Sunday 13 June 2010

Raja

"Kita memerlukan Raja. Tanpa Raja, nanti kaum Cina akan mengambil kesempatan ke atas kaum Melayu."

Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diucapkan oleh kawan perempuan saya suatu ketika dahulu semasa kami sedang mengulangkaji pelajaran.

Ianya adalah lanjutan daripada peristiwa berikut; sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/02/biro-tatanegara-kalendar-hijrah-dan.html

"Ariji? Ariji mana?"

"Alah, Ariji yang ingin memansuhkan pemerintahan monarki semasa kita menghadiri kursus suatu ketika dahulu."

"Oh, yang itu."

Saya pernah membezakan pemerintahan monarki di Malaysia dengan Arab Saudi, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/04/mazhab-sunni-dan-pemerintahan-monarki.html

Antara perkara yang perlu diberi perhatian tentang pemerintahan monarki adalah;

1) Hidayah

Hidayah tidak bergantung kepada keturunan tertentu. Jika si ayah mendapat hidayah, belum tentu cucunya mendapat hidayah.

Jika ditakdirkan si cucu tidak mendapat hidayah, maka dengan kuasa mutlak yang dimiliki boleh menghuru-harakan negara itu sendiri. Sejarah China banyak mengisahkan tentang dinasti-dinasti, anda boleh menonton drama cina di tv tentang kes ini. Begitu juga dengan sejarah Tanah Melayu.

2) Musyawarah

Pemerintahan monarki boleh membawa kepada pengurangan kadar musyawarah antara pihak pemerintahan dengan rakyat jelata.

Dalam kisah Puteri Gunung Ledang, Raja diceritakan pernah merampas barangan emas daripada rakyat jelata secara paksa, bagi membina jambatan emas.

Hakikatnya, pengambilan emas itu boleh dijalankan secara musyawarah. Rakyat jelata boleh jadi menyokong pembinaan jambatan emas itu selepas bermusyawarah, seterusnya menyerahkan emas kepada pemerintah secara sukarela.

3) Musuh dari luar

Sejarah Tanah Melayu menceritakan bahawa Inggeris pernah cuba mengambil kesempatan daripada kuasa mutlak Raja dengan memaksa Raja menandatangani perjanjian tertentu.

4) Checks and balances

Kurangnya unsur check and balance apabila pemerintah berkuasa mutlak.

Pemansuhan pemerintahan monarki yang diusul, bukanlah dengan menyerang Istana atau seumpamanya. Namun dengan digantikan dengan sistem yang lebih baik, iaitu menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi negara dan menggalakkan aspek musyawarah dalam segenap isu.

Dan apabila saya mengatakan meletakkan al-Quran di tempat teratas, saya benar-benar memaksudkannya. Iaitu meletakkan al-Quran lebih tinggi daripada tafsir, hadis, ijmak, qias, ijtihad, dan penterjemahan itu sendiri.

Ini berbeza dengan konsep Salafi tradisional, atau mazhab, jika anda memahaminya, walaupun 'nampak' seakan sama.

Wallahualam.

No comments: