Tuesday, 20 July 2010

Ketika Cinta Bertasbih Bhg. II

Saya baru saja menonton filem Ketika Cinta Bertasbih episod kedua. Konflik perkahwinan yang agak komplikated dipaparkan.

Saya dapat memahami filem ini dengan baik. Kisah si lelaki mengejar cinta, pengorbanan si lelaki terhadap si dia, kesilapan si lelaki dalam membuat keputusan, sensitiviti jiwa kaum Hawa, campurtangan orang tua dalam perkahwinan si anak, dan kelarisan si heroin yang laku seperti 'pisang goreng panas'. Semua itu realiti yang benar terjadi dalam masyarakat Melayu.

Kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu agama agak menarik. Dari perspektif akhlak pula, ada contoh yang kurang baik, seperti adegan si isteri menengking si suami kerana si suami merahsiakan penyakitnya.

Mari kita perhatikan Surah Luqman ayat 19;

Dan rendah hatikanlah dalam cara kamu berjalan dan rendahkanlah suara kamu. Sesungguhnya suara yang paling sumbang adalah suara keldai.

Ayat di atas menjelaskan nasihat si bapa kepada anaknya, dimana suara yang rendah itu lebih baik daripada suara yang tinggi apabila bercakap.

Antara pengajaran yang lain adalah berhati-hati apabila memandu. Si hero dan ibunya yang meneruskan perjalanan dengan motosikal dalam hujan lebat agak mengejutkan saya. Kenapa tidak tunggu saja hujan serik terlebih dahulu? Bukannya tiada tempat berteduh, kerana mereka dari rumah kawan.

Mungkin si penulis skrip 'desperate' mahu 'mencabut' nyawa satu watak. Saya tidak menjumpai sebab yang baik kenapa mereka perlu tergesa-gesa meneruskan perjalanan.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: