Friday 30 July 2021

Ateisme

Secara asasnya manusia menjadi ateis kerana hujah bahawa tiada bukti kewujudan Sang Pencipta. 

Namun, dikala agamawan gagal membuktikan kewujudan Pencipta, ateis juga gagal membuktikan ketidakwujudan Pencipta. Ini bermakna ateis dan agamawan 2x5 sahaja, sama-sama gagal membuktikan teori.

Manusia adalah makhluk yang inovatif dan berfantasi. Mereka mencipta tuhan-tuhan dan agama-agama. Ini memberi cabaran kepada pencari kebenaran. Dalam erti kata lain, mencari Tuhan tulen kelihatan tidak semudah ABC.

"Tuhan tulen" ini dalam bahasa Arab dikenali sebagai "Allah" yang bermaksud "Tuhan tersebut". Ateis dan saya secara asasnya bersetuju bahawa banyak tuhan palsu dan teori agama rekaan manusia. Maka mari kita pergi kepada topik "Tuhan tulen".

Antara persoalan dari ateis antaranya seperti berikut;

1) Jika Allah ciptakan makhluk, maka siapa ciptakan Allah?

Dari segi ateisme, persoalan pencipta menjadi infiniti. Maksudnya, jika Allah dicipta oleh A, maka siapa ciptakan A? Jika A dicipta oleh B, maka siapa ciptakan B?, dan seterusnya. Ini menjadikan persoalan pencipta dalam ateisme tiada penghujung.

Teori kewujudan Allah menyelesaikan persoalan ini, dimana penghujungnya adalah Allah sebagai Sang Pencipta.

2) Apa buktinya kewujudan Allah?

Dikala agamawan gagal membuktikan kewujudan Allah, kita boleh merasai tanda-tanda kewujudan Allah. Tanda ini antaranya adalah "alam semulajadi", mahupun biologi diri anda sendiri.

Antara golongan yang dekat dengan alam semulajadi adalah saintis. Namun ada saintis yang ateis jua. Saintis menjadi ateis kerana menyanggahi prinsip sains itu sendiri. Ini kerana sains mendambakan bukti. Dalam erti kata lain, ateisme adalah hipotesis, bukan kesimpulan.

Big Bang adalah dicipta. Ini bukti bahawa "Pencipta" itu wujud. Di sini ateis mungkin mempersoalkan bahawa tidak semestinya Tuhan yang mencipta Big Bang. Sebagai contoh seorang ibu "menciptakan" anak.

Namun, seorang ibu tidak "menciptakan" anak dengan seorang diri. Sebagai contoh, si ibu menciptakan anak dibantu oleh air dan oksigen. Apatahlagi mikroorganisme yang terdapat dalam tubuh si ibu.

Ini bukti bahawa si ibu bukan pencipta mutlak. Si ibu hanyalah salah satu ahli dalam sebuah pasukan. Bukanlah sesuatu yang pelik jika Pencipta Big Bang juga adalah salah satu ahli dalam pasukan ini jua memandangkan si ibu dan anak datang dari Big Bang.

Namun, ada jua ateis yang tidak percayakan teori Big Bang. Hakikatnya, dunia informasi lebih sekadar dari percaya atau tidak percaya. Dunia informasi mendambakan penyelidikan dan penaakulan. Ini yang dilakukan hakim di mahkamah.

Sebelum hakim memutuskan si tertuduh bersalah atau tidak, hakim membuat kajian terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, si hakim mempertimbangkan samada si tertuduh benar-benar bersalah atau tidak.

Keupayaan manusia adalah terhad. Pandangan manusia adalah terhad. Adakah anda perlukan bukti bahawa pandangan manusia itu terhad?

Keupayaan akal manusia juga terhad. Berapa generasi manusia hidup di Bumi ini sebelum manusia berjaya menjejak kaki ke Bulan.

Maka, manusia membuktikan kewujudan Allah bersandarkan tanda-tanda. Dan tanda-tanda ini banyak. Akal manusia mampu mencapai tanda-tanda ini tanpa perlu Allah "muncul di depan mata".

Wallahualam.