Prestasi akademik saya agak menurun sejak akhir-akhir ini. Seiring dengan motivasi belajar? Ada sesuatu yang tidak kena.
Kira-kira lima minggu lagi sebelum tiba minggu final exam. Masih sempat untuk saya wake up. Apabila mencoret tentang wake up ini, ada sesuatu yang menarik perhatian, oleh kerana main profile picture saya di Facebook adalah berimejkan ayat 'Wake Up Project'.
"Ariji sekarang semakin malas, kata cik tadi di kelas bila awak ponteng." Khamis lepas, saya cuba ponteng lagi kelas subjek itu, gara-gara kerana mengantuk, tetapi gagal apabila didapati kelas itu cancel last minute.
Antara faktornya adalah kesukaran untuk tidur lena pada waktu tengah malam. " Kebanyakan student di sini mengalami masalah ini." kata rakan saya ketika membincangkan tentang isu tidur tak lena.
Pada malam Jumaat lepas, saya tidak tidur malam hingga ke awal pagi. Selepas solat Subuh, saya mengambil kasut yang basah itu. "Pakai je lah kasut basah pun."
Pada suatu malam, seekor kucing telah masuk ke rumah saya tanpa meminta izin dari saya. Lalu ia pergi ke kasut saya yang sedang berjemuran. Kasut itu dijemur kerana telah kebasahan akibat menjalani aktiviti di Pantai Penarik pada Ahad lepas. Sila rujuk kepada coretan blog saya yang bertajuk "Rambut". Walaupun mungkin ia telah kering, tetapi ia dibiarkan saja di situ.
Ia mengangkang. Saya melihatnya. "Seperti ada sesuatu yang tidak kena." Lalu terpancarlah air daripada alat kemaluan kucing itu, menuju ke arah kasut saya.
"Oi...!!!" Kucing itu terkejut mendengar jeritan saya lalu berlari keluar ke arah pintu rumah.
Inilah antara sebab kenapa saya berjogging dengan memakai kasut yang basah pada pagi Jumaat itu, dek kerana kasut itu tidak sempat untuk mencapai status kekeringan air akibat basuhan bagi membersihkannya daripada produk yang dikeluarkan oleh alat kemaluan kucing tersebut.
Pagi itu, saya memasang earphone di telinga. Lagu 'Tunjukkan Aku' dari Boneca. Apabila menulis cerpen ini, ingin saja saya menggunakan pronoun 'aku'. Perkataan tersebut dirasakan lebih sesuai untuk cerpen. Cuma saya ingin consistent dengan pronoun 'saya' dalam tulisan blog ini.
"Apa itu pronoun?" Tanya rakan serumah saya ketika meminta saya mengajarnya Bahasa Inggeris.
"Er, saya lupa, oh, pronoun itu ganti nama." kata saya selepas membaca nota yang dibawanya.
Ketika pulang dari berjogging selepas menuruni bukit, saya perasan ada Hani di situ, dengan beribakan sebuah laptop.
"Agak ramai student yang jogging pada waktu petang." kata seseorang, bukan semasa saya berjalan pulang itu, tapi yang ini adalah flashback yang lain. Ketika di kampung dulu, saya pernah selalu jogging pada waktu petang.
"Anak awak masuk SUKMA ke?
"Kenapa pula?"
"Ya lah. Saya selalu terlihat anak awak jogging pada waktu petang."
Dialog ini yang dapat saya gambarkan, berdasarkan kisah yang diceritakan oleh mak saya suatu ketika dahulu. Mungkin kerana ketika itu 'musim' SUKMA, memberi ilham kepada makcik itu untuk mengemukakan persoalan tersebut.
"Nah." Mak saya menghulurkan sebuah kitab.
Saya menyambut dan melihat kitab itu.
"Ini buku berkenaan hadis." bisik saya. Saya membelek-beleknya.
"Ini adalah koleksi riwayat hadis-hadis yang terpilih." bisik saya.
Hakikatnya, sudah terlalu banyak kerosakan di muka bumi yang terhasil akibat riwayat hadis tertentu yang bersifat fitnah, walaupun ia pernah 'dicop' dengan 'logo' sahih. Padahal, kerosakan itu datang daripada manusia itu sendiri.
Saya masih belum bercadang untuk berjogging pada waktu petang buat masa ini. Pada waktu pagi, suhunya lebih rendah. Tetapi waktu matahari terbenam juga tidak kurang romantiknya. Melihat langit yang colorful itu mengingatkan saya pada Pencipta.
Berbalik semula kepada isu motivasi. Dimanakah target 4 flat saya pada semester lepas? Dimanakah prinsip study first?
Wajah Zira pun sudah tidak kelihatan pada semester ini. Kelibat Faezah juga. Bukan Faezah si penari zapin, tapi ini Faezah yang lain. Mungkin dia sedang menjalani praktikal.
Suatu ketika dahulu dia pernah menjadi 'posman'. Itulah detik perkenalan saya dengan Zira, Faezah, dan Sarah. Mungkin mereka semua sedang menjalani praktikal.
Nampaknya coretan saya kali ini sifat melencongnya agak tinggi. Lihat saja tajuknya, 'Motivasi'; tetapi, sejauh mana ia menceritakan tentang motivasi? Sekian dahulu coretan kali ini.
Wallahualam.
Sunday, 4 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment