Tuesday 31 August 2010

Pekomen Bhg. XI


*apa yang kau jawab ini? haih... tidak perlulah dgn megah mengkritik tanpa ilmu lagi. Nampaknya mmg kau tidak mahu berterus terang dgn menjawab tetapi berdolak dalih saja. kalendar hijrah kini kau xmampu nak persoalkan tapi masih xmahu menerima.. jangan begini, Puasa adalah wajib di Bulan Ramadhan.. inilah Bulan Ramadhan! Berpuasalah Ariji... Bertaubatlah.. Innalillahiwainnailaihirojiun ...

Semoga kau dikurnia Hidayah dan petunjuk Islam.. Amiin
Semoga Kita dirahmati Yang Maha Mengetahui.

-MuhdAbdillah-

1)Kalendar Hijrah

Adakah haram jika saya berpuasa menggunakan kedua-dua versi kalendar? 

Saya tidak pernah mengatakan kalendar Hijrah sesat seperti yang kamu dakwa. Saya cuma mendakwa bahawa kalendar Hijrah tidak Koranik kerana 'mengenepikan' Matahari dalam pengiraan tahunan.

Hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina adalah jelas dan terang tidak Koranik. Maka apa yang kamu hairankan wahai Abdillah?

2) Buka puasa

Al-Quran menerangkan berpuasa sehingga 'al-Lail'. 'Al-Lail' dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak. maka haramkah jika saya berbuka puasa pada waktu Isyak seperti yang dilakukan oleh puak Syiah?

Puak Syiah menganggap riwayat hadis agar berbuka puasa lebih awal itu adalah hadis palsu, sebab itu mereka berbuka pada waktu Isyak.

3) Pengorbanan

Untuk menjadi penganut Sunni yang 'baik' seperti Taliban memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Jangan nanti disangka ke Syurga, tapi ke Neraka pula.

Mohd Asri juga kelihatan tidak berapa suka dengan ideologi Talibanisasi. Mari perhatikan antara petikan coretan beliau di http://drmaza.com/home/?p=1219;

Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media.

Wallahualam.

Monday 30 August 2010

Pekomen Bhg. X

Mereply komen dari pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=1349503814746735372


Adakah Al-Fadhil Mufti perak Tan Sri harussaini salah?????? Malah adakah dia jahil??? 

BERITAHU KAWAN-KAWAN KAU YANG MENGKRITIK MUFTI ITU BAHAWA ADA DALILNYA HAL ITU!

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka."
(Surah At-Taubah: 113)

INI NAMANYA AYAT QURAN. SILA PATUHI QURAN.
orang islam boleh mendoakan agar si kafir yg didoakan mendapat hidayah. ini dibenarkan.

Surah at-Taubah ayat 113 menerangkan tentang kesalahan syirik. Dosa dari perbuatan syirik tidak diampunkan oleh Allah, sebagaimana diterangkan dalam Surah an-Nisa ayat 116;

Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan yang mensyirikkan denganNya dan mengampunkan apa selain dari itu untuk sesiapa yang Dia mahu. Dan sesiapa mensyirikkan dengan Allah maka pasti sesat kesesatan yang jauh.

Kamu nampaknya masih tidak berpuashati tentang isu kalendar Hijrah. Bukankah kita sepatutnya berusaha untuk mencari laluan yang lurus?

Mari kita perhatikan Surah An Nisa' ayat 105;

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Wallahualam.

Pekomen Bhg. IX

Mereply komen dari pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=4689664026543275026

malah aku mendapat maklumat kau menulis hadith di Facebook dengan niat yang batil malah tidak jujur dalam meriwayat hadith serta jelas berunsur KHIANAT.
malah baru-baru ini aku mendapat tahu kau ada meletak hadith yang tidak tahu mana datang nya dgn mengatakan Nabi s.a.w mengambil wudhu dengan membasuh badan sekali dan dua kali. KAU MEMPUNYAI NIAT KHIANAT.
ini perbuatan ZALIM.

Wallahu'Alam Bissawab.

-Muhd Abdillah-


1) Bab wuduk, Vol. 1, Buku 4, no. 159;

Dari Ibn Abbas: Nabi melakukan wudhu dengan mencuci bahagian tubuh hanya sekali. (Riwayat Bukhari)

2) Bab wuduk, Vol. 1, Buku 4, No. 160;

Dari Abdullah bin Zaid: Nabi melakukan wudhu dengan mencuci bahagian tubuh dua kali. (Riwayat Bukhari)

Wallahualam.

Sunday 29 August 2010

Peperiksaan, Toyota, Harussani, dan Matlamat

Ketika mencoret ini, saya sedang melayan lagu 'Derita Merindu' dari Ahli Fikir. Saya memberi gred lima bintang untuk lagu ini, ia adalah sebuah lagu yang priceless.

Nieteni meminta agar saya membuang gambarnya dari blog ini. Saya telah menolak permintaan itu. Ya, saya telah tidak meminta izin darinya untuk meletakkan gambarnya di blog ini.

Semalam, saya telah menduduki tiga exam dalam sehari, iaitu pagi, tengahari dan petang. Ya, memang perit, dan keperitan itu membuatkan cuti bermula 3hb September ini selama kira-kira dua minggu, menjadi lebih bermakna.

Pada hari ini, saya berasa lega. Hari 'keperitan' istimewa telah berlalu. Masih ada dua exam iaitu pada hari Khamis ini, memberi saya kesempatan untuk mencoret.

Saya berfikir, ada baiknya jika saya mencoret kaitan antara al-Quran dan pentadbiran bisnes dalam blog ini, memandangkan program itu yang sedang saya ikuti sekarang.

Syarikat Toyota pernah dianalisis, sejauh mana ia mengamalkan apa yang disyorkan dalam al-Quran. Aspek seperti kebersihan, anti-pembaziran, maklumat disiasat kesahihannya, jihad, musyawarah, ketaatan pekerja terhadap majikan, Just-in-Time, pengutilisasian kapasiti yang optimum, anti-penipuan, tepati kontrak perjanjian, keseimbangan, perbezaan taraf kuasa dan sebagainya yang terdapat dalam syarikat Toyota, menunjukkan ada keserasian dengan apa yang disyorkan oleh al-Quran.

Menurut satu sumber, Harussani telah menfatwakan bahawa mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam adalah haram. Sila rujuk; http://www.bharian.com.my/articles/DoakankesejahteraanbukanIslamharam_Mufti/Article/

Pertamanya, Harussani mempunyai pemahaman beliau sendiri tentang apa itu Islam.

Adakah kita sudah tidak dibenarkan oleh Allah untuk mengucapkan ayat sebaik 'hati-hati di jalan raya', atau 'selamat pagi' atau 'salam sejahtera' kepada non-muslim?

Non-muslim yang saya maksudkan di sini adalah golongan yang mengaku bahawa mereka adalah penganut Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya selain daripada muslim yang tidak bermazhab, dan selain daripada penganut mazhab Islami seperti Sunni, Syiah, Ahmadi etc.

Ini adalah salah satu cabaran dalam bidang penulisan, kerana masing-masing mempunyai kefahaman tersendiri tentang sesuatu istilah atau perkataan. Malah sesuatu istilah boleh memberi pelbagai makna yang bercanggah antara satu makna dengan makna yang lain, jika dihalusi.

Mungkin sebab itu langkah pendefinisian agak sering ditekankan pada awal penulisan tertentu seperti yang dilakukan dalam cadangan penyelidikan, laporan, assignment dan sebagainya.

Saya masih ingat dulu, saya pernah menonton sambutan tahun milennium di televisyen, dan sekarang, sepuluh tahun telah berlalu. Ada baiknya kita memikirkan tentang sepuluh tahun mendatang pula. Apakah perancangan hidup anda? Apakah yang anda mahu ketika itu? Apakah langkah yang perlu diambil untuk merealisasikannya?

Pada tahun 2020, saya mengharapkan perkara berikut telah dicapai;

1) Berkahwin dengan perempuan pilihan
2) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak
3) Menguasai bahasa Arab klasikal ke tahap advanced
4) Mendapat segulung DBA
5) Menghabiskan bacaan setimbun buku-buku tertentu yang masih belum ditelaah.
6) Menggubah beberapa lagu
7) menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku

Bak kata saintis sosial, matlamat perlu diberi tempoh waktu yang munasabah untuk dicapai dan jangan melebihi kapasiti diri. Mari kita perhatikan petikan surah al-Baqarah ayat 233;

...Tidak dibebankan jiwa kecuali apa yang boleh ditahannya...

Pada tahun 2020, saya dijangka akan berumur 34 tahun. Ketika itu, waktu remaja telah berlalu. Mungkin ketika itu, jika saya masih hidup, saya akan membelek kembali coretan ini. Ini salah satu manfaat daripada penulisan blog.

Saya cuba memikirkan apa lagi untuk dicoret pada pagi ini. Ada baiknya saya berhenti setakat ini dulu buat sementara waktu dan mulakan perhatian kepada persediaan untuk menghadapi kertas soalan pada Khamis nanti.

Saya memikirkan apa tajuk yang perlu diletak untuk coretan ini. Hm... Okey, memandangkan sekarang adalah waktu pagi, dan ada ayat 'selamat pagi' dalam coretan ini, maka saya akan meletakkan ayat 'selamat pagi' sebagai tajuknya.

Sesuaikah tajuk itu? Adakah coretan ini 'lari' tajuk daripada tajuk itu? Mungkin ya. Saya mula berasa serba salah. Adakah perlu menukar kepada tajuk lain?

Okey, saya akan menukarnya.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Sunday 22 August 2010

Ulama

"No point of studying if we don't think."

Petikan ini dicoretkan oleh rakan baru saya, Nieteni di Facebooknya. Ya, baru, sangat baru. Dengan berfikir tentang sesuatu, kita akan mencipta persoalan seperti;

"Kenapa daun bewarna hijau? Adakah wujud daun yang bewarna ungu? Jika wujud, apakah faktor yang menyebabkan dua daun itu berbeza warna?"

Setelah membentuk persoalan, kemudian, perasaan ingin tahu itu akan membawa kita kepada kajian, sehinggalah kebenaran semakin terbongkar.

Gelagat ini lazimnya dilakukan oleh mereka yang bergelar saintis. Dari segi fitrah pula, si kecil sering mempersoal keadaan sekelilingnya.

Pada zaman Nabi Muhammad, perkataan 'ulama' atau 'orang yang berilmu' adalah bermaksud 'saintis' bukannya priesthood.

Sudah tentu saintis sahaja tidak mencukupi untuk memahami Islam, kerana kita perlukan al-Quran jua.

Dari perspektif al-Quran, saintis adalah merujuk kepada individu yang peka dengan keadaan sekeliling, dan 'merasai keagungan'/reverence Pencipta. Sila rujuk Surah Fatir ayat 27-28.

Sebab itu, walau fasih berbahasa Arab sekalipun, belum cukup untuk memahami al-Quran. Puak musyrikin pada zaman Nabi Muhammad pun fasih berbahasa Arab, bukan?

Apatah lagi puak musyrikin ketika itu fasih berbahasa Arab klasikal, yang mana semestinya berbeza dengan bahasa Arab moden.

Gejala mempersoal ini yang perlu diterapkan oleh manusia dalam mencari kebenaran. Kalimah 'Islam' adalah dari Kitabullah. Maka adalah logik, jika kita perlu belajar Kitabullah untuk memahami Islam.

Gejala mempersoal ini juga yang menakutkan para pesalah yang belum dihadapkan ke mahkamah.

"Dimanakah kamu ketika kejadian?" Soal pegawai polis kepada Abu.

Abu, si pembunuh upahan sememangnya tidak suka dengan soalan begitu.

Hakikatnya, Abu akan disoal jua di hari Pengadilan nanti.

Memburukkan keadaan lagi apabila pendekatan ala-ala Mafia digunakan, iaitu hukuman bunuh bagi kesalahan murtad, walaupun terang-terangan al-Quran menerangkan bahawa 'tiada paksaan dalam Deen'.

Mari kita perhatikan petikan Surah al-Baqarah ayat 256;

Tiada paksaan dalam Deen...

'Deen' dan mazhab mempunyai maksud yang berbeza walaupun mungkin ada ciri persamaan. Lelaki dan perempuan adalah berbeza, walaupun ada ciri persamaan bukan? Keluar dari mazhab bukan bermaksud keluar dari 'Deen'.

Namun, apa yang berlaku, golongan yang terkeluar dari mazhab mahupun Jemaah dianggap keluar dari 'Deen' lalu dihukum bunuh, tidak ubah seperti ahli kumpulan Mafia yang dibunuh kerana ingin keluar dari kumpulan tersebut.

Pendekatan ini juga yang digunakan oleh puak Wahabi ketika menyerang Mekah pada abad ke-18. Masing-masing dengan konsep Jemaah masing-masing, lalu saling bunuh-membunuh.

Mereka leka dengan ayat 'tiada paksaan dalam Deen' yang disebut dalam al-Quran, lalu menyebabkan ribuan nyawa melayang akibat konflik mazhab.

Jika Jemaah mahupun mazhab itu adalah 'Deen' sekalipun, al-Quran menerangkan bahawa 'tiada paksaan dalam Deen'. Apatah lagi jika Jemaah dan 'Deen' itu mempunyai maksud yang berbeza.

Jika kita mahu leka lagi dengan ayat 'tiada paksaan dalam Deen' itu, kita sebenarnya hanya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh nenek-moyang.

Menyamakan Jemaah mahupun mazhab dengan Islam boleh membawa kepada penyalahgunaan kalimah 'Islam' itu sendiri.

Kembalilah kepada al-Quran. Tiada hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dalam Islam.

Wallahualam.

Friday 20 August 2010

Komposer

Mengimbas coretan terbaru Astora Jabat di laman blognya, sila rujuk; http://astorajabat.blogspot.com/2010/08/lagu-perdamaian-1.html, maka didapati terdapat empat persamaan antara saya dengan beliau, seperti berikut;

1) Berjantina lelaki
2) Tidak bermazhab
2) Pernah cuba dihalang daripada menulis tentang isu agama
3) Menulis lagu

Saya percaya lagunya akan ada nilai susunan yang baik, memandangkan adanya kolaborasi dan kerjasama dari pihak profesional.

Itu isu pertama. Ini isu kedua pula.

Terdengar alunan muzik dari handphone seorang rakan, mengingatkan saya kepada sebuah drama Jepun. Saya lupa tajuk drama itu dan tajuk lagunya. Yang saya ingat adalah muziknya.

Bila diselidik, ia adalah lagu yang bertajuk 'Destiny' daripada band 'My little Love', dan drama itu adalah bertajuk 'With Love'.

Drama itu mengisahkan seorang komposer yang gagal menyiapkan karyanya, juga terlibat dalam cinta internet.

Walaupun jalan ceritanya berbeza dengan hidup saya, namun dua perkara itu ada persamaan dengan saya.

Karya 'She Loves Me Not', saya mula menggubahnya dalam penggal kedua tahun 2005, kemudian tergendala apabila saya frust menonggeng, kemudian saya kehilangan ilham.

Apa tidaknya, apabila saya ingin menggubah lagu happy mengejar cinta, kemudian gagal mengejarnya, maka gubahan lagu itu 'terhenti di tengah jalan'.

Kemudian, saya bangkit semula kira-kira pada suku ketiga tahun 2008 untuk menyiapkan kembali karya itu, dan berjaya menyiapkannya, walaupun audionya kurang dishined dengan profesional, malah terdapat kekurangan dari segi velocity.

Itu antara sebab mengapa tajuknya 'She Loves Me Not'. Jika kisah cinta berjaya, maka perkataan 'Not' itu mungkin patut dibuang.

Persamaan kedua adalah berkenaan cinta internet. Tidak pelik tapi benar, ex-girlfriend pertama saya adalah melalui cinta internet, gara-gara saya memanggil 'sayang' kepada orang yang tidak dikenali. Kemudian hubungan itu putus kerana saya mengaku mula berkawan dengan perempuan lain.

Perempuan lain itu adalah ex-girlfriend kedua saya, mula berkenalan dengannya kerana gara-gara dia tersalah ketika mahu mendail nombor handphone ex-boyfriendnya yang telah hilang. Hubungan cinta juga putus, kerana tidak direstui oleh ibunya. Apa tidaknya, dia baru berumur 14 tahun ketika itu.

Perkara yang terasa menyesal adalah, bagaimana saya telah merobohkan rekod single saya, hanya kerana cinta internet? Kedua-dua kisah ini berlaku pada tahun lepas.

Jika saya dapat mengekalkan rekod single sehingga berumur 40 tahun, mungkin boleh dimasukkan ke dalam Own-Made Book of Record, iaitu buku rekod yang direka sendiri.

Apapun, saya memberi gred lima bintang kepada lagu 'Destiny'. Ia adalah salah satu lagu priceless.

Satu perkara yang mungkin menarik atau juga mungkin kurang menarik adalah, jika digoogle perkataan 'Ariji', anda akan mendapati deretan link kepada webpage Jepun. Bagaimana pula seorang bayi lelaki yang lahir di sebuah kampung kecil di Jeli diberi nama import dari Jepun? :D

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Saturday 14 August 2010

Chelsea

Ini bukan tentang Blue Chelsea, rakan saya, atau Chelsea kelab bolasepak, ini adalah tentang Chelsea Olivia.

Buat sementara waktu ini, saya meletakkan slide show gambar Chelsea Olivia sebagai background dalam sebuah mesin yang menggunakan windows 7 OS itu.

Kepada Glenn, jangan marah. Saya bukan mahu merampas dia dari kamu, saya cuma 'pinjam' saja. Oleh kerana saya kembali melayan lagu 'Kucinta Apa Adanya Kamu', saya bercadang berbuat begitu untuk sementara waktu. Lagipun, saya masih single. Tiada girlfriend yang mahu cemburu.

Glenn, kamu memang handsome. Badan kamu tegap, kamu pergi gym? Bagus, kesihatan badan sememangnya perlu dijaga.

Chelsea adalah penganut Protestan. Saya harap puak Protestan tidak mengganas seperti puak Jemaah Islamiah. Semoga Indonesia ke arah keamanan sejahtera.

Di samping berjiwang, saya juga kembali layan lagu dari Korn. Petang ini saya berazam untuk jogging. Semuanya gara-gara kerana prestasi study saya merosot. Saya memilih Korn berbanding Chelsea untuk muzik ketika jogging petang nanti.

Begitulah, apabila saya mendapati disiplin study saya merosot ke tahap yang agak kritikal, saya menjadikan jogging sebagai 'denda'.

Wallahualam.

Friday 13 August 2010

Perempuan dan Cinta

Saya ingin mencoret tentang sebuah lagu yang bertajuk 'Kucinta Apa Adanya Kamu', nyanyian Chelsea Olivia.

Lagu ini digubah oleh Melly Goeslaw, komposer favorite saya.

Ia bukan lagu yang baru, tetapi saya  kadang-kadang kembali jua mendengar lagu ini, apabila berfikir tentang cinta. Lagu ini berjaya memberi saya gambaran bagaimana jiwa si perempuan yang mencintai si lelaki.

Apabila saya ingin 'menyentuh' perasaan itu, lagu ini antara yang menjadi pilihan saya.

Saya lelaki, saya tidak tahu bagaimana perasaan cinta dari seorang perempuan.

Chelsea si penyanyi, liriknya, melodinya, vokalnya, arrangementnya, sememangnya matching. Lagu ini adalah priceless. Tahniah Melly.

Walaupun dalam dunia realiti saya tiada kekasih, mahupun isteri, tetapi watak itu telah wujud dalam dimensi lain melalui lagu ini.

Wallahualam.

Thursday 12 August 2010

Sniper

Antara perkara yang menakjubkan dalam permainan jenis first-person shooter adalah, apabila kita menjadi sniper dan menemui spot area jarak jauh yang sesuai. Setiap musuh yang tercabut nyawa satu persatu memberi nikmat yang tinggi.

Wallahualam.

Wednesday 11 August 2010

Lelaki dan Sukan

Mari kita perhatikan riwayat hadis berikut;

Semua jenis sukan adalah haram untuk lelaki kecuali memanah, menunggang kuda dan bermain dengan isteri-isteri mereka. (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah, dan Abu Daud)

Saya harap, si Abdillah sebagai penganut Sunni yang tulen dan jujur pada diri sendiri, memberi perhatian serius tentang isu ini.

Jangan pula selepas mengejek saya, kemudiannya pergi bermain badminton atau bola sepak pula.

Wallahualam.

Mazhab Sunni Bhg. III

Si Abdillah mengemukakan hujah yang 'lebih kurang sama' dengan hujah yang digunakan oleh puak Jemaah Islamiah bagi menghalalkan pengeboman Bali.

Malah Indonesia baru-baru ini dikejutkan lagi oleh puak Jemaah Islamiah berkaitan isu keganasan. Hujah yang dimaksudkan adalah berikut;

"Mentaati Rasul adalah dengan mentaati kitab Hadis."

Anda perlu berhati-hati dengan hujah ini. Jika anda semberono mentaati riwayat hadis bagi mentaati Rasul, ia boleh membawa anda ke laluan yang dilalui oleh puak Jemaah Islamiah.

Mereka mentaati hadis palsu yang disangkakan sahih. Inilah yang berlaku. Hadis yang dikatakan sahih, belum tentu sahih. Puak Jemaah Islamiah terlalu percaya bahawa riwayat hadis tertentu benar-benar sahih, sehingga mereka begitu yakin dan sanggup 'berjihad' bagi melakukan keganasan.

Anda perlu sentiasa ingat, riwayat hadis dalam kitab-kitab hadis bukan disahihkan oleh Allah, tetapi disahihkan makhluk seperti Imam Malik, al-Bukhari, etc. Tiada dalil dalam al-Quran bahawa Allah mengjaga ketulenan riwayat hadis selain Kitabullah.

Hujah bahawa riwayat hadis tidak saling bercanggah oleh penganut Sunni adalah kedegilan, melainkan mereka tidak tahu tentang fakta berikut;

1) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

2) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

3) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Ketiga-tiga riwayat hadis di atas adalah khabar angin tentang ucapan Nabi Muhammad ketika khutbah Jumaat terakhir yang dilakukan baginda. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga riwayat hadis tersebut merujuk kepada ucapan yang sama. Adakah ianya tidak bercanggah antara satu sama lain?

Walaupun sampai ke tahap penemuan hadis sahih sekalipun, ia tidak berhenti di situ. Sebagai contoh, riwayat hadis berkenaan Nabi Muhammad memerintahkan agar menyimpan janggut yang dikatakan sahih, lalu wujud pula hukum yang berbeza seperti wajib dan sunat.

Jika saya hidup pada zaman Nabi Muhammad, dan baginda memerintahkan saya menyimpan janggut, sebagai orang dibawah pimpinan baginda, saya patut mentaati baginda.

Persoalannya, adakah perintah menyimpan janggut itu ditujukan untuk semua manusia dan sepanjang zaman, atau sebenarnya ditujukan kepada golongan tertentu bagi jangka masa tertentu?

Sebagai contoh, jika baginda meminta sahabatnya berperang menggunakan pedang, adakah ini bermakna saya wajib menggunakan pedang apabila berperang?

Malah jika hukumnya sunat sekalipun, dikira logik jika senjata AK47 mampu mengalahkan pedang. Ini mendedahkan kelemahan yang wujud dalam mazhab Sunni dalam skop hukum agama.


Kemudian, mungkin anda mahu bertanya;

"Patutkah saya bermazhab Sunni? Atau saya patut menilai semula kefahaman saya tentang Islam?"

Puak seperti Islam Liberal sememangnya merasai kepincangan ini. Puak Islam Liberal antara dari mereka menggunakan konsep 'al-Quran dan Sunnah' jua akan tetapi difatwakan sebagai terkeluar daripada Jemaah.

Sila rujuk; http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter12%20malaysia.htm

Ada tiga kata kunci di sini iaitu al-Quran, Sunnah dan Jemaah.



Jika pendekatan talibanisasi secara keseluruhan dilakukan, golongan ini termasuk diri saya sendiri akan dihukum bunuh.

Mari perhatikan riwayat hadis palsu berikut;

Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah melainkan dengan melakukan salah-satu daripada tiga jenis kesalahan ini, iaitu; orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina, orang yang membunuh orang lain, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana hukum menyimpan janggut boleh 'berubah-ubah' dengan menukar mazhab, ada dalil jua yang membawa kepada Islam Liberal.

Ianya bagaikan tanah liat yang boleh dibentuk berubah-rubah, samada menjadi seganas Jemaah Islamiah, atau seliberal Islam Liberal.

Diharap daripada tulisan saya ini boleh membawa kepada liberalisasi minda dikalangan umat Islami.

Mungkin anda melihat saya seolah-olah saya adalah anti 'Sunnah Nabi', hakikatnya anda perlu tahu, penyalahgunaan kalimah 'Sunnah Nabi' adalah bukan sesuatu yang asing. Pengeboman Bali dilakukan dengan menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi'.

Hakikatnya, jika saya menjual sejenis selipar yang kononnya menyerupai selipar Nabi, jualan produk itu mungkin mencecah ribuan.

Anda perlu sedar bahawa kalimah 'Nabi' itu sendiri adalah bersifat jenama. Sesiapa saja mungkin mendapatkan keuntungan hasil daripada jenama 'Nabi'.

Samalah jika anda meminta derma dengan menggunakan jenama 'bantuan anak yatim', atau 'membina masjid', hasil derma itu mungkin lebih dari biasa.

Hakikatnya, puak Taliban sendiri menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi' bagi menghalang kaum perempuan daripada bersekolah.

Adakah kita perlu meletakkan hakcipta terpelihara ke atas jenama 'Nabi' bagi mengelakkan 'cetak rompak' atau 'barang tiruan'?

Susu kambing sememangnya baik untuk kesihatan. Saya tidak semestinya menggunakan kalimah 'Nabi' untuk membuktikan bahawa susu kambing adalah baik untuk kesihatan.

Anda perlu buka minda dan renung perkara ini.

Kita lahir di dunia ini dan menemui al-Quran. Kita kemudian ingin mempraktiskan apa yang diperintahkan dalam al-Quran. Kualiti yang diperolehi dari al-Quran itu dikenali sebagai Hikmah.

Anda tidak boleh menolak hikmah yang wujud 'dalam' Kitabullah walaupun anda mengatakan bahawa kitab lain adalah berhikmah jua.

Saya tahu, ada banyak kitab yang hikmah seperti kitab Ekonomi, Teknologi dan sebagainya. Saya perlu menuntut ilmu dari kitab Matematik untuk pandai mengira. Saya sedar tentang hal ini.

Tetapi al-Quran tetap kitab yang hikmah.

Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran yang hikmah.

Tidak cukupkah lagi penganut Sunni menolak Surah an-Nur ayat 2 bagi menghalalkan hukuman rejam bagi kesalahan zina, kemudian mereka ingin menolak surah Yasin ayat 2 pula?

Ada pelbagai jenis mazhab yang wujud pada hari ini, dan masing-masing kononnya meletakkan al-Quran sebagai tempat teratas.

Anda perlu berfikir, sejauh manakah ajaran dalam mazhab-mazhab tersebut meletakkan al-Quran pada tempat yang sepatutnya?

Anda perlu merenung isinya, bukan sekadar kulit. Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai contoh, mempunyai jenama yang menarik. Umat Islami mana yang tidak sukakan Islam?

Ahli UMNO sebagai contoh, sepatutnya bukan sahaja melihat UMNO dari sudut kulit, tetapi melihat isinya, sejauh mana UMNO melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada si anak.

Jika seseorang itu menentang UMNO sebagai contoh, tidak semestinya bermaksud dia membenci kaum Melayu. Tetapi dia mungkin tidak berpuas hati dengan isi yang terdapat dalam UMNO.

Kalimah 'mazhab Sunni' itu sendiri adalah jenama dan kulit. Kritikan saya menuju kepada isi di dalamnya. Mazhab Wahabi yang pernah dikutuk oleh ulama Sunni di Malaysia adalah dari mazhab Sunni jua.

Mohd Asri yang bermazhab Sunni tidak diberi tauliah jua di Selangor, walaupun JAIS itu adalah organisasi mazhab Sunni.

Anda perlu melihat mazhab Sunni itu dari skop yang luas.

Jika ada mana-mana penganut Sunni yang tidak berpuashati dengan saya, saya syorkan temukan saya dengan mana-mana ustaz atau ulama pilihannya.

Saya mencadangkan begini kerana, dari kes si Abdillah, dia tidak berpuashati dengan saya kerana apa yang saya tulis bercanggah dengan apa yang didakwa oleh para ustaz atau ulama pilihannya.

Maka temukan saya dengan ustaz atau ulama pilihannya itu.

Jika dia lahir di Iran, dia dijangka akan mengikut ulama Syiah pula. Mungkin itu dinamakan sebagai taqlid.

Saya mengkritik isu 'Sunnah Nabi' selama ini, bukan kerana saya anti dengan pemakaian serban atau jubah, atau saya anti dengan susu kambing atau janggut, kerana semua itu dibenarkan dalam al-Quran.

Saya mengkritik versi 'Sunnah Nabi' yang pada pandangan saya, bercanggah dengan al-Quran.

Saya memberi perhatian kepada isu penyalahgunaan jenama 'Nabi' yang wujud pada hari ini.

Tentang persoalan-persoalan tertentu yang belum dijawab, saya merancang untuk memasukkannya ke dalam buku yang sedang saya tulis.

Wallahualam.

Tuesday 10 August 2010

Aku Bukan Siapa Bhg. II

Aku Bukan Siapa
Lagu/lirik: Ariji

Aku lelaki masih bujang
Terasa hati ini sepi
Lalu ku terjumpa denganmu
Terasa cinta

Ingin aku memilikmu
Namun aku bukan siapa
untuk jadi juara

Lelaki lain juga cuba
Memikat hatimu yang dara
Begitulah adat dunia
Ada saingan

Aku cuma orang biasa

Ayat yang paling sukar untuk saya tulis dalam lirik ini adalah pada bahagian terakhir, satu persatu saya tukar sehinggalah pada malam ini, saya memilih ayat;

'Aku cuma orang biasa.'

Pada awalnya saya meletakkan ayat di bahagian itu seperti 'aku rindu kamu selalu', dan 'aku mahu kamu selalu'. Namun, memandangkan hubungan antara penyanyi dengan si dia belum kemana, maka saya merasa tidak sesuai untuk terlalu jiwang.

Padahal ayat itulah biasanya yang keluar dari mulut saya ketika menunggang motosikal, apabila memainkan melodinya.

Ayat 'aku cuma orang biasa', kelihatan cocok dengan tajuknya, memandangkan tiada repetition untuk chorus, mungkin temanya patut diberi peluang untuk diulang pada bahagian ini.

Audi Mok pernah ditanya tentang sebuah lagunya yang pernah memenangi Juara Lagu. Namun beliau lebih banyak 'senyap' tentang siapakah yang telah menjadi ilham bagi lagunya itu.

Wallahualam.

Monday 9 August 2010

Bebelan Bhg. II

Bak kata orang tua;

"Jika lelaki takut hantu, sila periksa ada 'batu' atau tidak."

Si Abdillah seolah-olah ingin menuntut ilmu dengan bertanya banyak soalan. Saya tidak bermasalah dengan hal ini.

Cuma dengan gaya bahasanya itu, adakah itu 'Sunnah Nabi' yang dia amal?

Mari kita perhatikan riwayat hadis berikut;

Dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika saya menjawab panjang lebar sekalipun, si Abdillah dalam keadaan anonymous. Dia tahu siapa saya, tetapi dia bersembunyi seperti tikus di belakang almari. Saya ingin juga melihat wajah 'hero' yang menfatwakan saya sebagai kafir.

Bahkan dia biasanya copy and paste hujah daripada http://al-ahkam.net

Saya tidak bermazhab, adalah dijangka jika saya tidak sefahaman dengan puak al-Ahkam. Adakah ini sesuatu yang pelik?

Jika lihat dalam skop mazhab Sunni sendiri pun, mereka adalah berbeza. Antara Mohd Asri dengan Zamihan, antara Harussani dengan Nik Aziz, antara Wahabi dengan Syafie, antara Maliki dengan Hanafi. Semuanya menunjukkan unsur perbezaan. Adakah ini pelik?

Jika seorang anak murid berkata kepada cikgunya;

"Cikgu! Ajarkan saya! Kalau cikgu tak ajar saya, saya tak mahu jumpa cikgu! Cikgu ini cetek ilmu!"

Adakah itu adat seorang yang ingin menuntut ilmu? Bahkan, orang gaji pun patut dilayan dengan baik.

Si Abdillah bukan saja beria-ria mengatakan saya jahil dan cetek ilmu etc, tapi dia juga beria-ia juga ingin saya menjawab hujah dia pula.

Bagaimana pula seorang yang berilmu tinggi beria-ria meminta ilmu daripada orang jahil yang dia keji, hina dan kutuk?

Tak pelik, tapi benar.

Wallahualam.

Lempar Tangan Sembunyi Batu

Kata pepatah Melayu pada tajuk coretan ini ada kesilapan. Sepatutnya;

"Lempar batu sembunyi tangan."

Kepada pekomen yang memberi komen panjang lebar dan bersemangat 'waja' seperti di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=2098659998336971678, ada baiknya tunjukkan 'tangan anda'.

Atau sekadar bersifat anonymous?

Apa kata kita adakan dialog/debat secara rasmiterbuka dan face to face?

Bak kata yang saya inovasi sendiri;

"Tuan rumah melayan tetamu, tetamu menghormati tuan rumah."

Gaya bahasa yang sebegitu, jika pemeriksa kertas ujian yang baca, mungkin dia tidak semak jawapan samada betul atau tidak.

Wallahualam.

Friday 6 August 2010

Mazhab Sunni Bhg. II

"Boleh tak awak carikan girlfriend untuk saya? Saya mahukan perempuan yang minat dengan al-Quran."

"Susah mahu cari perempuan yang begitu pada hari ini."

Dialog seumpama di atas bukan perkara yang baru. Lebih bertuah jika si perempuan itu boleh mengajar saya tentang al-Quran. Atau sekurang-kurangnya kami boleh bertukar pandangan tentang al-Quran.

Atau kami boleh study al-Quran sama-sama. Ada banyak perkara yang anda terlepas jika anda terikat dengan mazhab tertentu. Sepengalaman saya study al-Quran, pelbagai penemuan yang saya dapat. Dan ia satu pengembaraan yang menarik.

Jangan melihat kebenaran dari sudut majoriti semata-mata. Saya pernah dituduh mencuri ketika berada di darjah dua atau tiga, saya tidak pasti. Kemudian saya dihukum oleh cikgu walau saya tidak bersalah dan tiada bukti bahawa saya mencuri.

Ketika itu, tiada yang membela saya, melainkan diri saya seorang. Disebabkan tempat duduk saya paling dekat dengan meja cikgu, saya dituduh mencuri duit seringgit yang hilang dari meja cikgu.

Mungkin ketika itu cikgu itu telah memandang kebenaran dari sudut majoriti semata-mata. Suara minoriti saya ketika itu 'tidak kedengaran'. Padahal al-Quran menerangkan bahawa majoriti manusia adalah dari kalangan mereka yang tidak bersyukur.

Kesimpulan dari peristiwa di atas adalah, melihat kebenaran dari sudut majoriti semata-mata adalah pendekatan yang kurang tepat. Ia hanya layak untuk dipertimbangkan sahaja. Kebenaran harus bersandar kepada bukti yang jelas, logik dan rasional.

Kenapa logik? Kerana fitrah manusia antaranya adalah menggunakan akal. Jangan jadi seperti sebahagian penganut Kristian yang mengajar bahawa 1+1+1=1, kemudian menyeru pengikutnya agar mengetepikan akal dan logik.

Sudah tentu logik sahaja tidak cukup, kerana manusia tidak maksum. Ia memerlukan dalil yang kukuh, seperti dalil dari ayat al-Quran yang dijaga oleh Allah melalui Surah al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

Ayat ini bukan sahaja menolak hujah penganut Sunni yang mendakwa bahawa seekor kambing telah memansuhkan ayat hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina yang kononnya pernah wujud dalam al-Quran, malah tidak disebutkan bahawa riwayat hadis Nabi dijaga.

Ketiadaan penjagaan terhadap riwayat hadis Nabi dalam al-Quran membuatkan penganut Sunni berusaha keras bagi 'mencari wahyu yang hilang', sehinggakan al-Bukhari merantau ke pelbagai destinasi bagi mendapatkannya, mengenalpasti rantaian sanad, dan mengenalpasti kesahihan riwayat hadis itu. Sudah tentu ia satu tugas yang memerlukan kemahiran profesional dan saintifik. Mungkin pernah terdetik di hati beliau;

"Bukankah lebih baik jika para khalifah yang empat itu awal-awal lagi menerbit dan menjaga kitab hadis? Tidak pula saya perlu bersusah payah begini."

Dari sudut fizik, jelas bahawa kegemilangan umat Islami telah pudar, dan kepudaran ini berpanjangan selama ratusan tahun, mentelaah pula fatwa berikut muncul;

"Pintu ijtihad telah ditutup."

Gejala taqlid dari kalangan penganut Sunni akibat takut terkeluar dari akidah, memburukkan lagi keadaan.

"Sesiapa yang terkeluar dari jemaah, adalah murtad dan akan dihukum bunuh."

Ugutan ini menakutkan lagi mereka untuk mempersoal fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama, apatah lagi sebahagian dari ulama ketika itu 'berada' di istana-istana raja. Raja pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini. Filem P. Ramlee mungkin dapat menggambarkannya sedikit sebanyak.

Definisi perkataan 'ulama' juga berubah. Pada awalnya, ia bermaksud 'saintis' dan 'orang yang berilmu'. Dengan kehadiran para imam, maka perkataan 'ulama' mula sinonim dengan perkataan 'imam', atau priesthood.

Apabila saya menyebut al-Quran, mereka menyebut Sunnah. Apabila saya menyebut Sunnah, mereka menyebut Jemaah.

Oleh kerana Islam itu cara hidup yang disyorkan oleh Allah yang Maha Bijaksana, maka dengan kepudaran kegemilangan Islam pada hari ini, ahli fizik sepatutnya berkata;

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan umat Islami pada hari ini."

Bak kata orang tua;

"Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang."

Mari kita lihat negara Iran, bagaimana mazhab Syiah mampu menubuhkan sebuah negara yang besar, apabila minda para penduduk ditaqlidkan dengan ajaran nenek moyang.

Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;

Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.

Penganut Sunni mungkin berminat untuk bacakan ayat di atas kepada penganut Syiah, ada baiknya juga jika kita bacakannya untuk diri kita sendiri.

Mereka ingin keluar dari 'zaman kegelapan', sebagaimana idealogi yang dibawa oleh Mohd Asri. Mereka tidak mahu tinggal dalam suasana seperti yang digambarkan dalam filem 'Perempuan Berkalung Sorban'. Mereka juga mahu melakukan 'minda tajdid'. Padahal, masalah yang sebenar adalah mazhab itu sendiri.

Kesedaran tentang kemudaratan bermazhab bukan perkara yang baru di Malaysia. Padahal usaha menentang ideologi bermazhab pernah dilakukan oleh seorang ulama Melayu melalui penerbitan sebuah buku.

Namun begitu, Hashim juga menggunakan pendekatan 'al-Quran dan Sunnah'.

Islam Liberal yang dikatakan terpesong itu juga ada antara mereka menggunakan konsep 'al-Quran dan Sunnah' jua.

Adakah saya anti-sunnah? Tidak, kerana al-Quran menerangkan tentang Sunnah Allah.

Jika 'Sunnah Nabi' itu merujuk kepada cara Nabi menyebarkan Islam, maka itu adalah ijtihad Nabi. Pada hari ini, askar sepatutnya menggunakan senjata M16, bukan sekadar pedang. Ini digambarkan dalam konsep 'ijtihad Nabi'.

Ini semua tentang istilah, yang kritikal adalah isinya. Konsep al-Quran dan Sunnah mungkin juga menggambarkan sebagai teori dan praktikal. Sebagai contoh, bagi penganut Sunni, Surah an-Nur ayat 2 adalah tidak praktikal kerana tidak menyebut tentang hukuman rejam sampai mati. Maka, kitab lain berkenaan 'Sunnah Nabi' diperlukan untuk mempraktiskan agama.

Hakikatnya, jika saya mempraktiskan Surah an-Nur ayat 2, maka saya telah melakukan 'Sunnah' tertentu. Begitu juga jika saya berjalan kaki, atau menaiki unta, saya telah melakukan 'Sunnah Nabi'.

Jika saya makan melalui mulut, ia juga 'Sunnah Nabi'. Namun, jika saya menaiki motosikal, ia bukan 'Sunnah Nabi' memandangkan pada zaman Nabi belum ada motosikal.

Nik Aziz menolak konsep pernikahan dengan gadis berumur sembilan tahun di Kelantan, ini bermakna beliau juga menolak 'Sunnah Nabi' versi mazhab Sunni tertentu.

Wallahualam.

Pekomen Bhg. VIII

bagi menjawab komen pekomen di http://www.youtube.com/watch?v=X3FyV_75_Bw&feature=player_embedded

Bercakap atau menulis ,jangan pakai otak saja,tradisi islam ada pengertiannya. Anda masih keriru, ttp jangan sampai mengelirukan orang lain. Anda lebih percaya kpd coolio drp Imam Shafi`i. Bengaaaaaang saya benagaaaaannggg.

Allah Maha Bijaksana, dan al-Quran itu adalah kitabNya. Adakah anda ingin mengatakan bahawa kitab lain lebih bijaksana daripada Kitabullah?

Kitab apakah itu? Adakah si penulis itu lebih bijaksana dari Allah yang Maha Bijaksana?

Atau anda menolak hujah Coolio bahawa al-Quran itu kitab yang bijaksana?

Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran yang bijaksana.

Wallahualam.

Tuesday 3 August 2010

Non-Stop Study

'Non-Stop Study' adalah nama bagi satu operasi yang saya reka sendiri. Ia melambangkan seorang pelajar yang study tiga sesi sehari, iaitu pagi, petang dan malam.

Sukarkah untuk melakukannya? Jika sehari saja, ia tidak sesukar mana. Yang sukar adalah untuk maintain disiplin itu. Lazimnya ia perlu dimulakan dengan memupuk tabiat
study.

Tabiat
study biasanya akan terjejas apabila menghadapi cuti ala seminggu atau lebih lama, yang melibatkan aktiviti luar kelas yang agak agresif seperti melancong, menyambut Hari Raya etc.

Tabiat
study juga terjejas dengan kehadiran permainan video seperti Counter Strike, Need For Speed, Grand Theft Auto dan sebagainya.

Adakah ini semua mitos? Saya menulis tentang perkara ini berdasarkan pengalaman sendiri.

Menakutkan. Apabila melihat exam semakin dekat, pelajaran belum
catch up, dan hati mula berat kepada Counter Strike, ia satu petanda bahawa saya ke arah kelalaian.

Apa yang saya perlukan adalah satu anjakan seperti fungsi
NOS dalam permainan kereta, yang memotivasikan enjin ke arah acceleration yang lebih tinggi secara mendadak.

Apakah saya perlu
uninstall saja games itu? Pengalaman menghadapi situasi sebegini bukan sesuatu yang baru, malah sejak sekolah lagi.

"Ambil pengajaran dari sejarah."

Ayat ini adalah satu pendekatan yang lazimnya di
proposed apabila menghadapi sesuatu persoalan.

Apapun, yang sedang berlaku sekarang adalah realiti. Masa bergerak. Ada baiknya saya membuat perubahan pada malam ini, iaitu mengembalikan semangat
study yang sedang memudar.

Namun begitulah, pengalaman saya bekerja sebagai student sejak berumur 7 tahun hingga ke hari ini, melalui pasang surut motivasi dan prestasi. Bukan sejak berumur 6 tahun, kerana saya ponteng tadika.

Apabila memasuki darjah satu, melihat rakan-rakan lebih pandai dari saya, mungkin itu sepatutnya yang berlaku. Bak kata orang; "Usaha lebih, dapat lebih."

Bahkan, seorang guru Matematik di sekolah menengah saya dulu sering menekankan motivasi. Apa tidaknya, apabila ada saja pelajar yang ponteng dalam kelas saya.

Wallahualam.

Al-Quran dan Coolio

"The Koran means wisdom." kata Coolio. 

Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka menjadi; 

"Al-Quran bermaksud kebijaksanaan."

Saya pernah mencoret tentang al-Quran dan kebijaksanaan. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/06/hikmah-dan-kitab-al-bukhari.html

Dalam mazhab Sunni, kebijaksanaan adalah merujuk kepada kitab Bukhari, kitab Muwatta, kitab Muslim, kitab Ibn Majah dan sebagainya. Ini membawa kepada kewujudan pelbagai mazhab.

Manakala, menurut Coolio, kebijaksanaan atau hikmah itu adalah merujuk kepada al-Quran.

Anda pula bagaimana?

Wallahualam.

Monday 2 August 2010

Mengejar Perempuan

Sebahagian lelaki sanggup mengejar perempuan dengan agresif. Samada ia ikhlas atau tidak, itu persoalan kedua. Kejaran yang ikhlas mungkin ditunjukkan dengan baik dalam filem Titanic.

Filem itu sememangnya menyayat hati. Mungkin ketika itu masih belum ada helikopter seumpama, untuk menyelamatkan penghuni kapal.

Apakah patut seorang lelaki mengejar perempuan? Seperti ayam jantan yang mengejar ayam betina?

Ada pula lelaki yang sanggup putus kawan dengan bestfriend dek kerana berebut perempuan. Ada pula sehingga pukul memukul, ada pula sehingga membawa maut.

Saya bukanlah seorang yang cemburu buta. Ada perkara lain yang lebih penting seperti al-Quran dan keluarga. Melihat kawan-kawan lelaki saya bercinta dengan pasangan masing-masing membuatkan saya berfikir.

Ia kelihatan bukan sesuatu yang mudah. Saya harap bakal girlfriend saya sporting seperti saya, supaya jiwa ini tidak kacau selalu. Atau sebenarnya saya yang kurang komitmen dalam hal ini.

Kata orang, perempuan yang cantik susah untuk dijaga, malah golongan itu adalah berlambak, seperti dedaun di dahan. Adakah mungkin ada perempuan yang cantik dalaman untuk saya?

Assignment mula berlambak. Ditambah pula dengan perancangan untuk aktiviti ko-kurikulum. Jika saya tidak membuat aktiviti untuk semester ini, saya menjangkakan kutukan akan datang kepada saya.

Mungkin akan ada 'undi tidak percaya'. Orang yang diberi jawatan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, lazimnya patut meletak jawatan, atau sekurang-kurangnya mendapat pandangan serong dari 'rakyat jelata'.

Berbelah bagi antara akademik dengan ko-kurikulum. Waktu weekend yang baru lepas pula banyak dihabiskan masa dengan bermain permainan komputer terutamanya melalui local area network atau juga dikenali sebagai LAN. Ya, permainan menjadi lebih menarik dengan LAN.

Bukankah lebih baik saya balik kampung sahaja jika weekend dihabiskan dengan aktiviti sebegitu? Banyak lagi bahan akademik yang belum ditelaah. Exam pula dijangka akhir bulan ini, kemudian berikutnya cuti midterm plus cuti raya, menjadi selama dalam dua minggu.

Fatim mengajak saya makan malam. Ya, sudah lama kami tidak berborak. Kali terakhir saya makan bersamanya kira-kira tiga bulan lepas. Saya cuba mencari waktu malam yang tiada kelas untuk memenuhi aktiviti yang ini.

Seperti biasa, saya sukar untuk tidur lena pada waktu tengah malam. Terfikir pula tentang buku. Selepas final exam dalam akhir bulan Oktober ini, atau mungkin juga jatuh pada awal bulan November, ada cuti selama kira-kira dua bulan selepas itu. Saya merancang untuk menyiapkan buku itu dengan agresif dalam cuti itu.

Menonton rancangan Keynote melalui Astro di cafe tadi, ternampak kawan saya menghadiri audition. Ya, saya kenal wajah itu. Salah seorang peserta pula wajahnya seperti bekas junior saya, jika tidak salah orang.

Saya menantikan lagu-lagu yang commercial dari mereka. Muzik yang cantik lazimnya akan menyerap ke sanubari saya setelah melalui fasa gegendang telinga.

Bagi saya, muzik yang cantik adalah priceless. Teringat pula kepada Ariel, yang bergelumang dengan isu skandal. Adakah beliau akan dikenakan hukuman rejam sampai mati?

Lagu 'Mungkin Nanti' dan 'Ada Apa Denganmu' adalah antara lagu priceless, kedua-duanya mengingatkan saya kepada memori yang indah walaupun mungkin pahit. Jika Ariel dipenjara, adakah beliau akan menggubah lagu? Saya harap pihak penjara sediakan sebuah gitar akustik atau klasikal kepadanya. Mungkin beliau juga memerlukan pensel dan kertas. Saya tidak rasa pihak penjara mempertimbangkan untuk memberinya komputer atau alat muzik elektronik.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.