Monday, 5 July 2010

Tiga Dalam Satu

"Satu dalam tiga, dan tiga dalam satu." Mungkin ini adalah gambaran istilah matematik yang dibawa oleh agama Kristian. Saya mula belajar agama Kristian sedikit sebanyak selepas 'berkenalan' dengan Zakir Naik. Kemudian 'berkenalan' pula dengan bekas penganut Kristian yang telah menganut Sunni selepas 'diberi' pilihan antara Sunni dan Syiah.

Antara Sunni dan Syiah, pada namanya Sunni kelihatan lebih menarik kerana menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi Muhammad.' Muslim mana yang tidak menyayangi Nabi Muhammad?

Syiah pula, dengan acara tahunan berdarah mengetuk kepala, dan dengan kalimah 'Ahlul Bait', newcomers akan mendahului dengan persoalan umpama berikut; 

"Siapakah Ahlul Bait?" 

"Mereka minoriti, bukan?",

"Ali bukan seorang Nabi, maka Sunni lebih baik, bukan?"

"Kenapa saya perlu mengetuk kepala sampai berdarah setiap tahun?", 

"Saya bukan warganegara Iran, kenapa saya perlu pilih Syiah?", etc.

Teringat pula saya kepada Malcom X. Selepas beliau murtad daripada Nation of Islam, lalu beliau menganut Sunni. Kemudian beliau dibunuh di New York, kemungkinan pembunuhan itu didalangi oleh penganut Nation of Islam.

Mari pula kita perhatikan tiga riwayat hadis berikut;

1) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

2) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

3) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Ahlul Bait 2 adalah ahli keluarga Nabi s.a.w.
Apakah kau mahu samakan 3 dlm satu kristen itu dgn 3 hadith kaumu itu? semoga Allah s.w.t melaknat perbuatan seperti itu.Amiin...
adakah dgn mengikut sunnah maka org2 sunni membenci Ahlul Bait????!! Siapa yg beranggapan jahil sebegitu? Walhal setiap kali solat kita mendokan Ahlut Bait!! 5 kali sehari! bukan mcm syiah yg hanya setahun sekali itupun bukan utk semua Ahlul Bait mereka sanjungkan...malah ada yg mereka kafirkan pula!
Apakah Sunnah melarang mencintai Ahlul Bait???? begitu jahil sekali pemikiran senget itu...
Apakah ini salah satu alasan bodoh kau untuk mempertikai Sunni?? langsung xmasuk akal.
Dgn Al-Quran katakan 3 agama samawi layak kesyurga ..jadikah adakah sama???????? sdngkn islam adalah agama yg diterima Allah s.w.t..rujuk Quran.. dan bukankah Nabi s.a.w tlh mngtakan islam itu akan terbahagi dan hanya satu yg selamat... dan bukankah kau sendiri boleh menyaksikannya hari ini... betapa besarnya perbezaan dlm penganut islam itu sendiri.. apakah kau tdk mnggunakan akal? dan apakah islam yg tulen?? tentunya bagi mereka yg mengikut ajaran Quran dan yg memahami Quran dgn Sunnah dan meletakkan Quran dan Sunnah sebagai rujukan kemdian barulah menggunakan akal. bukan meletakkan akal sebagai rujukan utama. Wallahu'Alam..

Anonymous said...

Kat manelah kau belajar ni? Kesian btol. sedih aq mmbcnye. Jgnlah jd org yg sesat & menyesatkn. Blog ni satu pembazirn dan penmbhn dosa. terusknlah lg dgn fitnah2 ko tu. dan akhirnya ko akn sedar bhw ko di jln yg slh. Insya-Allah, aq mendoakn mu krn ko msh saudara seMuslimku, cuma ko tersesat dr ajrn Islam yg sbnr. Bukalah matamu, saudaraku. Kaum keluarge ko x kisah k ko cam ni? pElik bin pelik, dr mane bleh dtg fhmn menolak sunni kt Malaysia ni? Ya Allah, takutnya. Lindungilh aq dr fhmn yg sesat & menyestkn.