1) Baginda mempunyai 'lesen' untuk melanggar perintah Allah dalam al-Quran. Contohnya hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina, di mana ia melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2.
Contoh yang lain adalah Nabi Muhammad membenarkan pembunuhan kanak-kanak dan perempuan ketika berperang. Ini bertentangan dengan Surah al-An'am ayat 164. Sila juga rujuk Surah an-Nisa' ayat 75.
Lagi contoh adalah hukuman mati ke atas pesalah minum arak yang didapati bersalah untuk kali ke-empat.
2) Baginda berkeupayaan mencipta hukum agama tambahan.
3) Nabi Muhammad mempunyai nafsu seks yang luarbiasa, pernah melakukan hubungan seks dengan sembilan perempuan dalam satu malam. Baginda mempunyai tenaga seks 30 lelaki.
4) Menyebut 'Nabi Muhammad' tanpa disertai 'Selawat Allah ke atasnya dan sejahtera' adalah tidak menghormati baginda.
5) Nabi Muhammad mempunyai kuasa shafaat dan akan menyelamatkan kita pada Hari Pengadilan.
6) Nabi Muhammad menduduki tempat tertinggi mengatasi Rasul yang lain.
7) Baginda tidak pernah berdosa.
8) Kita perlu mengagung-agungkan Nabi Muhammad.
Wallahualam.
2 comments:
memang ada hadis sahih yang cakap mengenai mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan ada juga yang palsu. tapi kalau manusia yang sudah tidak menerima hadis maka laknatlah Allah pada dia. Ariji jangan sombong. belajar dulu. jangan cari sumber dari satu pihak sahaja. nanti jahil.
kau menentang berkhatan? jahil sungguh ilmu kau. kita diwajibkan untuk mengikut agama Nabi Ibrahim. beliau berkhatan. Nabi Ismail berkhatan. Nabi Isa berkhatan. Nabi Muhammad juga berkhatan. kau yang berumur 25 itu belum berkhatan? Masyallah.
kalau begitu ariji. janganlah kau potong bulu kemaluan,ketiak,rambut, manakala jika anak kau cacat seperti buta,tiada tangan dll maka jangan pergi ke dr. terima aja.
dasar orang jahil yang tidak membaca quran. Quran mewajibkan penerimaan hadith!
Bacalah dengan nama tuhanmu!!!
Post a Comment