Assalamualaikum sahabatku Ariji.
Aku pasti telah ramai yang menegur akan apa yang telah kau ketengahkan. Biarlah aku menjelaskan pendirian kaum muslimin mengenai berkhatan sekadar dengan ilmu ku ini. Aku juga berharap kau dapat memaparkan hujahku ini didalam blog kau untuk kebaikan semua, mari kita berhujah dan memberi pandangan masing-masing secara professional dan secara intelektual demi keredhaan Allah yang Maha Mengetahui.
Ketika kau membuat kenyataan ini adakah kau telah berfikir bahwa jutaan muslimin telah menyahut seruan sunnah ini sejak dari zaman dulu hingga kini malah amalan ini tidak mungkin akan mati dalam dunia ini selagi Allah mengizinkan. seperti yang telah kita ketahui bahwa injil dan taurat tidak diimani oleh kaum muslimin. Namun semua muslimin wajib percaya bahawa Allah s.w.t pernah mewahyukan kitab ini pada Nabi Musa dan Isa. dan Quran juga telah mengesahkan bahwa kebenaran kedua-dua kitab tersebut. jadi aku ingin bertanya adakah boleh kita mengikut apa yang ada di dalam injil dan taurat? Quran tidak mengatakan bahwa kedua kitab suci ini sesat bukan. Malah ada jaminan untuk segelintir Ahli kitab yang tidak menganut islam akan masuk ke syurga! jadi adakah ummat Islam boleh berhukum dengan taurat dan injil??
tidak benar sama sekali Ariji b. Basri
Dia menurunkan Al kitab ( Al Quran ) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. al-imran .3
adakah taurat dan injil benar?
boleh berhukum dengannya?
sudah tentu kita boleh berhukum dengan taurat dan injil selagi ia mempunyai pengesahan dari Quran dan Hadith. Dan kita tidak boleh mengikut apa yang ada di dalam al-kitab kerana Quran dan hadith adalah penggantinya, jadi ibadahnya mungkin lebih kurang namun kita bertegas hanya mengikut Quran dan Sunnah.
Kau juga ada mengatakan tiada ayat selain ayat Quran dijaga Allah. Benar? Bagaimana dengan hadith? Bagaimana umat islam tidak pernah berkelahi dalam menentukan 5 waktu solat?? Sedangkan syiah yang sesat juga berpegang dengannya. Bagaimana pula tatasusila solat? Cara berpuasa? Berzakat? Berhukum dengan apa yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w.
Kita diwajibkan menerima secara total apa yang telah Nabi Muhammad s.a.w terangkan pada kita. Baca Quran jika tidak percaya saya. Jadi bagaimana kita menerima dari nabi? Pergi ke kuburnya atau mengamal hadithnya? Sememangnya Al-bukhari bukanlah maksum. Beliau juga pasti tersalah. Ada hadith yang disahih oleh beliau juga telah dikritik.namun keseluruhannya adalah dijamin baik dan ummat islam tidak pernah dilarang mengkaji hadith dari Al-bukhari dan imam Muslim seperti mereka ini Nabi pula. Namun jika benar kita mahu yang Hak maka kedua ulama ini amat penting kerana mereka adalah diantara insan yang dipilih Allah untuk mendidik ummat islam terus kepada Nabi s.a.w bukan dari kepala otak mereka sendiri. Malah jika kita ingin menolak sesuatu hadith Bukhari adalah dibolehkan namun perlu ada hujah dari Quran atau hadith sahih lain yang memperkatakan sesuatu dan menyokong tindakan kita untuk kita tidak menerima hadith tersebut. Ini adalah bukti kita tidak bertaklid pada al-Bukhari. Namun kitab nya amat sahih dan perawi serta sanandnya amat kuat dan amat meyakinkan serta langsung tidak bercanggah dengan Quran. Oleh itu kita perlu ada ilmu serta hujjah dan dalil daripada Quran dan Sunnah jika kita ingin berbeza dengan hadith al-Bukhari kerana beliau hanya mengumpul hadith yang benar-benar sabit kepada Nabi s.a.w dan bukannya dari ilmu beliau sendiri. Faham?
Ribuan hadith diulang sehingga ramai orang yang mempelajari hadith telah bosan kerana ribuan kali menjumpai hadith yang sama maknanya namun lain sedikit dari segi sebutan,peristiwa dll. Namun tidak ada hadith sahih yang bercanggah satu sama lain. Malah tidak orang yang mampu mencipta hadith kemudian dianggap sahih.
Kami menurunkan Al-Zikir dan kami yang menjaganya. al-hajr .9
mengapa Allah mengatakan Al-zikir, bukannya ditulis Kami menurunkan Al-Quran dan kami yang menjaganya........mengapa ayat zikir yang digunakan? apakah maksud zikir didalam ayat itu? Ini adalah bukti menunjukkan bahawa hadith sahih juga dijaga! Dijaga melalui perawi dan sanad yang ditentukn oleh Allah s.w.t.
Zikir adalah suatu istilah dalam agama Islam. Ia merujuk kepada beberapa lafaz yang tertentu yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai wasilah (cara atau jalan) menghadirkan ingatan manusia kepada Allah. Ia merupakan suatu suruhan oleh Allah agar kita berzikir padanya siang dan malam melalui satu jalan iaitu melalui sunnah Rasulullah SAW. Adapun mereka yang mencipta sesuatu yang baru adalak tertolak. Inilah disiplin islam. Menyebutnya akan memberikan kita bukan sahaja satu pahala tetapi banyak. Pahala mengikut sunnah, pahala memuliakan lafaz zikir yang Allah ajarkan, pahala ingat kepada Allah dan kebesaranNya. Solat juga dianggap zikir. Didalam Quran Allah memerintahkan agar ruku' bersama orang yang ruku'. siapa yang ruku'? yahudi juga ada yang ruku'. yang ruku' ketika solat. tidak ada manusia yang menjaga solatnya jika dia mengatakan hadith itu adalah satu 'cerita' 'kisah' dan menganggap dongeng sahaja sunnah dan hadith itu kerna semuanya telah lenyap. maka fikiran ini melahirkan rashad khalifa. dia juga dikatakan solat. dia juga menolak hadith. lalu jadilah kejahilan yang amat. solat bersama wanita yang tidak tutup aurat. akhirya diri mengaku Nabi pula. gawat. jahil!
Adakah tertulis didalam Quran bahawa solat itu 5 waktu? mengapa sejak dari zmn Muhammad s.a.w solat itu 5 waktu tidak diubah hingga kini? siapa yang menjaganya kalau bukan Allah???
gitulah zikir yang dijaga. tidak mungkin diubah lagi. adakah dengan sombong kamu menyampahkan Abu hurayrah dan imam Bukhari sedangkan apa yang mereka usahakan itu telah dijamin hingga kini dan tidak ada tokok tambah lagi pada hadith! mereka tidak maksum. tidak semua hadith bukhari diterima sebagai sahih.ada yang boleh diperluas atau diperbincang.
hadith yang diyakini selalunya banyak ulangan. Jadi mengapa risau? kamu tidak belajar hadith bagaimana kamu tahu mengurusnya?
berbalik pada injil dan taurat td. didalam kitab ini jelas Nabi Ibrahim,ismail,ishak dan Isa a.s. semuanya berkhatan.
3,95. Katakanlah (Muhammad): "Benarlah Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik
124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata, "dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
3,95. Katakanlah (Muhammad) "Benarlah (apa yang difirmankan) Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.
Berkhatan adalah fitrah begitu mencukur bulu-bulu juga adalah fitrah. Ini yang dikatakan oleh Hadith sahih mengenai berkhatan.
sekali lagi saya ingin katakan bahawa kita boleh berhukum dengan tauratdan injil selagi ada pengesahan dari Quran dan Hadith. Terdapat seperti apa yang telah kita kerjakan sama dijumpai dalam alkitab. Seperti wudhu, solat, puasa pemakaian hijab, haramnya babi,arak dan banyak lagi. Ini kerana 3 agama samawi agama wahyu dari langit . maka apa yang wujud didalamnya adalah mustahil dipertikai.
aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah.
Ini adalah kenyataan syaitan yang telah Allah beritahu kita dalam ayat 119 surah an-nisa. Adakah orang yang berkhatan menerima arahan dari syaitan? Besar sungguh tuduhan mu ini. Adakah anak kecil yang dikhatankan dari dulu hingga kini sentiasa mendengar arahan setan? Adakah Quran tersalah? tidak! Kamu yang salah dan jahil. Nabi s.a.w ada menyebutnya didlm hadith sahih. malah jutaan orang yang berkhatan adalah kehendak ibu-bapa yang membawa anak-anak kecil mereka bagi memenuhi tuntutan Allah agar kita mengikut agama Ibrahim a.s. dan berlandaskan sunnah Nabi! Bukan setan! Ini amat berbeza. Malah tidak dapat dinafikan berbagai penyakit kelamin dapat dielakkan jika berkhatan. Termasuk HIV!
Manusia mengikut atas dasar taqwa bukan jahil.
engkau yang tidak berfikir.
kalo khatan apa yang telah kita ubah?? adakah alat kemaluan itu tiba-tiba boleh makan nasi? Alat itu jadi seperti perempuan?? atau fungsinya masih sama?
Utk kencing, dan mengadakan seks.masih tidak diubah pon ciptaan Allah itu!
maka bacalah dulu Ariiji sebelum Allah mempermainkan kau dengan lebih sesat lagi. Assalamualaikum sahabatku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment