Wednesday 30 June 2010

Hikmah dan Kitab Al-Bukhari

Kitab al-Bukhari mengandungi isi seperti berikut;

1) Fitnah

2) Israeliyyat

3) Tulisan sejarah

4) Percanggahan fakta

Hikmah pula bermaksud kebijaksanaan. Kitab al-Bukhari telah diuji selama ratusan tahun samada ia berunsur bijaksana atau tidak. Dan hasilnya adalah pada hari ini; 

1) Umat Islami mundur dari segi ekonomi dan teknologi

2) Kalah dalam peperangan bagi mempertahankan diri

3) Lebih menumpukan tentang akidah berbanding tauhid

4) Mengganas ala Zionist, contohnya seperti Jemaah Islamiah

5) Lebih menumpukan 'Sunnah Nabi' berbanding al-Quran

Mari kita selidik apakah hikmah yang diterangkan dalam al-Quran;

Mari kita perhatikan Surah Yunus ayat 1;

ALR, ini adalah tanda-tanda bagi Kitab yang hikmah.

Mari pula kita perhatikan Surah Luqman ayat 2;

Ini adalah tanda-tanda bagi Kitab yang hikmah.

Mari kita perhatikan pula Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran yang hikmah.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan. Hikmah adalah tidak bersifat fizikal seperti rekod bertulis.

Anda boleh menyentuh kitab, tapi anda tidak mampu menyentuh hikmah. Hikmah adalah sesuatu kualiti yang diperolehi apabila kita beramal. Contohnya jika anda beramal dengan Rukun Islam di http://ariji86.blogspot.com/2010/06/rukun-islam.html, maka masyarakat kita menjadi sejahtera.

Bagaimana pula dengan kitab al-Bukhari? Bolehkah beramal dengannya?

Jawapannya adalah; "Ya, selagi ia tidak melampaui batas. Contohnya seperti hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina bukan sahaja bercanggah dengan Surah an-Nur ayat 2, malah mengorbankan nyawa tanpa hak, maka melakukannya adalah zalim."

Malangnya, perbuatan zalim itu disokong oleh puak tertentu yang menggunakan kalimah 'Islam' dan 'Syariah'.

Sesuatu riwayat hadis tidak semestinya beramal sepenuhnya. Contohnya riwayat hadis tentang memasuki Syurga jika menghafal Asmaul Husna. Dalam kes ini, adalah dihalalkan menghafal Asmaul Husna, tetapi tidak sepatutnya berpegang padanya bahawa ia menjamin anda ke syurga.

Bayangkan, jika seseorang itu berasa sudah terjamin memasuki Syurga kerana telah menghafal Asmaul Husna, lalu melakukan pelbagai jenayah.

Jadikan Kitab al-Bukhari sebagai tulisan sejarah atau khabar angin.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

ariji, jangan pertikaikan Imam al-Bukhari dan ahli Sunnah. Awak tu siapa... Bukan cara begitu mencari ilmu. Tuntut dulu ilmu dalam2, baharulah boleh mengkritik. Mengkiritik dalam kejahilan seperti si buta berjalan waktu malam. Tulisan awak payah nak jawab, sebab anda menulis tidak pakai disiplin ilmu. Awak ingat awak dah pandai, tetapi menggambarkan tidak ada asas ilmu yang cukup. Ayah Nik.

Anonymous said...

betul 2.. saya da byk kali jawab soalan die.. saye tanye apa yg sesat dlm kalendar hijrah, cnthny, tapi die xjwab2 yg die pandai bedal bodoh cm org jahil. nie la tande org munafiq. berada di tngh2 org kaum muslim. padahal die boleh membaca dan mengkaji. tapi die pilih nk kritik n sesatkan aje. mcm la pandai sangat. Bahasa Arab pun xpandai tp da pandai nk kritik Al-Bukhari!!!!! Mane boleh org nk terima.. Ariji langunsung xde ilmu asas pun. Semoga Allah membalas perbuatan Ariji dan semoga kita mampu melihatnya!!!!!!!! Amiin.

p/s-byk lagi soalan saya dia tidak jawab.. tapi nk berdialog cara terbuka... kalaulah saya terima mmg rugi masa sbb nnt die boleh sesatkn saya je.. ITU SAHAJA YG ARIJI MAMPU!!!!!! berhujah dgn ilmu?? xde~!

Wallahu'Alam Bissawab..

-Muhd Abdillah-

Salam said...

MAshallah,
anda adlh org yg terkutUk!!