Friday, 23 April 2010

Bunga dan Kumbang

Ketika saya menulis ini, saya sedang melayan lagu 'Kisah Aku' nyanyian band Marvells. Lagu ini 'kena' dengan saya ketika ini. Yang penting ia membuatkan morale saya meningkat sedikit sebanyak. Beberapa hari lepas, morale saya boleh dikatakan pada nilai sifar.

Melihat 'aksi' yang menceriakan seperti 'dua wajah bulat', itu hanya untuk menceriakan saya.

Sahabat saya yang sedang menuntut di US ketika ini memberikan link ini kepada saya tadi; http://www.zaharuddin.net/content/view/928/72/

Saya juga baru saja membaca blog Mohd Asri, ada baiknya Abdillah renung-renungkan; http://drmaza.com/home/?p=1107

Apapun, saya akan mula menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Abdillah dalam pertengah bulan Mei nanti akibat faktor final exam yang bakal menjelma.

Saya menulis kali ini pun sekadar berehat akibat mentelaah pelajaran tadi.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku kagum dan amat suka apabila seorang sahabat kau memberi link web Ust.Zaharuddin pada kau. Aku kenal akan beliau serba serbi. beliau adalah seorang yang alim dalam bidang perbankan islam serta fiqh-fiqh rumit yang terkandung didalamnya. ketika membaca link ust Zaharuddin aku terjumpa beberapa petikan menarik yang aku berpendapat sahabat kau memang mahu menyedarkan kau dengan memberi link ini. Amiin.
ini adalah petikan yang patut kau renung-renungkan sedalam-dalamnya

sedikit kenyataan Al-Fadhil Ust Zaharuddin mengenai kes seperti kau.

((FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI

Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada ‘foundation' yang kukuh.

Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.))

*perkara ini amat penting. kerana Agama kita juga bukan sahaja boleh dipertahankan dengan pedang, malahan Allah s.w.t telah merahmati kaum muslimin untuk mempertahankan agama-Nya dengan dalil dan hujah!
Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi juga berpendapat bahawa Islam bakal mengusai eropah dengan menggunakan ilmu bukan pedang!

Ada baiknya kau mulakan solat 5 waktu dahulu dan mengharap keberkatan dari Allah Azzawajalla.

Mengenai artikel Dr.Maza itu lebih baik kau baca semula sebelum menyuruhkan aku renungkannya. Sebaliknya kaulah patut renungkan rencana itu kerana artikel itu adalah kata-kata Dr.Mahathir Muhammad. Bukannya Dr.Asri!
Apala kau.......

Dr.Maza adalah pakar bidang Hadith! kau pula memusuhi bidang kepakaran yang beliau cuba pertahankan hingga fitnah menimpa dirinya. Kau bukannya mengikut Dr.Asri pun. kau tolak hadith malah menolak untuk digelar 'golongan Sunnah'.

Apa kau ingat akal kau boleh bawak masuk syurga??!
xboleh la hentam bodoh-bodoh je bab-bab Agama ini.
Terus terang aku katakan
sebenarnya orang seperti kau ini ada banyak!
iaitu mereka yang konfius dan terburu-buru serta menjadikan firasat dan andaian sebagai 'Driver' mereka.
lebih-lebih lagi diluar negara.
Mereka termakan hujah bodoh.
sedangkan puak syiah juga ada yang berhujah dengan Quran dan Hadith!
Xkanlah bodoh-bodoh je kita kata Na'am!(Ya) pada mereka.
Kes-kes kau ini biasanya kerana internet. lebih-lebih episod siri
'The Arrival' . (aku khuatir siri ini ada unsur2 syiah sedikit).
Namun ia memang bermanfaat.
Ramai yang mula bertanyakan tentang Freemason dll, lebih2 lg bdk sekolah menengah. (culture shock) haha.
sebilangan kecil ada yg mula membaca ttg islam dgn lebih mendalam. kebanyakkan mereka berguru dgn 'internet'.
tidak salah kita byk membaca bahan di internet namun adalah salah jika kita dengan bodoh bahlul percaya bodoh-bodoh bahan diinternet.
Internet banyak kesalahan. Ribuan yang mempromosi islam namun pd masa yg sama jutaan pula yang'mensesatkan' islam.
Disini kita perlu ada ilmu dan pembimbing. Jika mahu belajar tentang islam tanyalah pada yang alim bukannya yang jahil dan kafir.
jangan nanti mendabik dada di depan orang ramai dengan bongkak pakai baju cantik tapi seluar xpakai. Malu!

kita kena jadi pandai bukannya memandai-mandai.
Teruskan mengkaji Islam,
Hentikan andaian.

Wallahu'Alam bissawab.