Thursday 10 June 2010

Yahudi

Bila bercakap tentang Yahudi, maka ada dua perkara yang perlu dibezakan. Iaitu;

1) Bangsa Yahudi
2) Agama Yahudi

Mengeji dan mengutuk dari sudut bangsa adalah bersifat perkauman. Kita tidak merancang untuk dilahirkan sebagai berbangsa Melayu, Cina mahupun Yahudi. Kita sepatutnya menghormati ketetapan Allah dalam aspek ini.

Mengkritik dari sudut agama pula isu yang lain. Saya kerap juga mengkritik Sunnism.

Saya lihat, penganut Yahudi yang 'warak', antara mereka tergambar aura keamanan. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/harun-yahya-dan-penganut-yahudi.html

Isu yang berlaku di Gaza pada hari ini lebih kepada Zionism berbanding Judaism. Maka yang dilaungkan mungkin lebih baik jika kepada anti-zionism berbanding anti-judaism. Ini bagi menghindari daripada salahfaham bahawa 'Yahudi' yang dilaungkan itu merujuk kepada bangsa semata-mata.

"Muzik bagaikan agama bagi saya suatu ketika dahulu."

Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diucapkan oleh Yusuf Islam. Dari kes ini,Zionism itu sendiri dikategorikan sebagai agama. Agama memperlihatkan sebagai satu sistem dan kepercayaan.

Memandangkan Zionism lahir daripada kitab Taurat versi tidak original, maka kita boleh katakan bahawa Zionism itu sendiri adalah pecahan mazhab daripada Judaism. Antara perkara yang perlu diberi  perhatian adalah, hak tanah tidak sepatutnya bersandar kepada keturunan semata-mata, tetapi kepada perjanjian hakmilik. Memandangkan perjanjian hakmilik Yahudi terhadap tanah Palestin kabur dan bersandarkan kepada tulisan sejarah, sekurang-kurangnya ia sepatutnya disalurkan kepada proses kehakiman bagi mendapatkan balik hakmilik itu.

Zionism boleh digambarkan bagaikan kaum Melayu menuntut Singapura kembali menjadi Johor.

Wallahualam.

No comments: