Monday 26 July 2010

Ridhuan Tee

Membaca tulisan Ridhuan Tee di suratkhabar semalam ada sesuatu yang menarik. Rupa-rupanya, tulisan itu boleh diambil dari blognya.

Sekilas membaca tulisan di blognya, agak menarik. Saya akan cuba mengikuti perkembangan tulisan beliau.

Berikut petikan beliau di blognya, sila rujuk; http://ridhuantee.blogspot.com/2010/07/jangan-membuang-masa.html

Pada masa sama, penggunaan ESQ perlu dibuat dengan berhati-hati dan dibahaskan secara akademik. Kita tidak boleh bertindak membabi-buta dan terlalu taksub dengan ESQ. Kerana dalam Islam kita ada Q (Quotient) lain yang lebih mantap seperti Quranic Quotient (QQ) atau Tawhidic Quotient (TQ). Sudah tentu QQ dan TQ lebih jelas maknanya daripada ESQ.

Beliau juga mendakwa bahawa beliau sering diserang oleh komen atau feedback negatif yang kurang membina di blognya.

Saya pernah mengikuti rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dimana beliau sebagai moderator. Ada ketika ahli panel kurang menjawab soalan yang dikemukakan beliau, seperti isu wanita di negara Arab tertentu.

Ahli panel kemudian menjadikan Khadijah sebagai contoh tauladan bagi wanita mencapai kejayaan.

Tulisan beliau mungkin pedas bagi pihak tertentu. Ini lazim terjadi apabila seorang pendakwah cuba menasihat dari dalam.

Kita boleh mencari seribu sebab untuk menyalahkan Barat atau Eropah, atau puak Zionist dan sebagainya. Kenapa kita tidak merenung umat Islami itu sendiri?

Mungkin ini yang dilakukan oleh beliau, cuba menasihat dari dalam. Jika anda lihat tulisan di blog saya, saya lebih mengkritik umat Islami sendiri, berbanding umat yang lain.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

kau mengkritik dgn kejahilan! kau mensesatkan dgn jahil!
xsama langsung kau dgn al-fadhil ustaz Ridhuan tee. kau perasan!
tiada jawapan balas ttng pelbagai kefahaman islam yg kau sesatkan secara jahil dan tidak berilmu!
kau xtahu bahasa arab. malah kau hanya berlagak macam kau kena zalim pulak walhal kau yg jadi pengkhianat dalam blog kau ini dgn hanya berlagak jahil dan bodoh.
Jawabla segala benda dlm blog kau ini sebelum kau igt kau layak nk ckp mengenai islam. kau XLAYAK. malah kau sesat dan jahil.