Monday 21 January 2013

Talaq

Ada beberapa kritikan saya ingin tujukan kepada fahaman Sunni dalam isu ini;

1) Jumlah talaq

Talaq itu dua kali (2/229).

Dalam Sunnism, talaq adalah sehingga tiga kali.

2) Mengingkari quru'

Sunnism membenarkan si suami mentalaqkan isteri terus kepada talaq tiga, secara langsung menafikan quru' bagi penceraian talaq satu. Ini bercanggah dengan 2/228;

Dan yang diceraikan menunggu atas diri mereka tiga quru' (2/228).

Maka dengan ideologi yang dikatakan "Wasatiyyah Islam" oleh kerajaan Malaysia pada hari ini, saya menyeru kepada pegawai-pegawai nikah agar mempertimbangkan untuk mendengar pendapat saya ini, sebagaimana diterangkan dalam 39/18;

Orang yang mendengar perkataan, maka mereka ikut yang terbaik, itulah mereka yang dihidayahkan Allah (39/18).

Wallahualam.

Monday 14 January 2013

Abah

"Abah kat mana tu?"

"Abah kat klinik".

Abah tergesa-gesa. Rupanya ayahanda di klinik.

"Abah tak usahlah datang ke majlis konvo saya. Abah kurang sihat".

Tetapi ayahanda datang juga. Hari ini ayahanda telah tiada. Kepulangan saya ke Kelantan selama berbulan-bulan adalah berbaloi, kerana dapat meluangkan saat-saat akhirnya dengannya.

Maka samada siapa berat ukurannya, maka dia pada kehidupan-selepas-dunia yang-diredhai (101/6-7).

Saya cuba merenung ukuran ayahanda ketika ayahanda masih hidup. Visi saya adalah menjadikan ayahanda sebagai ahli Syurga. Itu harapan saya kepada ayahanda yang saya sayangi.

Dan khabarkanlah berita-gembira kepada yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya bagi mereka Syurga, mengalir di bawahnya sungai (2/25).

Ayat ini yang menenangkan saya pada saat nazak, kematian dan pengebumian ayahanda. Ya, meninggal dunia adalah destinasi semua manusia. Sesungguhnya Allah, Dia sebijak-bijak hakim;

Adakah bukan Allah dengan lebih-bijak sekalian hakim (95:8).


Wallahualam.

Wednesday 2 January 2013

Kasih Tak Sampai Bhg. III

Lagu ini, sebuah lagu slow. Saya cuma menaikkan klimaks susunannya pada ulangan Chorus kali kedua. Kerana lagu pop patut ada klimaks.

Lagu ini mengekspresikan dua perkara;

1) Berkenan

Berkenannya saya dengan si dia. You know, perasaan syok itu indah kan?

2) Kekecewaan

Kekecewaan saya kerana perempuan, gara-gara kegagalan saya untuk mencapai matlamat. Dan kegagalan itu berpunca dari saya sendiri. Saya ngak punya cukup keberanian untuk mejadi si watak hero mengejar si jelita seperti dalam filem-filem. Termasuk filem "Istanbul Aku Datang". Perhatikan lirik berikut;

"Tiada lagi kata yang mampu ku ucapkan, pergilah engkau dengan dia, semoga bahagia selalu."

Tak mengapa. setiap hari ada saja perempuan-perempuan lain yang lahir ke dunia.

Video berikut adalah versi minus one. Jika anda sedang kecewa kerana seorang perempuan yang anda berkenan, apa kata anda nyanyikan lagu ini dengan penuh rasa jiwa. Mana tahu, anda sesuai dengan lagu ini, anda bawakan saja ia ke Juara Lagu. Namun, saya tahu susunan lagunya perlukan sentuhan arranger yang lebih profesional. Terutamanya pada gitar akustik dan drums.



Wallahualam.

Tuesday 1 January 2013

Nikah

Nikah adalah isu yang kritikal, dan perlu ditadabbur oleh Quranis;

1) Bukan musyrik

Janganlah kamu bernikah dengan perempuan musyrik sehingga mereka beriman dan bagi hamba-sahaya perempuan lebih baik dari perempuan musyrik walaupun dia kelihatan-menarik bagi kamu (2/221).

Ayat ini bukan sahaja tentang pernikahan, tetapi ia menerangkan jua bahawa si musyrik boleh berubah menjadi mu'min.

2) Poligami

Maka bernikahlah kamu apa yang berbaik bagi kamu dari nisa' dua dan tiga dan empat maka jika kamu takut adakah tidak kamu berlaku-adil maka satu (4/3).

4/3 dijadikan kontroversi oleh sebahagian manusia, kerana ia menyebut "dua dan tiga dan empat", sedangkan ada jua penterjemah yang menterjemahkannya sebagai "dua atau tiga atau empat". Isu ini menjadi konflik di Malaysia lazimnya antara pengikut Sister In Islam dan golongan lain yang dikatakan konservatif.

3) Ibu tiri

Dan janganlah kamu menikahi apa yang dinikahi bapa-bapa kamu dari nisa kecuali apa sesungguhnya dia salaf (4/22).

4/22 menerangkan larangan bernikah dengan bekas ibu tiri.

4) Keizinan ibubapa

Maka kamu nikahilah mereka dengan izin ahli mereka dan berikan mereka upah mereka dengan ma'ruf (4/25).

4/25 menerangkan perlunya keizinan dari ahli. Silaturrahim bisa renggang jika adab ini diketepikan.

5) Penzina

Penzina-lelaki tidak menikahi kecuali penzina-perempuan atau perempuan-musyrik (24/3).

24/3 menerangkan ketegasan tentang kedudukan antara "pipit dan enggang".

6) Penceraian



Wahai orang yang beriman, jika datang-kepada kamu perempuan beriman penghijrahan, maka kamu selidikilah mereka, Allah lebih tahu dengan iman mereka, maka jika kamu tahu mereka perempuan beriman, maka jangan kembalikan mereka kepada golongan-kafir, tidak mereka halal bagi mereka dan tidak mereka halal bagi mereka dan bagilah mereka apa yang mereka nifaqkan dan bukan salah atas kamu jika kamu menikahi mereka apabila kamu memberi mereka upah mereka 60/10).

60/10 mungkin yang dijadikan hujah dalam perpisahan antara arwah Nasr dari isterinya Ibtihal.

7) Bujang

Dan kamu nikahilah si bujang dari kamu dan yang soleh dari hamba-sahaya-lelaki mu dan dari hamba-sahaya perempuan mu, jika mereka menjadi faqir, dikayakan mereka, Allah dari fadhilNya (24/32).

24/32 menerangkan kepentingan pernikahan di kalangan bujang dan yang soleh.

8) Maruah

Dan mesti dia-menjaga-maruah, yakni-yang tidak mendapatkan pernikahan, sehingga dikayakan mereka, Allah dari fadhilNya (24/33).

"Sehingga dikayakan mereka, Allah dari fadhilNya" dalam 24/33 merujuk kepada pernikahan (24/32).

9) Syarat

Dia berkata; "Sesungguhnya aku mahu menikahkan kamu salah-seorang-dari anak-anak perempuan aku yang dua ini, atas bahawa kamu mengambil upah dari ku lapan tahun (28/27).

28/27 menerangkan bahawa dibolehkan untuk meletak syarat oleh ahli si perempuan bagi pernikahan.

Wallahualam.