak adil (83/2).Pencegahan kejadian ini (3/104) adalah bagi menegakkan manusia dengan kesaksamaan (57/25).

Usul 4: Mengesyorkan susu badan untuk bayi

Bayi yang lahir disyorkan untuk disusu-badan sehingga dua tahun kalendar solar (2/233).

Usul 5: Menentang hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina

Hukuman ini pernah dicadang oleh Hadi Awang. Perjuangan menentang hukuman ini adalah sebagai simbol perjuangan Quranisma mencegah perjuangan Ekstremisma dari Sunnisma.

Hukuman ini bercanggah dengan 24/2, melampaui hudud Allah (4/14) dan memihak kepada pembunuhan tanpa haq (25/68).

Usul 6: Mencegah penyalahgunaan rokok

Kapitalisma yang keterlaluan sehingga menzalimi kesihatan orang lain sepatutnya dicegah. Pengambilan tembakau secara berlebihan bercanggah dengan 7/31, dimana ia bukan saja melibatkan perokok, tetapi juga orang sekitar.

Usul 7: Memupuk penggunaan akal

Sebahagian agamawan menjadikan konsep “anti-akal” bagi mempertahankan idealogi masing-masing yang kurang rasional. Secara amnya,penggunakan akal dipupuk dalam bidang lain seperti sains, ekonomi, matematik dan sebagainya. Bidang agama sepatutnya tidak dikecualikan dari pupukan akal (2/44, 76, 3/65, 6/32, 7/169, 10/16, 11/51, 12/109, 21/10, 21/67, 23/80, 28/60,37/138).