Sunday 30 March 2014

Ahmadiyyah

Berikut ringkasan saya dari majlis simposium anjuran Gerakan Ahmadiyyah tempoh hari;

1) Demokrasi

Di bawah sistem demokrasi, adakalanya menteri atau wakil rakyat boleh cenderung menzalimi golongan minoriti. Ini terjadi kerana kepentingan mereka untuk memupuk pegangan kuasa yang boleh diperolehi dari sokongan majoriti.

2) Pentafsir

Undang-undang negara adakalanya ditafsir secara bias.

3) Quranism

Gerakan Ahmadiyyah perjuangkan tiada paksaan dalam Deen (2/256) dan kesejahteraan (47/35) secara signifikan. Ini membantu perjuangan Quranism bagi kes berkenaan.

4) Dana

Saya memikirkan dari mana Gerakan Ahmadiyyah mendapatkan dana. Inferens saya adalah mereka mendapat dana antaranya dari kapitalis.

5) Sekular

Gerakan Ahmadiyyah lebih pesat berkembang dalam suasana sekular. Ini berikutan pendekatan Ahmadiyyah yang tidak memaksa kepada satu agama seterusnya memupuk pluralism.

6) Tentangan

Gerakan Ahmadiyyah banyak mendapat tentangan dari golongan konservatif berbanding golongan liberal.

7) Kristian

Gerakan Ahmadiyyah mempunyai persamaan dengan ajaran Kristian dari segi penyebaran kasih sayang.

8) Debatable

Sebahagian teori dari Gerakan Ahmadiyyah adalah debatable seperti isu kedatangan Isa.

9) Penyatuan

Penyatuan dari Gerakan Ahmadiyyah adalah disandarkan pada kalimah "kesejahteraan". Atas kalimah ini kami berkumpul, berkenalan dan berdiskusi sesama kami.

Wallahualam.

Saturday 29 March 2014

Bala

Bala bermaksud "dugaan";

Dan apabila Kami selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab menyembelih anak-anak kamu dan menghayatkan nisa kamu dan bagi itu bala dari Rabb kamu dengan-hebat (2:49).

Dan apabila Kami selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab membunuh anak-anak kamu dan menghayatkan nisa kamu dan bagi itu bala dari Rabb kamu dengan-hebat (7:141).

Maka tidak mereka membunuh kamu akan-tetapi Allah bunuh mereka dan tidak kamu lempar apabila kamu lempar akan-tetapi Allah lempar dan bagi Dia menguji orang-yang-beriman dariNya bala yang-baik sesungguhnya Allah Pendengaran yang-mengetahui (8:17).

Dan apabila dia berkata Musa bagi kaumnya; "Ingatlah kamu nikmat Allah atas kamu apabila Dia selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab dan mereka menyembelih anak-anak kamu dan menghayatkan kamu nisa kamu dan pada itu bala dari Rabb kamu yang-hebat (14:6).

Sesungguhnya ini bagi dia bala penjelas (37:106).

Dan Kami berikan mereka dari ayat itu apa padanya bala penjelas (44:33).

Wallahualam.

Friday 14 March 2014

Mablagh

Maglagh bermaksud "tempat-atau-waktu-pencapaian";

Itu mablagh mereka dari pengetahuan sesungguhnya Rabb kamu Dia lebih-mengetahui dengan siapa sesat dari jalanNya dan dia lebih-mengetahui dengan siapa dipandu (53:30).

Wallahualam.

Monday 3 March 2014

Iblai

Iblai bermaksud "kamu telanlah";

Dan dikatakan; "Wahai Bumi, iblai air kamu".

Yublisu

Yublisu bermaksud "berputus-asa";

Dan hari mendiri Saat yublisu Penjenayah (30:12).