Sunday, 11 April 2010

Teman Hidup Bhg. III

Teman hidup saya adalah ibu kepada anak saya. "Ibu yang bagaimanakah yang saya mahu untuk bakal anak saya?"

"Assalamualaikum. Kami datang meminta derma."

"Waalaikumussalam. Derma apa?"

"Derma kematian."

Dua orang ibu kepada dua orang pelajar baru sahaja meninggal dunia, menurut apa yang saya baca di surat yang dibawa itu.

Dikala saya mencoret berkenaan bakal ibu untuk bakal anak saya, dua orang ibu baru sahaja pergi. Antara faktor menolak hidup single adalah kerana tidak sempurna hidup seorang lelaki tanpa perempuan.

"Daripada berkahwin dengan Ariji yang sudah tentu sesat itu, lebih baik saya kahwin dengan Jeragang."

Ayat ini yang boleh saya gambarkan pernah saya baca di Internet suatu ketika dahulu. Ketika itu, saya dengan Jeragang 'sibuk' dengan berdialog agama. Perempuan itu, setahu saya, seorang yang 'anti-suami orang'.

Secara amnya, perempuan itu ada asasnya apabila berkata sebegitu. Yang kurang asasnya adalah kerana menghukum tanpa merujuk kepada Kitabullah.

Tenaga saya untuk mencoret tentang tajuk ini pada malam ini agak kurang. Jam pun menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi. Ada baiknya saya berhenti dahulu. Esok pagi ada kelas.

Ada dalil-dalil yang boleh diletakkan. Faktor kekurangan tafsir Bahasa Malaysia yang lengkap dan cukup baik antara punca ia tidak disertakan pada coretan kali ini. Biasanya saya tulis tafsir sendiri dalam tulisan lepas.

Ada juga yang diambil daripada Universiti Islam Antarabangsa. Tafsir itu asalnya daripada Sakhr International. Mungkin kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan diletakkan di halaman web Universiti Islam Antarabangsa.

Allah Maha Bijaksana, semoga Dia kurniakan saya seorang teman hidup yang diredhaiNya.

Wallahualam.

No comments: