Sunday, 25 April 2010

Mazhab Sunni dan Pemerintahan Monarki

Jika dilihat sejarah Tanah Melayu, bagaimana pemerintahan monarki berkuasa. Raja mempunyai kuasa mutlak dan menggubal sendiri undang-undang. Baginda berkuasa menjatuhkan hukuman, juga berkuasa memberi pengampunan. Menonton filem P. Ramlee mungkin dapat membantu memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai hal ini.

Apakah majoriti pengaruh mazhab yang tersebar di Tanah Melayu pada ketika itu? Mazhab Sunni seperti hari ini, bukan?

Sistem demokrasi yang ada pada hari ini dibawa oleh Inggeris. Sejak dari itu, kita lihat kuasa pemerintahan monarki dikurangkan secara beransur-ansur dengan suntikan Perlembagaan. Lalu namanya bertukar kepada Raja Berpelembagaan. Raja pada hari ini umumnya bertindak atas nasihat para pegawai bawahannya. 

Itu di Malaysia, mari kita pergi ke Arab Saudi pula. Arab Saudi mengamalkan sistem pemerintahan monarki mutlak, dimana Raja juga bertindak sebagai Perdana Menteri, ada menyerupai apa yang berlaku di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Pasukan Saudi telah merampas Mekah dan Madinah daripada Empayar Usmaniyyah pada tahun 1802, atas nama agama. Ya, konflik mazhab.

Sejak itu, terus berlaku perebutan kuasa antara pasukan Saudi, Empayar Usmaniyyah dan Mesir. Penemuan minyak pada tahun 1958 semasa pemerintahan pasukan Saudi mungkin menjadi 'penambah perisa' konflik dalaman sehingga membawa pembunuhan 'anak beranak' pula.

Inilah bencana pemerintahan monarki. Apakah perlu kita mengucapkan terima kasih kepada Inggeris kerana meredakan kuasa mutlak pemerintahan monarki di Tanah Melayu, padahal, al-Quran sekian lama menyediakan jawapannya. Al-Quran mengsyorkan negara yang bersistemkan musyawarah.

Yang ingin di hightlight kan di sini adalah kaitan antara mazhab Sunni dan pemerintahan monarki. Apakah ia secara kebetulan?

Mari kita lihat dari sudut global pula, bagaimana pemerintahan monarki mengalami kegagalan. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Penghapusan_monarki

Wallahualam.

No comments: