Saturday 31 July 2010

Hukum Menyimpan Janggut

Sila perhatikan dialog berikut yang saya reka;

Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut?

Abdillah:
Imam Malik berpendapat bahawa hukumnya wajib, manakala Imam Syafie berpendapat bahawa hukumnya sunat.

Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut yang sebenar-benarnya? Sunat atau wajib?

Abdillah:
Saya sudah jawab soalan itu tadi. Ada dua pendapat.

Ariji:
Pendapat mana yang betul?

Abdillah:
Saya rasa pendapat Imam Shafie yang betul.

Abangsheikh:
Wahai Abdillah, apakah itu mentaati Rasul namanya? Apabila Rasul memerintahkan kamu menyimpan janggut, kamu sepatutnya dengar dan taat, bukannya mencari-cari pendapat ulama yang membenarkan kamu untuk melanggar perintah Rasul.

Abdillah:
Tetapi tidak salah bukan, jika kita mengambil pendapat Imam yang lain?

Abangsheikh:
Nampaknya kamu tidak ikhlas mentaati Rasul sepenuhnya. Kamu cuba mencari dalih. Padahal, kita sebagai umat Islam wajib mentaati Rasul.

Ariji:
Jika menyimpan janggut hukumnya wajib, ini bermakna Imam Syafie telah membuat kesilapan dalam mengeluarkan fatwa. Jika hukum sebenarnya adalah sunat, maka Imam Malik pula yang silap. Apakah mungkin kedua-duanya benar? Padahal jelas kedua-duanya berbeza.

Abangsheikh:
Sudah tentu Imam Syafie yang telah membuat kesilapan, kerana kita wajib mentaati Rasul.

Abdillah:
Maksud kamu, saya berdosa kerana tidak menyimpan janggut?

Abangsheikh:
Ya, benar. Bertaubatlah wahai Abdillah. Mulai sekarang, simpanlah janggut. Kita bukan sahaja diwajibkan mentaati Allah, tetapi juga mentaati Rasul.

Abdillah:
Saya faham maksud kamu. Tetapi saya lebih kepada mazhab Syafie.

Ariji:
Saya pula tidak bermazhab. Menyimpan janggut hukumnya harus.

Abangsheikh:
kamu sesat wahai Ariji. Bertaubatlah.

Ariji:
Apakah kamu menyamakan mazhab dengan Islam?

Abangsheikh:
Bermazhab Sunni adalah Islam yang sebenar.

Wallahualam.

Friday 30 July 2010

Taliban, Amerika dan Israel


Dari satu sudut, puak Taliban 'membantu' US bagi mendapatkan hasil minyak atau sekurang-kurangnya 'bekerjasama' bagi melebarkan lagi empayar US di Asia Tengah.

Antara perbezaan pendekatan yang digunakan antara US dan Israel adalah, US lebih prihatin terhadap penjenamaan negara. US memerlukan sebab yang kelihatan 'baik' untuk menjajah, manakala Israel lebih 'jujur' terhadap kejahatannya.

Afghanistan adalah pengeluar candu terbesar di dunia. Adakah mereka tidak nampak persamaan antara candu dengan arak?

Wallahualam.

Wednesday 28 July 2010

Rela

Semalam saya telah mendaftar sebagai anggota RELA.

"Ariji, marilah mendaftar RELA."

Ada dua kawan saya bernama Jue. Ini bukan classmate saya, tetapi Jue yang lain.

"Awak sudah daftar belum?"

"Sudah."

Jue, saya mula mengenalinya kira-kira akhir bulan Februari lepas. Wajahnya masih bulat seperti dulu.

Wallahualam.

Monday 26 July 2010

Bebelan

Komen dari pekomen yang berbentuk bebelan atau beremosi tahap lima bintang mungkin tidak patut dijawab.

Mari kita perhatikan petikan Ridhuan Tee dari blognya;

Inilah sikap yang membelenggu umat Islam. Justeru, saya sememangnya tidak ada masa untuk membalas kecaman picisan yang dilakukan. Lagipun membahaskan isu remeh-temeh tidak membangunkan minda.

Bak kata orang tua;

"Bila orang tua membebel, jangan menjawab."

Wallahualam.

Ridhuan Tee

Membaca tulisan Ridhuan Tee di suratkhabar semalam ada sesuatu yang menarik. Rupa-rupanya, tulisan itu boleh diambil dari blognya.

Sekilas membaca tulisan di blognya, agak menarik. Saya akan cuba mengikuti perkembangan tulisan beliau.

Berikut petikan beliau di blognya, sila rujuk; http://ridhuantee.blogspot.com/2010/07/jangan-membuang-masa.html

Pada masa sama, penggunaan ESQ perlu dibuat dengan berhati-hati dan dibahaskan secara akademik. Kita tidak boleh bertindak membabi-buta dan terlalu taksub dengan ESQ. Kerana dalam Islam kita ada Q (Quotient) lain yang lebih mantap seperti Quranic Quotient (QQ) atau Tawhidic Quotient (TQ). Sudah tentu QQ dan TQ lebih jelas maknanya daripada ESQ.

Beliau juga mendakwa bahawa beliau sering diserang oleh komen atau feedback negatif yang kurang membina di blognya.

Saya pernah mengikuti rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dimana beliau sebagai moderator. Ada ketika ahli panel kurang menjawab soalan yang dikemukakan beliau, seperti isu wanita di negara Arab tertentu.

Ahli panel kemudian menjadikan Khadijah sebagai contoh tauladan bagi wanita mencapai kejayaan.

Tulisan beliau mungkin pedas bagi pihak tertentu. Ini lazim terjadi apabila seorang pendakwah cuba menasihat dari dalam.

Kita boleh mencari seribu sebab untuk menyalahkan Barat atau Eropah, atau puak Zionist dan sebagainya. Kenapa kita tidak merenung umat Islami itu sendiri?

Mungkin ini yang dilakukan oleh beliau, cuba menasihat dari dalam. Jika anda lihat tulisan di blog saya, saya lebih mengkritik umat Islami sendiri, berbanding umat yang lain.

Wallahualam.

Sunday 25 July 2010

Buku

Saya akan mula menulis sebuah buku dengan lebih serius. Insyallah, saya akan gunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Semoga buku ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat yang berminat tentang Islam.

Bak kata pepatah yang diinovasi sendiri;

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan buku."

Dimanakah belang yang ditinggalkan harimau? Jika buku, memang banyak ditinggalkan manusia.

Wallahualam.

Thursday 22 July 2010

Perancangan, Petanda dan Jasa

Setakat ini, saya telah membuat perancangan hidup hingga ke umur 30 tahun. Lebih dari itu, agak kabur, kerana ia bergantung samada saya telah berkahwin atau belum. Sudah tentu berbeza, hidup bujang seperti Syafinaz, atau menjadi bapa seperti... Sila cari contoh sendiri.

Harga barang akan naik. Ini sememangnya sentiasa berlaku di Malaysia, soalnya cuma kadarnya cepat atau lambat sahaja.

Selagi penggunaaan wang fiat dilaksanakan, harga barang sememangnya akan naik dari semasa ke semasa. Keburukan konsep ini akan makin jelas kelihatan apabila berlakunya perang, ketika itu fokus akan diberi kepada emas perak berbanding helaian kertas.

Apabila saya mencoret bahawa umat Islami mundur dari aspek ekonomi dan teknologi, bukannya saya bermaksud bahawa saya seorang jutawan. Tetapi saya melihat isu ini dari sudut global. Siapakah yang menerajui aspek ekonomi dan teknologi pada hari ini? Adakah umat Islami?

Apabila rakyat Palestin menggunakan batu bagi melawan kereta kebal, bukankah itu satu petanda?

Apabila puak Zionist memiliki 'mesin pencetak wang', bukankah itu satu petanda?

Apabila tiada negara Islami bertaraf negara maju, bukankah itu satu petanda?

Apabila Arab Saudi yang menjadi penguasa minyak terbesar di dunia gagal merobohkan tembok di Gaza, bukankah ini satu petanda?

Apabila kegiatan Honor Killing masih berleluasa di Palestin, bukankah ini satu petanda?

Saya rakyat Malaysia, menetap dan membesar di Malaysia. Jika hujan di Malaysia, saya juga yang basah. Jika kemarau di Malaysia, tekak saya juga yang haus.

PAS berjasa apabila mengajar saya Bahasa Arab dan al-Quran.

UMNO berjasa kepada saya kerana mengelak Malaysia daripada diserang unsur 'Talibanisasi'.

KEADILAN berjasa kerana bertoleransi terhadap pluralisme agama.

Apa-apa sahaja yang ke arah kebaikan adalah berjasa.

Saya seorang yang mempunyai banyak cita-cita, dan saya mahu menggapai semuanya.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Tuesday 20 July 2010

Ketika Cinta Bertasbih Bhg. II

Saya baru saja menonton filem Ketika Cinta Bertasbih episod kedua. Konflik perkahwinan yang agak komplikated dipaparkan.

Saya dapat memahami filem ini dengan baik. Kisah si lelaki mengejar cinta, pengorbanan si lelaki terhadap si dia, kesilapan si lelaki dalam membuat keputusan, sensitiviti jiwa kaum Hawa, campurtangan orang tua dalam perkahwinan si anak, dan kelarisan si heroin yang laku seperti 'pisang goreng panas'. Semua itu realiti yang benar terjadi dalam masyarakat Melayu.

Kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu agama agak menarik. Dari perspektif akhlak pula, ada contoh yang kurang baik, seperti adegan si isteri menengking si suami kerana si suami merahsiakan penyakitnya.

Mari kita perhatikan Surah Luqman ayat 19;

Dan rendah hatikanlah dalam cara kamu berjalan dan rendahkanlah suara kamu. Sesungguhnya suara yang paling sumbang adalah suara keldai.

Ayat di atas menjelaskan nasihat si bapa kepada anaknya, dimana suara yang rendah itu lebih baik daripada suara yang tinggi apabila bercakap.

Antara pengajaran yang lain adalah berhati-hati apabila memandu. Si hero dan ibunya yang meneruskan perjalanan dengan motosikal dalam hujan lebat agak mengejutkan saya. Kenapa tidak tunggu saja hujan serik terlebih dahulu? Bukannya tiada tempat berteduh, kerana mereka dari rumah kawan.

Mungkin si penulis skrip 'desperate' mahu 'mencabut' nyawa satu watak. Saya tidak menjumpai sebab yang baik kenapa mereka perlu tergesa-gesa meneruskan perjalanan.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Monday 19 July 2010

Pekomen Bhg. VII


hukum rejam tidak memansuhkan hukuman sebat. pemikiran kau yg hanya berdasarkan logik tapi menolak Hadith Nabi s.a.w adalah perbuatan KUFUR. hukuman rejam adalah utk 'Muhsan'. Hadith ini tdk bercanggah dgn Quran malah ia tdk tergolong dlm status dhaif pun. ia adalah Hukum Allah Azzawajall. perbaharuilah ilmu kau Ariji sebelum kau mati dlm sesat dan kebingungan.
http://www.youtube.com/watch?v=DYP9Cypb0VE

 1) Riwayat hadis berkenaan hukuman rejam sampai mati itu adalah hadis palsu.

Menuduh bahawa Nabi Muhammad melakukan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina adalah bercanggah dengan riwayat hadis yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad adalah 'al-Quran yang berjalan' itu sendiri.

2) Menjatuhkan hukuman melebihi had yang ditetapkan Allah adalah zalim.

3) Apakah muhsan telah kehilangan jantina? Surah An Nur ayat 2 dengan jelas dan terperinci menyebut 'penzina perempuan' dan 'penzina lelaki'. Mereka yang telah berkahwin sepatutnya masih memiliki jantina.

4) Mengatakan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina adalah hukum Allah boleh membawa kepada syirik.

5) Alasan bahawa saya 'bersalah' kerana menggunakan logik adalah alasan yang biasa digunakan oleh penganut Sunni. Adakah saya bersalah juga kerana berjalan menggunakan kaki, dan makan menggunakan mulut?

Adakah saya perlu mendengar dengan menggunakan ketiak, dan menghidu dengan menggunakan telinga supaya dilabel sebagai 'tidak bersalah'?

Apakah saya diharamkan untuk berfikir dengan menggunakan akal?

6) Dengan menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, dengan sendirinya tertolak Surah An-Nur ayat 2, kerana muhsan masih berjantina.

Wallahualam.

Sunday 18 July 2010

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. III

Si Abdillah mendakwa bahawa dia mentaati Rasul dengan menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Dalam pada yang sama, dia membutakan matanya dari Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Dalam ayat di atas, tidak disebut pun tentang 'Hadis Nabi'. Tetapi Rasul menyebut 'al-Quran'.

Bahkan, si Abdillah meragui al-Quran sebagai sumber hukum Allah yang terperinci sebagaimana diterangkan dalam Surah Al An'am ayat 114;

"Haruskah aku mencari selain daripada Allah sebagai hakim apabila Dia telah menurunkan kepada kamu Kitab yang penuh terperinci?" Orang-orang itu yang Kami berikan Kitab tahu ia adalah diturunkan daripada Tuhan kamu dengan kebenaran; maka janganlah menjadi yang ragu-ragu.
 
Hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina not described dalam al-Quran, maka ia adalah bukan hukum Allah. Padahal, mereka telah terpedaya dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/04/konspirasi-fitnah-terhadap-nabi.html
 
Apakah si Abdillah lupa atau buat-buat tidak tahu, bahawa Imam Empat 'pujaan'nya itu tidak hidup pun pada zaman Nabi Muhammad.
 
Mari kita perhatikan pesanan Omar al-Khattab;
 
Aku mahu menulis tradisi, dan aku teringat orang sebelum kamu, mereka menulis kitab lain untuk diikuti dan meninggalkan Kitabullah. Dan aku tidak akan sekali-kali, aku bersumpah, menggantikan Kitabullah dengan apa sekalipun." (Jami' Bayan Al-Ilm, m/s 67)

Mazhab Sunni, walaupun saya percaya bahawa mazhab Hanafi tidak original dari Abu Hanifah, adalah muncul selepas zaman Omar al-Khatab.

Abdillah yang kononnya menghormati Omar al-Khatab, namun pesanan Omar al-Khatab ini bagaikan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.

Mari pula kita perhatikan Surah al-Baqarah ayat 165;

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan.

Wallahulam.

Saturday 17 July 2010

Pekomen Bhg. VI

Bagi menjawab hujah pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=7937799259613223624

Dalam mazhab Sunni, ada satu istilah yang dinamakan 'dalil naqli'. Naqli adalah antonim kepada akal, membawa maksud 'tidak berakal')
*seperti biasa, ketidak fahaman kau tentang islam memang ditahap AMAT LEMAH. 'Dalil Naqli' merujuk kpd hukum dr Quran,Hadith,ijmak dan Qiyas. Manakala ada pula 'Dalil Aqli' yg merujuk kpd penggunaan akal.Sila belajar dgn baik. Apakah kau samakan kitab Allah dll dgn binatang2 yg kau sebutkan itu??? itu tidak termasuk dlm Dalil Naqli!!!

Kufurnya perbuatan seperti ini!!!

MasyAllah! Innalillah........ apakah kau igt binatang2 itu tidak mencari makanan? tmpt tggal? malah dlm Quran pun ada ceritakan binatang juga bekerja dgn Nabi a.s!


apakah kau pasti mereka tidak berakal???


balik dan belajar!!!

Keenggan si Abdillah menggunakan akal bagi memahami al-Quran umpama seekor kucing yang tidak mahu menggunakan mulut untuk makan. Barangkali kucing itu lebih suka menggunakan lubang hidungnya untuk makan.

Bayangkan, untuk memahami pelajaran di sekolah dia sanggup menggunakan akal, namun bagi memahami al-Quran dia tidak mahu gunakan akal pula?

Habis, Abdillah menggunakan nafsu bagi memahami al-Quran?

(Mungkin ada orang berpendapat bahawa Mahathir adalah bermazhab Sunni. Pada pandangan saya beliau lebih kepada Mu'tazilah...)
utk membuat dakwaan seperti ini adalah berdosa dan tidak patut sama sekali. ia bukan satu cabang ilmu utk 'berpandangan' dgn prasangka dan ianya bukanlah hal yg penting utk 'dirasai'. walaupun ia benar sekalipun namun hal ini adalah berdasarkan dari prasangka serta ia menududh Tun ini terkeluar dari golongan Sunnah. sekalipun ia benar ia adalah haram utk diperkatakan.


tgk dulu kau itu macam mana.... jgn kisah org lain jika kau sendiri pun tgh kelam kabut lemas dlm kesesatan. jangan berkata2 ttg hal yg kau tidak ketahui atau tidak pasti!
 
Itu hanya pandangan saya.
 
Mari kita perhatikan petikan tulisan Mohd Asri di blognya, sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1186
 
Sebahagian mereka ini terpengaruh dengan pendapat yang agak ‘keras’ yang hanya membenarkan Islam itu dilihat dalam kerangka sesebuah mazhab sahaja,...
 
Coretan Mohd Asri ini 'kena' dengan Abdillah kerana Abdillah 'seakan-akan' melihat Islam hanya dalam kerangka mazhab.
 
(Maka gunakanlah akal dalam memahami Islam dan al-Quran, kerana kita adalah manusia. Mari kita perhatikan Surah al-Mulk ayat 10.......)
*adakah kau pula ingin mendakwa berada dlm golongan mu'tazilah? adakah kau saja meletakkan isu Tun Mahathir dgn hasrat 'mensamakan' kamu berdua?


sukahati kaulah.. adakah kau faham Quran? surah Al-Mulk itu kau sandarkan utk penggunaan akal sbgi rujukan utama? ....XKENA!


Apa kau tidak MEMBACA?


"Jika kami telah MENDENGAR ...Al-Mulk:10


apakah kau begitu terdesak menggunakan perkataan 'mengakal' dlm terjemahan itu???? sedangkan ia lebih tepat diterjemah sebagai MEMAHAMI!


belajar bahasa Arab!


sungguh...kau ini telah amat mencintai akal kau itu hingga sanggup menggunakan taktik seperti munafik dan tidak berilmu.

Perkataan 'memahami' dalam Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Arab, iaitu root wordnya 'fahama'. Dalam Surah al-Mulk ayat 10, perkataan 'na'qilu' digunakan, dimana root wordnya adalah 'aqala', merujuk kepada akal.

Dengan ini, perkataan 'mengakal', atau 'menggunakan akal' lebih tepat bagi penterjemahan itu.

inilah dalil utk tidak meletakkan akal sebagai panduan utama.
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus - Al-Hujuraat:7
Rujukan adalah kembali pada Kitab Allah dan Rasul-Nya!


jika tidak.....maka inilah jadinya
Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya Al-alaq:7
sejurus ayat ini. Allah Azzawajall memberin peringatan bg mereka seperti diatas.
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali .Al-Alaq:8
ini antara ayat2 yg plng awal diwahyukan pada Muhammad s.a.w.


Jadi kita perlu kembali pada Kitabullah dan taat kan isi2nya.
 
Dikala kamu menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, kamu kata kita perlu kembali kepada Kitabullah dan taatkan isi-isinya?
 
Apakah kamu fikir kamu taat kepada Surah An-Nur ayat 2 apabila kamu menyokong hukuman rejam bagi kesalahan zina?
 
Mari kita perhatikan Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

surah Al-Mulk ayat 10 itu menunjukkan MENDENGAR sebelum MEMAHAMI....



jadi kau patutnya ambil iktibar dari itu daripada 'mengakal'... hehe..... mendengar pada siapa? pada Allah s.w.t dan RasulNya!


apakah dalilnya?
Surah Hujuraat ayat 7 adalah dalilnya. manakala byk lg ayat Quran yg memperkatakan dgn Amaran yg keras atau tidak mengenai perihal mentaati Rasul s.a.w!

malah ayat pertama Al-Quran karim adalah BACALAH!!! bukannya FIKIRLAH...jadi ada baiknya ambil iktibar..
-Muhd Abdillah-
 
Ayat al-Quran keluar dari mulut Rasul. Maka mentaati al-Quran adalah mentaati Rasul.

Mari pula kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Wallahulam.

Wednesday 14 July 2010

Mazhab Sunni

Saya sering mengkritik mazhab Sunni di blog ini. Apa itu mazhab Sunni? Apakah keburukan mazhab Sunni? Antara isu yang perlu diberi perhatian adalah antaranya;

1) Akal

Dalam mazhab Sunni, ada satu istilah yang dinamakan 'dalil naqli'. Naqli adalah antonim kepada akal, membawa maksud 'tidak berakal'.

Jika diberi contoh, apakah benda yang tidak berakal, maka antara jawapannya adalah babi hutan, kucing liar, kura-kura, meja, kerusi, juga pinggan mangkuk etc.

Maka tidak hairanlah bila ada penganut Sunni yang sanggup membunuh penganut Syiah hanya kerana penganut Syiah meraikan harijadi Imam mereka.

Tidak hairan juga bila gereja-gereja di Malaysia diserang dan dibom hanya kerana 'berebut' kalimah 'Allah'.

Tidak hairan juga bila anak perempuan dibunuh oleh si bapa hanya kerana dia berpakaian Barat, kemudian menamakannya sebagai 'Pembunuhan Mulia', atau juga dikenali sebagai 'Honor Killing'.

Tidak hairan juga apabila penceraian dikira tiga kali hanya dengan menyebut 'aku cerai kamu' sebanyak tiga kali berturut-turut.

Mungkin ada orang berpendapat bahawa Mahathir adalah bermazhab Sunni. Pada pandangan saya beliau lebih kepada Mu'tazilah, kerana beliau menggunakan akal apabila memahami Islam. Sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1107

Golongan Mu'tazilah terkeluar daripada mazhab Sunni.

2) Wahyu

Dalam mazhab Sunni, riwayat hadis adalah wahyu, walaupun ia adalah digelar sebagai 'riwayat', walaupun sanadnya berjela-jela, walaupun ia disahihkan makhluk kira-kira dua ratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad, walaupun jika ia bercanggah dengan al-Quran, walaupun ia bukan ditulis oleh Allah, dalam erti kata lain, walaupun ia hanya kata-kata makhluk, namun ia adalah wahyu.

3) Setaraf

Dalam mazhab Sunni, dalam isu tertentu al-Quran adalah dianggap setaraf dengan kitab lain seperti isu hukuman bagi kesalahan zina.

Lihatlah bagaimana saya telah diserang oleh seorang penganut Sunni hanya kerana mahu meletakkan darjat al-Quran lebih tinggi daripada kitab lain beberapa bulan lepas. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2009/11/budak-arab-anti-hadis-dan-nasihat.html

4) Mentaati Rasul

Mereka mendakwa bahawa mentaati Rasul adalah dengan mentaati kitab lain yang tidak disahihkan oleh Rasul sendiri, tetapi disahihkan oleh Imam-imam tertentu.

Puak Syiah pun begitu juga, mereka ada kitab lain versi mereka sendiri.

Apakah ayat al-Quran ini bukan datang dari mulut Rasul?

Ya, seolah-olah al-Quran ini bukan disampaikan dari Rasul.

Ya, seolah-olah al-Quran ini disampaikan secara langsung dari Allah kepada mereka tanpa melibatkan Rasul.

5) Kesimpulan

Maka gunakanlah akal dalam memahami Islam dan al-Quran, kerana kita adalah manusia. Mari kita perhatikan Surah al-Mulk ayat 10;

Dan mereka berkata: "Jika kami telah mendengar atau mengakal, kami tidak akan menjadi antara peneman Bakaran."

Bakaran dalam ayat di atas merujuk kepada Neraka.

Wallahualam.

Thursday 8 July 2010

Rakan dan Pelajaran

"Awak, boleh tak tolong menyamar jadi gulfren saya?"

Ayat inilah yang memutuskan perhubungan kami berdua kira-kira empat tahun lalu. Hanieza kelihatan cukup sakit hati dengan permintaan saya itu.

Jika saya tahu ia membuatkannya sakit hati, tidak pula saya mahu mengucapkannya. Dituduh sebagai orang ketiga bagi pasangan lain, memberi saya idea untuk berpura-pura sudah berpunya.

Hanieza, saya melihatnya menangis beberapa kali. Apa masalah sebenarnya, saya tidak tahu. Saya juga pernah menangis sekali dalam kelas. Mereka bertanya kenapa, tidak pula saya beritahu sebab sebenar. Ketika itu saya dan Hanieza masih berkawan. Ini mengingatkan saya pula kepada Pika, Mira, Diana, alamak, teringat pula kepada Omar, Hafiz dan Shahrul. Tidak lupa kepada Siong, Mei, Ang, sekadar menyebut beberapa nama.

Teringat pula kepada Mimi. Saya pernah belanja dia makan suatu pagi. Terlihat air liur basinya di tepi mulut. Saya sengaja melambatkan untuk menegurnya tentang air liur basi itu sehingga dia menjamu selera. Mungkin dia terlupa untuk basuh muka.

Itu kisah lama. Berbalik pula pada hari ini. Saya bersumpah tidak akan bernikah dengan perempuan yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, sehingga dia beriman.

Hukuman ini berjalan di Iran. Sila rujuk http://us.cnn.com/2010/WORLD/meast/07/05/iran.stoning/index.html.

Ahad ini bermula semester baru. 'Study first', ini prinsip yang pernah saya guna sebelum ini, dan akan guna lagi untuk semester mendatang. Cuma pada semester lepas, prinsip ini tidak begitu diadaptasi.

Satu cara bagi menghilangkan boring adalah dengan mencari fun dengan study. Bila ada teman semasa study seakan pula memberi motivasi. Bayangkan, study seorang diri dalam library yang sunyi.

Semester lepas adalah yang palik teruk sejak saya menuntut ilmu di Terengganu. Prestasi study turun menjunam, tiga kali kena reject dengan perempuan, dan dua kali accident. Agak teruk bukan? Haha.

Saya hampir saja ingin mengambil cuti kerana hampir berputus asa untuk menduduki final exam, gara-gara tidak mahu merosakkan pointer, dan kehilangan motivasi. Dua minggu terakhir, saya pecut, dan saya telah tahu, pointer saya pasti menurun berbanding semester lepas.

Tiada lagi Ira semester mendatang. Saya tertanya-tanya bagaimana dia boleh happy dan ceria sentiasa. Saya suka orang sebegini kerana aura keceriaan mereka sedikit sebanyak saya terkena biasnya.

Ida, senior saya, salah seorang best student di institusi itu. Saya jadikan dia sebagai simbol kerajinan.

Setakat ini dulu coretan.

Wallahualam.

Monday 5 July 2010

Tiga Dalam Satu

"Satu dalam tiga, dan tiga dalam satu." Mungkin ini adalah gambaran istilah matematik yang dibawa oleh agama Kristian. Saya mula belajar agama Kristian sedikit sebanyak selepas 'berkenalan' dengan Zakir Naik. Kemudian 'berkenalan' pula dengan bekas penganut Kristian yang telah menganut Sunni selepas 'diberi' pilihan antara Sunni dan Syiah.

Antara Sunni dan Syiah, pada namanya Sunni kelihatan lebih menarik kerana menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi Muhammad.' Muslim mana yang tidak menyayangi Nabi Muhammad?

Syiah pula, dengan acara tahunan berdarah mengetuk kepala, dan dengan kalimah 'Ahlul Bait', newcomers akan mendahului dengan persoalan umpama berikut; 

"Siapakah Ahlul Bait?" 

"Mereka minoriti, bukan?",

"Ali bukan seorang Nabi, maka Sunni lebih baik, bukan?"

"Kenapa saya perlu mengetuk kepala sampai berdarah setiap tahun?", 

"Saya bukan warganegara Iran, kenapa saya perlu pilih Syiah?", etc.

Teringat pula saya kepada Malcom X. Selepas beliau murtad daripada Nation of Islam, lalu beliau menganut Sunni. Kemudian beliau dibunuh di New York, kemungkinan pembunuhan itu didalangi oleh penganut Nation of Islam.

Mari pula kita perhatikan tiga riwayat hadis berikut;

1) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

2) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

3) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Wallahualam.

Saturday 3 July 2010

Keganasan Bhg. II

Menonton Buletin Utama di TV3 malam tadi mendapat berita bahawa puak Sufi dibom ketika mereka melawat sebuah makam.

Lihatlah puak mazhabi pada hari ini, bukankah lebih baik mereka duduk semeja dan study al-Quran?

Mereka seolah-olah tidak serik mengganas.

Di Malaysia lebih aman, mungkin kerana kekurangan puak Ahmadi, Sufi, atau Syiah. Masjid puak Ahmadi di Indonesia pernah diserang oleh puak Sunni.

Wallahualam.

Mazhab dan Tidak Bermazhab

Al-Quran menerangkan persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wuduk. Secara tidak langsung ia menyerupai mazhab Hanafi.

Bila saya berbuka puasa pada waktu Isyak, maka menyerupai mazhab Syiah.

Bila saya bersahur sebelum Subuh, maka menyerupai mazhab Shafie.

Bila saya sujud dalam Solat, maka menyerupai mazhab Ahmadi jua kerana mereka juga sujud dalam Solat.

Bila saya menentang hukuman rejam bagi kesalahan zina, maka menyerupai Omar al-Khattab.

Bila saya menutup aurat, maka ada menyerupai mazhab Wahabi kerana mereka juga menutup aurat.

Bila saya mengingati Allah, Sufi juga mengingati Allah.

Bila saya menyimpan janggut, maka menyerupai mazhab Hanbali.

Bila saya menyeru agar kembali kepada al-Quran, maka ada menyerupai Salafi.

Wallahualam.

Friday 2 July 2010

Akidah

Saya menekankan tauhid berbanding akidah. Mari kita perhatikan situasi berikut;

1) Ulama A bawa fahaman akidah A
2) Ulama B bawa fahaman akidah B
3) Ulama C bawa fahaman akidah C

Jika kita lihat apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini mungkin berlakunya 'peperangan' akidah.

Perkataan 'akidah' digunakan pihak tertentu bagi melambangkan fahaman tertentu. Mereka yang terkeluar dari akidah tertentu dikatakan sesat.

Pelbagai versi akidah yang wujud. Akidah mazhab Syiah berbeza dengan akidah mazhab Sunni. Begitu juga dengan akidah mazhab Ahmadi etc. Akidah Wahabi, ada yang mengatakan tidak terkeluar daripada akidah Sunni, ada pula yang mengatakan sebaliknya.

Ini berbeza dengan tauhid. Masing-masing berkongsi konsep tauhid yang sama yaitu 'tiada Tuhan selain Allah'.

Wallahualam.

Kuiz

1) Lelaki yang memakai gelang emas dengan lelaki mencuri, yang mana lebih baik?

2) Lelaki yang berjanggut dengan lelaki yang jujur, yang mana lebih baik?

3) Lelaki yang bermazhab dengan lelaki tidak bermazhab, yang mana lebih baik?

4) Lelaki yang baca Qunut ketika Solat Subuh dengan lelaki yang tidak berbuat begitu, yang mana lebih baik?

5) Lelaki yang bermazhab Syiah dengan lelaki yang bermazhab Sunni, yang mana lebih baik?

6) Lelaki yang berambut panjang dengan lelaki botak, yang mana lebih baik?

7) Lelaki yang memakai pakaian perempuan dengan lelaki yang menipu, yang mana lebih baik?

Wallahualam.