Wednesday 16 June 2010

JAKIM, Al-Arqam dan Rashad Khalifa

Isu Al-Arqam kecoh kembali. Saya melihat puak Arqam yang percaya bahawa Ashaari itu Imam Mahdi, tidak ubah seperti Taliban yang percaya bahawa kaum perempuan tidak layak untuk ke sekolah.

Kita juga sering mendengar laungan umpama;

"Sesiapa yang bukan bermazhab Sunnah Wal Jamaah, maka mereka adalah sesat."

Dikala laungan itu bergema, masing-masing berkonflik sesama sendiri dengan mengatakan bahawa masing-masing membawa Sunnah Nabi yang sebenar.

JAKIM sendiri menyenaraikan senarai ajaran sesat seperti berikut;

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin 
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


Dikala JAKIM menfatwakan ajaran-ajaran di atas sebagai sesat, ada beberapa soalan pula yang saya ingin tanya kepada JAKIM. Antaranya;

1) Kenapa hari dalam kalendar Hijrah berjumlah 354 atau 355 setahun, padahal perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365 patah perkataan?

2) Kenapa Sultan yang dikenali sebagai ketua agama Islam tidak memakai jubah?

3) Kenapa perlu ada perkataan 'Haji' pada nama rakyat Malaysia yang telah menunaikan Haji?

4) Kenapa tiada ayat 'Sunnah Nabi' dalam al-Quran?

5) Kenapa tiada undang-undang etika/moral dalam Rukun Islam? Bukankah etika/moral itu sebahagian daripada Islam?

6) Kenapa berkhatan itu lebih baik daripada tidak berkhatan? Bukankah Allah menyempurnakan kejadian manusia?

7) Kenapa umat Islami terkebelakang dalam pelbagai aspek seperti teknologi, ekonomi dan sebagainya selama ratusan tahun jika Sunni itu benar? Bukankah kita menggunakan al-Quran dari Allah yang Maha Bijaksana?

8) Kenapa penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu disertai dengan tokok tambah mengikut kesesuaian fahaman tertentu?

9) Kenapa had umur pernikahan di Malaysia bukan 9 tahun?

10) Kenapa melakukan Haji di Mekah? Bukankah al-Quran menerangkan pertukaran arah kiblat sebanyak dua kali?

11) Kenapa ulama UMNO tidak menyokong PAS? Bukankah PAS membawa fahaman Sunni?

12) Kenapa hukum menyimpan janggut adalah sunat di Malaysia? Bukankah kita perlu mentaati Rasul?

13) Kenapa kitab Al-Bukhari yang mempunyai fitnah terhadap Nabi Muhammad dijadikan sumber hikmah?

14) Sebanyak manakah riwayat hadis yang perlu saya percaya untuk mendapat Islam yang sebenar?

15) Jika Sunnah Nabi itu sentiasa lebih baik, maka kenapa askar Malaysia tidak menggunakan pedang?

16) Kenapa isu kesahihan riwayat hadis masih belum selesai walaupun setelah ratusan tahun berlalu?

17) Kenapa wajib berhukum agama dengan kitab lain selain al-Quran? Bukankah tiada Tuhan selain Allah?

18) Kenapa kamu tidak menggunakan 'mesin masa' kembali kepada zaman Nabi untuk melihat Sunnah Nabi yang sebenar?

19) Kenapa kamu sanggup mengingkari Al-Quran semata-mata untuk mentaati kitab lain?

Saya bukanlah pengikut Rashad Khalifa. Namun saya menghargai perjuangan beliau dalam teori 19, jasa beliau dalam menterjemahkan al-Quran, perjuangan beliau dalam membongkar kepalsuan mazhab Sunni dan mengutuk pembunuhan terhadapnya, maka saya sertakan 19 soalan jua untuk JAKIM. Untuk makluman, Ahmad Deedat sendiri menghargai usaha Rashad Khalifa sehingga menerbitkan sebuah buku berkenaan teori 19, yang bertajuk Al-Qur'an: the Ultimate Miracle. Soalan-soalan ini digubah oleh saya sendiri berdasarkan pengamalan hidup saya.

Teori 19, masih tidak terbongkar sepenuhnya pada hari ini dan masih dalam status misteri. Tetapi itu tidak bermakna bahawa ianya 100% salah. Ada bahagian yang jelas, ada juga bahagian yang masih kabur.

Saya juga masih menolak pendapat Rashad berkenaan pemansuhan dua ayat al-Quran. Saya menggunakan dalil Surah al-Hijr ayat 9, 90 hingga 91, dan juga dalil yang digunakan sebagai tema blog saya, iaitu Surah Al-Isra' ayat 36.

Dari satu sudut, penolakan Rashad terhadap dua ayat itu ada persamaan dengan puak Sunni yang menolak Surah An-Nur ayat 2 bagi menghalalkan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina.

Wallahualam.


7 comments:

Anonymous said...

Anda sudah terlalu mengarut. Jangan nak tunjuk pandai jika tidak banyak belajar. Anda tahu siapa yang ada di belakang JAKIM itu, semua mufti dan ahli akademik agama terkemuka di Malaysia.

Anonymous said...

Jangan memperlekeh orang lain kalau anda rasa diri anda hebat. Tulisan anda mencabar JAKIM dan Ahli Sunnah. Tahukah anda ke mana hujung jatuh pemikiran anda ini?? Soalan yang anda kemukakan itu semuanya soalan bodoh. Mempercayai al-Quran tanpa al-Sunnah pernah dihukum murtad, jika secara sedar dan faham. Berhati2 lah membuat kenyataan. Drp Orang tua yang belum nyanyok.

Anonymous said...

Soalan 1. Ariji kena belajar ilmu falak (astronomi) 2. Soalan remeh temeh 3.Orang Melayu je, 4.Ariji tak jumpa je, banyak 5. Ariji tak faham maksud syahadah tu 7.Muslim tak iku sunnah, macam Ariji syaik berlagu dengan muzik 8.Itu lah namanya tafsiran (Ariji masih tak boleh bezakan antara terjemahan dengan tafsiran ke 9,Hukum fikah lain, undang2 lain, kena baca buku Tok ud Zuhdi, Ariji tak baca lagi ke?10. Soalan paling mengarut dan Ariji tak faham rukun Islam ke?(ni dah masuk tolak bukan sahaja hadis tetapi Quran),11.Politik perkara ijtihadi,Ariji belajar ke Usul fekah bab Ijtihad, baca dulu usul fekah, baru faham. 12.,Ariji kena belajar dulu sunnah tasyri` berbeza dengan sunnah ghayr tasyri`i. Nape Ariji tak ikut sunnah pakai tongkat, kan nabi pakai tongkat. Umumr 20 Ariji kena kahwin lah sebab nabi kahwin usia 25 tahun. Dak gitu 13.Awak memfitnah imam Bukhari, itu dosa besar 14. 40 hadisa pun cukup kalau awak tidak degil, kalau awak degil 1,000 hadis pun tak cukup. 15. Ariji msasih rendah ilmu tak boleh beza antara matlamat dan wasilah. Sila baca al-Qaradhawi, banyak2. 16.Ulama hadis dah selesai, awak yang tak belajar je tak faham, belajar dulu secar4a berguru. Pak sedara awak tu orang tera2 tau. 17. Berhati2 buat kenyataan. Awak jalan kaki ke atas ke? 18. Awak dah totok jadi pengiklut anti hadis si Kassim Ahmad, atau Rashad Khalfiah, ajaran tu sesat.19.Hadis penjelasan kpd Quran. Tanpa hadis, bagaimana Ariji sembahyang, ada ke dlm Quran zuhur 4 rakaat dan subuh 2 rakaat. Ke Ariji tak sembahyang subuh..Orang tua belum nyanyok.

Anonymous said...

Menunggu jawapan ariji

Anonymous said...

Wah bila kau kritik jakim byk juga org yg mereply semula eh.. ariji jgn jd bodoh.. byk sgt soalan tahpape la....xmemerlukan orang lain untk jawab soalan nie. kau sendiri boleh cari jawapan2 ni.. semua nya senang belaka.

pak sedara kau org tera2? org agama ke? tanyalah die kalo cenggitu. jgn la lembab sgt mentng2ade org pandai agama dlm family ko pon nk memandai2.. adui. sesat nie boleh jadi kafir tau.
Sebagai org Muslimin mmmg xboleh kite pendam soalan yg penting lama2..cari jawapan nya. pastu plak jangan la tanya soalan yang bodoh sangat, jgn la amik serius dgn perkara2 yg kecil dan jgn besar2kannya...sesetengahnya HARAM! Belajar dulu Bab Halal Haram.. bagi lepas dulu bab 2 ok. nie tidak ...skolah belum habis tapi da daftar masuk degree.. hahaha sebernarnya Berjuta. YA! BERJUTA manusia mempunyai soalan agama dan berjuta pula yg ada hujah masing2.. kite bukan mcm syiah .. ade hadith tapi pakai akal masing2 mcmmane nk fhm hadith 2.. xtertongang terbalik ke? mesti punye! kalau kau nk mencari islam yg sebenar mmg baik tapi bukan dgn menunjukkan kejahilan macm nie mamc mane ko nk jmp?? terus terang aku katakan pada kau. sebenarnya kau seperti amat bodoh sekali dgn kenyataan di blog kau ini. bukan aku nk ejek. 2 hujah aku yg dulu kau xusik pun.. lagi la nampak ko nie mcm xbetul je?? maaf bukan aku nk mencaci tapi inilah realitinya. aku bukan nk halang kau. atleast kau perlu faham dulu asas islam sebelum kau buat blog nie pun.
TOLONG BELAJAR PERKARA2 ASAS ISLAM DAHULU ARIJI... Muallaf pun boleh jadi pandai dlm beberapa bulan. ko plak mmg dilahirkan islam.. xke pelik 2? pelik.....tapi benar.

Wallahu'Alam.

Anonymous said...

Ish.. ada jugak orang yang ambik ilmu dari Rasyad Khalifa yang mengaku messenger of covenant (Nabi).

Jamil said...

Saya tertarik dgn soalan ke 10.. Boleh ariji sharekan ayat Quran tentang pertukaran arah kiblat sebanyak 2 kali ni?