Saturday 31 December 2016

Agama

Agama seringkali dilihat dari sudut positif. Malah kebiasaan bias berlaku oleh pengikut kepada agama masing-masing.

1)

Seorang rakan saya mula mendekatkan diri kepada agamanya. Perubahan jelas di dahinya kesan kehitaman barangkali akibat terlalu banyak menghantuk dahi ke lantai akibat aktiviti sembahyang.

Namun ada juga perubahan negatif iaitu takbur. Sifat ini kelihatan dalam dirinya apabila isu agama dikupas.

Kononnya sifat takbur ini disanggah oleh agamanya, namun itu yang diamalkannya.

Sifat ini kurang kelihatan apabila isu selain agama dikupas. Ini bermakna "agama" memberi jua kesan negatif kepada dirinya.

2)

Rakan saya askar dan polis, juga terkesan negatif dari agama mereka. Antaranya terlalu prasangka baik kepada jabatan agama. Ini mengaburi matanya akan kelemahan jabatan.

Antara pandangan lain adalah falsafah dianggap sesat kerana berunsur "anti-agama".

Ironinya, pengganas yang ditentang mereka rata-rata adalah pejuang agama. 

Apabila selepas itu, askar dan polis sendiri ditangkap kerajaan kerana menyokong keganasan, tidak kehairanan bagi saya.

Training yang mereka jalani adalah berfokuskan fizikal. Maka tidak hairan jika mereka kurang mahir berkenaan idealogi keganasan, berbanding fizik keganasan.

3)

Pandangan rakan saya bahawa yang salah bukan ajaran agama, tetapi penganutnya juga kurang tepat. Kerana wujudnya ajaran-ajaran songsang atas nama agama.

4)

Maka ada benarnya pandangan Richard Dawkins, bahawa peragamaan boleh membawa kepada unsur negatif jua.

Wallahualam.


Monday 7 November 2016

Baitulmal

Saya akan mengulas bab ini dalam konteks Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Malaysia, supaya sampai kepada loghat adat istiadat Melayu.

Pendapat bahawa hukumnya haram rakyat membayar zakat secara peribadi adalah lemah dan secara politiknya boleh bersifat mengampu. Pembayaran kepada jabatan zakat belum sampai kepada si miskin, kerana tugas menyampaikan dana dilakukan oleh pihak lain yakni Baitulmal.

Jabatan Zakat bukan si miskin. Anda bukan membayar kepada si miskin. Secara relatifnya, zakat anda belum lengkap ketika itu.

Jika Jabatan Zakat memungut RM100 dan hanya RM50 diagihkan kepada si miskin, maka separuh lagi belum lengkap sebagai zakat, secara teknikalnya.

Ini hujah kenapa antara rakyat memilih untuk membayar zakat secara peribadi, untuk memastikan zakatnya lengkap.

Atas asas itu, keterlaluan dengan menjatuhkan hukum haram rakyat Malaysia membayar zakat secara peribadi.

Saya mempunyai hujah lain untuk mengatakan hukumnya tidak haram, tetapi tidak dihuraikan dalam coretan ini.

Seterusnya mari lihat topik Baitulmal pula. Baitulmal yang berkualiti tinggi dan memuaskan adalah apabila penjenayah tidak mampu beralasankan kemiskinan untuk melakukan jenayah. Dalam erti kata lain si miskin tidak perlu mencuri, merompak atau melacur untuk mendapatkan alas perut.

Jika golongan berkenaan masih wujud dikala Baitulmal mempunyai dana yang begitu besar, maka kita dapat menghidu sesuatu yang masih boleh diperbaiki.

Saya menganggap bahawa pihak Baitulmal berkenaan mahu untuk mengoptimumkan peranan mereka, tetapi mereka memerlukan jua kepimpinan untuk mengemudi mereka mencapai misi.

Wallahualam.

Monday 31 October 2016

Perubahan

Saya menganggap ia satu perubahan positif apabila gaya penulisan saya semakin matang. Susulan coretan dalam blog ini adalah catitan perjalanan remaja berumur 22 tahun ketika itu dan sekarang sudah berumur 30 tahun, dalam mengharungi kekhilafan persoalan agama.

Hakikatnya perjalanan ini mencetuskan konflik-konflik keluarga, rakan-rakan, dan insan yang tidak dikenali.

Ramai yang ingin membantu saya namun sebahagian mereka kekurangan ilmu dalam persoalan. Saya dengan nyiru tadahkan tangan jika mereka ingin menderma ilmu.

Ketika saya di alam persekolahan, saya kecewa kerana Mahathir dan Hadi Awang tidak duduk semeja dan membuka al-Quran bagi membincangkan hudud. Saya sudah mengesan ideologi ekstremisma ketika itu lagi apabila penganut Sunni ingin membunuh Mahathir atas dakwaan Mahathir menolak Islam.

Penganut Sunni dalam dekad ini dipupuk untuk mengabaikan tanggungjawab hudud. Mereka mampu melaung takbir dan menyatakan sokongan kepada hudud kerana dua perkara ini sangat mudah untuk dilakukan.

Mereka digesa oleh pemimpin mereka untuk taqlid dalam bab hudud, kerana pemimpin mereka sendiri muqallid. Akhirnya mereka ingin melaksanakan hudud dalam kualiti feqah yang rendah.

Saya perlu mengepos coretan pada waktu ini kerana bulan Oktober begitu hampir berakhir.

Wallahualam.

Saturday 23 July 2016

Takrif

"Rumah anda bukan aset"

Penyataan ini dikatakan faktor ejen hartanah berhenti menghantar kad krismas kepada Robert Kiyosaki suatu ketika dahulu. Kalimah yang sama, takrif yang berbeza. Ini biasa terjadi dalam amalan manusia.

Dalam konteks agama, kalimah seperti jihad, Islam, sunnah, hadis antara kalimah yang begitu tebal khilafnya antara manusia.

Jika anda sekadar melihat satu kalimah hanya dari satu perspektif, anda boleh terkebelakang dalam feqah. Pendekatan sebegini yang menjadikan seseorang menyertai ISIS dalam berjihad.

Jika kalimah "Islam" dimanipulasikan oleh ISIS, perkara yang similar boleh berlaku kepada kalimah "Sunnah".

Mereka menyangka saya murtad kerana mengkritik isu sunnah. Kalimah "sunnah" itu sendiri mampu dimanipulasikan oleh agamawan. Tanpa pembelaan terhadap Rasulullah dalam kes sebegini umpama membiarkan baginda difitnah.

Ini adalah isu pendidikan. Dalam industri pendidikan kita bertemu dengan insan yang mempertahankan ego, menyembunyikan kebenaran, pandangan berat sebelah dan sebagainya.

1) Akhlak dan Sunnah

Semakin tinggi ilmu anda tentang akhlak Rasulullah, semakin anda mengenali bagaimana kalimah "sunnah" dimanipulasi.

Saya mengambil contoh kes berpoligami. Rata-rata lelaki yang berpoligami di negara ini bukan ikhlas kerana Allah atau ikhlas ingin mengikut Rasulullah tetapi kerana seks atau belaian wanita. Alasan sunnah itu adalah bagi mendapat restu dari masyarakat.

Bagaimana pula apabila ia dikatakan sebagai "Sunnah Rasulullah". Sejauh mana Rasulullah mahu difitnah?

Adalah lebih bijak jika anda menyedari tentang bagaimana kalimah "sunnah" ditakrifkan. Bukan dengan semborono menghakimi saya sebagai anti Rasulullah.

Wallahualam.

Wednesday 29 June 2016

PTPTN



Ada dua jenis peminjam PTPTN iaitu peminjam zaman konvensional, dan peminjam zaman ujrah.

1) Pinjaman Konvensional

Ketika kadar faedah sekitar 4-5%, menjadi pilihan munasabah bagi peminjam membayar faedah ini bagi mengelak ia mengalami compounding. Melainkan jika anda seorang pelabur profesional yang mempunyai alasan menangguhkan pembayaran.

Penurunan kadar faedah kepada 3% pula menguatkan alasan penangguhan. Tawaran diskaun pinjaman oleh PTPTN sememang reasonable untuk diambil peluang. Namun reason yang cukup kuat untuk membuat pembayaran PTPTN adalah penyenaraian CCRIS.

PTPTN mengambil langkah bijak dengan penyenaraian CCRIS. Dalam sistem kapitalis, hubungan baik dengan bank adalah penting. Peminjam digesa menjaga nama dalam CCRIS dengan membuat sekurang-kurangnya pembayaran ansuran mengikut jadual yang dipersetujui.

Mengikut pihak PTPTN, pembayaran ansuran yang baik adalah selewat pada 27 haribulan bagi bulan tersebut kecuali jika anda membayar di kaunter.

Kurang bermakna jika anda membayar ansuran tanpa disiplin kerana secara amnya ia kurang membersihkan nama anda di CCRIS, dimana ketidakdisiplinan anda terlihat di rekod tersebut.

2) Lump sum atau ansuran?

Jika anda seorang yang boros, ia menjadi reason yang munasabah untuk anda membayar lump sum. Ini kerana suatu hari apabila simpanan anda berkurangan, adalah lebih indah jika ia dalam keadaan pinjaman PTPTN anda telah dilunaskan.

Bahkan ia menyelamatkan anda dari membeli barangan yang kurang penting manakala bajet disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah seperti pelunasan pinjaman PTPTN.

3) Pinjaman Ujrah

PTPTN dikatakan mengenakan asas ujrah kepada jumlah asal pinjaman. Ini boleh jadi satu kekurangan jika anda telah membayar sebahagian pinjaman konvensional sebelum konvert kepada sistem Ujrah, kerana anda dikenakan "double interest" yakni dari kedua-dua sistem tersebut. Sila rujuk; http://www.knowthymoney.com/2011/10/5-reasons-why-you-should-reject-ptptn-s.html

Hari ini, reason utama anda membayar pinjaman PTPTN adalah bagi menjaga hubungan baik dengan bank. Dengan kadar 1%, maka adalah bijaksana jika anda membayar jumlah bulanan sedikit mungkin dimana PTPTN menetapkan minima RM50.

Wallahualam.

Tuesday 24 May 2016

Salih

Allah menghantar kepada Thamud beradik-lelaki mereka, Salih (7/73, 27/45).

Salih menyuruh kaumnya membenarkan seekor unta betina makan di Bumi dan melarang mereka merosakkannya (7/73, 11/64).

Sembilan ketua penjahat (27/48) ingin menyerang Salih dan ahli baginda (27/49) dan mereka membunuh unta-betina itu (7/77, 11/65), lalu berlaku gempa-bumi (7/78) tiga hari kemudian (11/65).

Saleh dan mu'min bersama baginda diselamatkan Allah ketika itu (11/66), dan bait-bait para-penzalim itu pula musnah (7/78, 11/67).

Wallahualam.

Monday 11 April 2016

Zakir Naik Bhg. II

Tahun 2008 adalah tahun dimana saya banyak mendalami ajaran Zakir Naik. Apabila UK menyekat Zakir Naik atas alasan beliau mempromosikan ekstremisme, at a glance ia kedengaran reasonable.

Kita tahu bahawa ekstremis cenderung melampaui batas. Jika mereka mahu membunuh satu nyawa, namun puluhan nyawa lain terkorban. Tindakan ISIS hari ini umpama syarikat pemaju yang ingin membina rumah lalu mengorbankan penghuninya kerana kekurangan ilmu dalam arkitektur, kejuruteraan, fizik dan matematik.

Berbeza pula dengan kontroversi Zakir Naik di Malaysia dihalang oleh penganut Hindu bukan alasan ekstremisme tetapi atas faktor khilaf semata.

Jika saya seorang penganut Hindu, saya akan menjadi pendebat kepada Zakir Naik instead of diktator. Hujahnya adalah sesi debat memberi peluang kepada kita untuk mendidik, berdiskusi, mengenal, bertanya soalan dan sebagainya kepada pihak lawan.

Itu adalah peluang. Samada anda mengambil peluang atau tidak.

Jika anda mengakui kesilapan atau kelemahan diri, ia lebih mudah untuk anda mendengar teguran bernas. Berapakah harga ego anda?

Jika anda mengatakan Zakir Naik ada kesilapan, ya, memang benar. Persoalan di sini bukan mencari perfectness tetapi mengambil peluang untuk meningkatkan ilmu. Ia tentang pendidikan dan bagaimana anda menguruskannya.

Wallahualam.

Wednesday 30 March 2016

Diari

Sudah jarang sekarang saya menulis diari di blog ini. Mengimbas kembali suatu ketika dahulu, di ambang minggu peperiksaan, saya masih boleh luangkan masa menulis diari, dan masih mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Hari ini umur saya hampir 30 tahun. Mengimbas kembali sejarah kehidupan saya, visi dan misi saya berubah ekoran peningkatan ilmu.

Sebagai contoh, suatu ketika dahulu saya berimpian untuk menggenggam PhD, sekarang tidak lagi. Pernah saya ke temuduga di UiTM untuk menyambung peringkat Master, tetapi saya tidak membawa sijil kokurikulum seterusnya dengan senang saya dikeluarkan dari senarai kerana faktor persaingan dari pemohon-pemohon lain.

"Cuba lagi", kata pegawai penemuduga.

Setelah mengkaji sejauh mana nilai kelulusan Master dibandingkan dengan kos yang terlibat, akhirnya saya menutup impian tersebut.

Ada sebab lain kenapa saya berminat menyambung ke peringkat Master. Kerana saya berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Mengimbas kembali ketika saya di Darjah 5, saya menyatakan kepada cikgu bahawa cita-cita saya ingin menjadi seorang cikgu.

Namun saya tidak meletakkan direksi sebagai seorang cikgu formal, kerana saya mempunyai banyak cita-cita. Ini bermakna saya mahukan ruang yang lebih luas dimana tidak terlalu terikat dengan pekeliling sekolah.

Suasana seorang cikgu atau pensyarah adalah sesuai dengan diri saya. Buku, kertas, papan putih, ceramah, menulis, perpustakaan dan sebagainya, itu suasana yang sesuai untuk diri saya.

Cita-cita saya sebagai seorang penulis lagu juga berubah. Kini saya ingin menjadi seorang penerbit muzik. By the way, ia bukan soal penerbitan muzik semata. Ia tentang pengurusan.

Saya belajar bahawa kualiti pengurusan berkadar secara langsung dengan pulangan. Dalam keadaan saya hari ini, saya tidak jangka bahawa saya akan menjadi pengurus muzik secara sepenuh masa. Dan bukan itu visi saya.

Saya juga masih memandang sektor pertanian atau penternakan. Hujahnya simple, ia adalah sumber asas manusia. Manusia masih boleh tidur di kaki lima. Tapi tanpa makanan, manusia akan mati.

Pengalaman saya dalam aktiviti day trading memberitahu saya bahawa ia adalah satu profesyen. Ia bagaikan satu permainan sukan yang menyeronokkan. Kini saya juga berubah. Kini saya cenderung kepada analisis fundamental.

Pengalaman saya sebagai penulis blog pula, saya syorkan anda menulis blog, kerana ia mengasah gaya penulisan anda. Namun jangan jadi bodoh dengan menabur fitnah. Lihat kes Papagomo. Jadilah insan yang berguna. Kemampuan anda mengawal emosi adalah aset.

Wallahualam.

Sunday 28 February 2016

Menyentuh al-Quran

Tidak menyentuhnya kecuali yang-dibersihkan (56/79).

56/79 adalah satu kenyataan bahawa mereka yang kotor tidak mampu menyentuh al-Quran. Jika anda membuat satu eksperimen, anda akan mendapati tangan anda yang kotor mampu menyentuh al-Quran.

Hasil dari eksperimen ini menjadi hujah bagi menyangkal kredibiliti al-Quran. Oleh itu, ia dilihat sebagai ancaman bagi sebahagian agamawan. Lalu mereka mentafsirkan 56/79 sebagai berikut;

Jangan menyentuhnya kecuali yang-dibersihkan (Terjemahan bias 56/79).

Pentafsiran ini kemudiannya menjadi tradisi, dimana rata-rata agamawan Islam melarang al-Quran disentuh sebelum tangan dibersihkan terlebih dahulu dengan cara mengambil wuduk.

Wallahualam.

Tuesday 26 January 2016

Siapakah Muslim yang Pertama?

Penganut Kristian mempersoal bahawa persoalan siapakah muslim yang pertama dalam al-Quran adalah saling kontradiksi antara satu sama lain;

Dan aku disuruh bagi bahawa menjadi awal muslim-muslim itu (39/12).

39/12 sebagaimana ditafsir oleh penganut Sunni sebagai ucapan Muhammad, maka penganut Kristian persoal bukankah Adam lebih awal menjadi muslim?

Saya menjawab persoalan ini dengan melihat huruf "Alif Lam" pada awal kalimah "muslimin";

 Ø§Ù„مسلمين

Huruf "Alif Lam" ini dalam English diterjemah sebagai "the", bermaksud "merujuk kepada semua atau sebahagian" memandangkan kalimah "muslimin" adalah plural. Maka dengan konteks yang berbeza, maka pentafsiran membawa kepada khilaf.

Kalimah "awal" dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab lebih fleksibel dalam kes ini bagi melayan konteks yang berbeza dari pentafsir.

Wallahualam.