Saturday, 17 April 2010

Target Bhg. II

"Saya kena tanya si dia dulu."

"Si dia itu boyfriend awak kah?"

"Tidak juga. Cuma kawan rapat."

"Tak apalah jika begitu. Saya tidak mahu ganggu."

"Maafkan saya."

"Okey."

Dialog sebegini yang boleh saya gambarkan di Facebook tadi setelah saya mengajaknya makan petang. Kawan rapat? Ini mengingatkan saya kepada Sha. Dia adalah kawan rapat perempuan saya di institusi pengajian ini.

Apapun, rakan-rakan sebenarnya membuatkan hidup saya lebih colorful. Banyak orang banyak ragam, kata pepatah ini yang pernah saya belajar ketika di sekolah rendah dulu.

Kenapa sekolah rendah? Kenapa bukan sekolah tadika? Seingat saya, saya hanya pergi ke tadika selama lima hari sahaja. Selebihnya ponteng.

Botol susu saya pernah disembunyikan, gara-gara kerana saya membawanya ke tadika. Tidak pula saya sangka, ketika saya berumur lima atau enam tahun tidak pula saya ingat, saya masih menghisap botol susu. Haha. Memang lawak.

Ketika di tadika, saya hanya ada seorang kawan rapat sebaya. Dia sibuk dengan rakan-rakan yang lain. Saya pula bersendirian, kurang bercakap dan kurang bersosial. Minda pula asyik teringatkan rumah.

Ketika waktu rehat, saya hanya melihat mereka bereakrasi. Meriah. Cuma saya yang tidak meriah. Menyepi dan berasa malu.

Air Milo susu. Minuman inilah kegemaran saya sejak kecil. Resipi inilah lazimnya yang saya 'masukkan' ke dalam botol susu. Bukan saya yang masukkan resipi itu, tetapi Abah.

"Abah, nak air Milo."

Ayat ini adalah biasa diucapkan suatu ketika dahulu. Roti kosong berlapiskan serbuk Milo, ini juga makanan kegemaran saya sejak kecil. Saya membesar dengan Milo.

"Anda minum Milo jadi... Sihat, dan kuat!"

Ini adalah slogan iklan Milo di televisyen, suatu ketika dahulu. Alamak, asyik mencoret tentang Milo lah pula.

"Milo ada kesan sampingan." Ini pula kata rakan saya, seorang pengedar HPA. Sejak itu, saya mula berjinak-jinak dengan koko RADIX. Sememangnya ia setanding dengan Milo, malah ada beberapa kelebihan tertentu.

Kembali ke tema yang asal, kami tidak lagi sekelas, setelah lecturer kami berhenti kerja. Kami berpecah berasingan, apa tidaknya, kami bukan mengambil program yang sama.

Tiba masanya untuk mencari target seterusnya.

"Hai, awak sombong lah."

"Hai. Awak, tolong carikan girlfriend untuk saya."

"Awak mahu kahwin muda ke? Desperate. Sebenarnya mudah saja mahu dapatkan girlfriend, mungkin awak tu yang terlalu cerewet."

Antara perkara yang menarik perhatian saya kepada target yang 'pertama' adalah al-Quran. Saya lihat dia ada aplikasi al-Quran di Facebook dan join beberapa Koranic Group. Setakat ini dahulu coretan kali ini.

Wallahualam.

No comments: