Menggunakan perkataan 'zaman' untuk isu ini mungkin tidak sesuai, mungkin juga sesuai. 'Zaman' didefinisikan sebagai 'waktu'. Jika 'waktu kejatuhan' dipilih, rasanya... Hm...
Tahap emosi saya merudum. Saya tidak dapat menipu diri sendiri. Saya masih ada hati padanya. Saya pernah melalui situasi ini suatu ketika dahulu.
"Jika awak tidak datang pada malam ini, lupakan saya untuk selama-lamanya!"
Entah, adakah ini dikenali sebagai cinta tiga segi, saya pun kurang pasti. Tetapi kehadiran saya pada malam itu seakan penting, bagi merungkai permasalahan kami bertiga. Ketika itu saya masih dalam keadaan 'jauh' dari 'mendekati' Kitabullah, walaupun sudah ada 'sijil' dari sebuah sekolah agama. Ya, sekolah beraliran Sunni.
Kehadiran saya pada malam itu adalah suatu yang patut, kerana Islam mengsyorkan Syura, iaitu perundingan bersama. Bukan saya tidak mahu pergi. Tetapi oleh kerana perasaan malu, malu kerana mata saya bengkak, setelah kehilangan sejumlah air yang keluar dari lubang kecil itu. "Patutkah mereka melihat mata saya yang bengkak ini?"
Akhirnya saya hadir jua. Tetapi ketika itu mereka mula beredar pergi. Gelanggang squash, di situlah mereka selalu study group bersama kawan-kawan di waktu malam. Saya hanya sempat berbual dengan orang ketiga, atau sayalah orang yang ketiga?
Yang pastinya saya yang mengalah. Saya doakan mereka berdua bahagia. Tetapi mereka putus jua setahun dua kemudian.
Yang ditekankan di sini adalah emosi. Suatu perasaan apabila melepaskan sesuatu yang diingini. Mengikut pengalaman yang itu, penawarnya adalah pengganti. Itulah yang sedang saya cuba cari sekarang ini, namun belum jumpa lagi.
Saya mendapat idea ini, bukan sekali, tetapi untuk kali ke berapa tidak pula saya kira. Saya membelek ahli yang join monotheistic group di Facebook. Ada seorang gadis, dia join group yang menolak amalan berkhatan dan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina.
Bukannya saya ingin melamar dia. Haha. Hendak melamar perempuan bukan main redah saja. Masa saya melamar Hani dahulu pun setelah saya mendapati dia single.
Tetapi sememangnya saya tertarik dengan mereka yang berfahaman monotheistic. Bukankah itu calon yang saya perlu dapatkan untuk dijadikan isteri? Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 221;
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrik sehinggalah mereka beriman. Bagi seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun jika dia membuatkan kamu tertarik. Dan janganlah kamu berkahwin dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Bagi seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun dia membuatkan kamu tertarik. Yang itu mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izinNya. Dia menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka beringat.
Tafsir bagi ayat ini mungkin agak kontroversi. tapi cubalah anda fikir, apabila Allah berfirman bahawa hukuman bagi penzina adalah sebat, manakala Imam Shafie yang 'menyebabkan' jutaan anak perempuan dinikah paksa oleh si bapa, berpendapat bahawa hukumannya adalah rejam sampai mati, yang mana satu anda ikut?
Allah atau Imam Shafie?
Apatah lagi apabila seolah-olah Nabi Muhammad mempunyai 'lesen' untuk melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2. Padahal, mari kita perhatikan Surah An Nisa' ayat 105;
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
Ayat ini menerangkan perintah Allah kepada Nabi Muhammad agar baginda menjadikan al-Quran sebagai hakim terhadap permasalahan manusia.
Dalam erti kata lain, Surah An-Nur ayat 2 sepatutnya menghakimi kesahihan riwayat hadis yang berkenaan hukuman rejam sampai mati. Bukannya dengan ber'taqlid' dengan al-Bukhari atau Imam Shafie.
Padahal, ber'taqlid' itu bercanggah dengan Surah Al-Isra' ayat 36;
Janganlah kamu berpegang kepada apa yang kamu tiada padanya pengetahuan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran dan hati, semua itu akan padanya ditanya.
Dan ini antara kelemahan al-Bukhari dalam melakukan proses mengsahihkan riwayat hadis. Adakah beliau 'terlepas pandang' Surah an-Nisa; ayat 105 ketika membukukan Kitabnya itu? Hakikatnya, ribuan riwayat hadis lain telah beliau 'buang' ketika melakukan proses ini.
Kepupusan hadis sahih yang sahih dalam erti kata sebenar, sememangnya satu kehilangan. Apa tidaknya, itu adalah fakta sejarah. Padahal, tiada dalil dalam al-Quran bahawa kesahihan fakta sejarah di luar al-Quran itu terjamin sehingga ke hari Kiamat.
Dan tiada pula wujudnya kitab yang bertajuk 'Sahih Abu Bakar', atau 'Sahih Omar'. Padahal, mereka pernah hidup ketika Nabi Muhammad masih hidup, dan pernah mendengar suara baginda secara live. Sudah tentu kitab hadis mereka lebih mutawattir dan lebih sahih berbanding Kitab Sahih Al-Bukhari.
Isu hukuman ke atas kesalahan zina inilah antara yang terawal saya berdebat dengan Abangsheikh suatu ketika dahulu, sebelum kemudiannya dia menfatwakan bahawa saya telah murtad.
Mungkin masih ramai lagi yang 'sudi' menfatwakan saya sebagai murtad. Tetapi mengikut apa yang saya lalui, isu kafir-mengkafir ini adalah lazim dialami oleh seseorang pengkaji agama. Cuba bilang, berapa banyakkah mazhab Islami yang wujud pada hari ini?
Apabila sampai ke perenggan ini, ingin pula saya tukar tajuknya. Saya cuba mencari-cari untuk sambungkan balik mana-mana isu berkaitan 'zaman kejatuhan'.
Selepas ini, bila terserempak dengan Hani, saya mahu menegurnya. Emel saya dia sudah tidak balas lagi. Facebooknya yang saya request pun tidak diacceptnya. Saya baru saja menjumpai Facebooknya kira-kira sepuluh hari lepas. Itupun rakan perempuan saya yang bagi.
Saya baru sahaja 'mendapat tahu' bahawa sebelum saya, sudah ada beberapa lamaran yang dia tolak. Wah, agak laku juga dia ni rupanya. Haha.
Namun, apabila request Facebook tidak diaccept, ini memberi signal ada something wrong gone somewhere. Kami tidak pula pernah bergaduh sebelum ini.
Mungkin perasaan ini ada kerana belum mengenali jauh lagi hatibudinya. Saya pernah sukakan seseorang, kemudian perasaan itu berganti apabila saya mula mengenali hatibudinya untuk jangka masa yang agak lama atau mungkin tidak lama sangat. Perasaan suka itu bertukar menjadi kasih seorang sahabat.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment