Saturday, 3 April 2010

Mazhab Sunni dan Amalan Berkhatan

Imam Malik menfatwakan bahawa hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, dari perspektif mazhab Sunni, dibolehkan menolak amalan berkhatan. Ini kerana dari perspektif mazhab Sunni, meninggalkan amalan sunat adalah tidak berdosa.

Apatah lagi apabila al-Qaradawi menfatwakan bahawa hukum berkhatan bagi perempuan adalah harus, dengan hujah bahawa tiada dalil yang kukuh bagi mewajibkan amalan berkhatan ke atas perempuan.

Antara hujah lain bagi menolak amalan berkhatan adalah;

1) Amalan ini bersumberkan daripada Israeliyyat.

Abu Hurairah dikategorikan sebagai antara periwayat Israeliyyat, dan dipercayai meriwayatkan hadis berikut;

Berkhatan Nabi Ibrahim ketika baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Riwayat hadis ini hampir menyamai ayat tertentu di dalam Kitab Kejadian, antara bezanya dari segi umur Nabi Ibrahim ketika berkhatan. Mari kita perhatikan Kitab Kejadian 17:24.16;

Ibrahim berumur sembilan puluh sembilan ketika dia dikhatankan.

2) Allah menyempurnakan penciptaan manusia.

Ini berdasarkan dalil daripada Surah As-Sajdah ayat 7;

Yang menyempurnakan segala-galanya yang Dia ciptakan dan Dia mulakan penciptaan manusia daripada tanah.

3) Air kencing sebagai faktor kekotoran.

Mereka mendakwa bahawa kulup itu kotor. Seolah-olah inovasi mereka terhadap kejadian manusia lebih bijaksana daripada yang Maha Bijaksana.

Padahal, yang mengotorkan itu adalah air kencing. Maka sepatutnya air kencing itu yang perlu 'dipotong'.

Atau mereka sepatutnya memotong jari mereka selepas menyentuh tahi? Kenapa tidak saja mereka buang usus perut mereka yang menyalurkan najis itu?

4) Teori bahawa Nabi Muhammad dikhatankan oleh Abu Mutalib.

Dengan teori ini, maka amalan berkhatan adalah Sunnah Abu Mutalib, bukannya Sunnah Nabi Muhammad.

5) Cubaan mewujudkan fitnah bagi menegakkan benang yang basah.

Ada teori yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan. Teori ini menjelaskan bahawa baginda dilahirkan dalam keadaan cacat.

Ada juga teori yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad dikhatankan oleh Malaikat Jibrail. Kedua-dua teori ini ditolak oleh Al-Qaradawi.

6) Amalan berkhatan boleh membawa maut.

Ada kes bayi maut akibat berkhatan.

7) Membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah bagi tujuan keagamaan adalah dianggap jahat.

Ini berdasarkan dalil daripada Surah An Nisa' ayat 119;

"Dan aku akan menyesatkan mereka dan membangkitkan nafsu mereka, dan aku akan mengarahkan mereka, supaya mereka akan tandakan telinga-telinga binatang ternakan, dan aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil Setan sebagai penyokong selain daripada Allah, maka dia benar-benar sesat satu kesesatan yang hebat.

8) Al-Quran mengesahkan dan menggantikan Kitab-kitab sebelumnya.

Al-Quran mengesahkan dan menggantikan Kitab Taurat. Dengan turunnya al-Quran, maka terungkailah kekeliruan dan kepalsuan yang terdapat dalam Kitab Taurat versi tidak asli.

Ini berdasarkan dalil daripada petikan Surah al-Maidah ayat 48;

Dan Kami telah menurunkan kepada kamu Kitab dengan kebenaran, mengesahkan apa sebelum bagi Kitab itu dan menggantikannya...

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat. Aku adalah muhd abdillah yang telah menghantar mesej kepada kau melalui youtube mengenai berkhatan. dan aku minta kerjasama baikmu agar memaparkan hujahku itu didalam blog mu seperti kau pernah memaparkan beberapa hujah orang lain. marilah kita berbincang dengan adil.
orang mukmin berdiri di atas hujah dan dalil yang teguh.mari kita lihat siapa yang salah maka kita perbetulkan. inilah sifat insan yang menyahut seruan Quran agar membaca dengan nama Allah s.w.t dengan berpesan-pesan dengan hak dan kesabaran. boleh?
Allah berkuasa dalam setiap sesuatu.

Ariji said...

Waalaikumussalam saudara. Ok, saya telah postkan hujah saudara tadi.