Telah menggubah sebuah lagu bertajuk 'Aku Bukan Siapa'. Durasinya kira-kira 2:18 sahaja. Itu pun kerana ada 'ritard' pada ending. Samada ritard, atau rall., atau mana-mana istilah untuk tempo, tidak pula saya pasti. Itu hanya soal istilah.
Seperti biasa, sukar untuk rasa puashati apabila berkarya. Cerewet.
Semasa pemilihan key bagi melodi, mengingatkan saya kepada lagu gubahan Yuna. Melodi tidak semestinya dinyanyikan dengan nada yang tinggi umpama Ziana Zain. Maka saya telah memilih range yang sesuai untuk suara bass dan tenor jua.
Liriknya untuk penyanyi lelaki. Perkataan 'bujang' untuk si penyanyi, dan 'dara' untuk si dia, jelas, lirik ini untuk kaum lelaki sahaja.
Walaupun durasinya pendek, namun formnya ABA'C, tempo 100, genre balada. Saya cuba memikirkan untuk memanjangkan durasi, tetapi kekeringan ilham. Jika ia mengurangkan kualiti arrangement, mungkin lebih baik pendek saja.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment