Monday 28 March 2011

Lebah Betina dan Madu

Surah an-Nahl ayat 68;

Dan makanlah dari tiap buah-buahan maka ikutlah laluan Pentadbir kamu yang dimudahkan. Mengeluar dari perut-perutnya cecair pelbagai warna, dalamnya menyembuhkan manusia. Itu adalah tanda bagi orang yang berfikir.

Ayat ini menerangkan perintah Allah kepada lebah betina, di mana lebah betina memainkan peranan dalam penghasilan madu.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Sunday 20 March 2011

Bintang dan Ros

Gambar ini asalnya diambil pada tahun 1999 memperlihatkan sebutir bintang sedang memancar gas. Bintang itu dikatakan sedang nazak. Surah ar-Rahman ayat 37;

Maka apabila langit terbelah maka menjadi ros seperti campuran cecair.

Ayat ini menerangkan ros seperti campuran cecair terhasil apabila langit terbelah. Ros seperti campuran cecair ini boleh jadi terhasil daripada proses kematian bintang-bintang ketika pembelahan langit.

Bilakah langit terbelah? Iaitu pada hari Kiamat.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Friday 18 March 2011

Jantina Bayi

Lahirnya bayi lelaki menjadi bukti bahawa kromosom XY memainkan peranan dalam menentukan jantina bayi. Kromosom XY hanya dimiliki oleh kaum lelaki. Surah an-Najm ayat 45 hingga 46;

Sesungguhnya Dia yang ciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan dari benih bila terpancut.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.

Thursday 17 March 2011

Piramid

Binaan piramid antara topik popular yang dibincangkan oleh mereka yang bergiat dalam bidang arkitektur sejak dahulu hingga ke hari ini. Surah al-Qasas ayat 38;

Dan Firaun berkata; "Wahai komander, aku tidak tahu mana-mana Tuhan bagi kamu selain aku. Maka nyalakan bagiku wahai Haman atas Teen maka jadikan bagiku tempat tinggi agar aku dapat menjenguk Tuhan Musa, aku rasa dia seorang penipu.

Ayat ini menerangkan tentang pembinaan bangunan di mana ia dibina salah satu langkahnya adalah dengan menyalakan Teen.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Thursday 10 March 2011

Koranik

"Apa itu Koranik?"

Soalan seumpama ini tertuju-tertuju kepada saya sejak mengiklankan satu program pertandingan bertajuk 'Pembentangan Koranik' untuk siswa-siswi institusi pengajian saya.

Perkataan 'Koranik' adalah dipinjam dari bahasa Inggeris iaitu 'Koranic', iaitu kata sifat bagi kata nama 'The Koran'.

Dalam bahasa Inggeris, 'al-Quran' diterjemahkan sebagai 'The Koran' atau 'The Qur'an'.

'Koranic' dan 'Qur'anic' adalah merujuk kepada perkara yang sama. Begitu juga antara 'Colour' dengan 'Color', kedua-duanya adalah merujuk perkara yang sama. Yang berbeza adalah ejaan.

Saya telah google perkataan 'Koranik', ternyata perkataan itu kurang terkenal.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Friday 4 March 2011

Melayu dan Islam

"Antara syarat menjadi orang Melayu adalah beragama Islam. Oleh itu, orang Melayu adalah orang Islam. Menentang perjuangan Melayu bermakna menentang perjuangan Islam."

Ini antara umpama ayat yang menarik yang dapat saya 'kutip' dari kursus Biro Tatanegara pada hari yang lepas.

Ideologinya seperti rumus berikut;

orang Melayu = orang Islam

Kemudian dikembangkan kepada rumus berikut;

Menentang perjuangan Melayu = Menentang perjuangan Islam

Bagaimana pula dengan rumus berikut?;

Menentang perjuangan PAS = Menentang perjuangan Islam

Saya memahami kepentingan hak keistimewaan Melayu yang dicanang dalam kursus tersebut. Malah saya salah seorang Melayu yang mendapat manfaat dari hak keistimewaan Melayu.

Ini adalah kali kedua saya menghadiri kursus Biro Tatanegara. Namun, kali ini, unsur berkempen parti politik tertentu lebih kuat dari yang lepas. Mungkin tarikh pilihanraya umum yang dekat menjadi faktor kepada aspek ini.

Apabila kita berkata tentang Islam, ia satu topik yang begitu subjektif. Pada hari ini malah telah bermula sejak dulu lagi, pelbagai pihak menggunakan kalimah 'Islam'. Jika dikecualikan parti-parti politik mahupun organisasi kerajaan, kita masih ada mazhab-mazhab aqidah yang masing-masing menggunakan kalimah 'Islam'.

Sebagai contoh, puak Syiah menggunakan kalimah 'Islam', puak Sunni juga menggunakan kalimah 'Islam', maka apakah versi 'Islam' yang dibawa oleh kedua-dua pihak itu sama?

Oleh itu, sebagai seorang manusia yang dewasa, kita perlu melihat 'Islam' dari segi isinya, bukan dari segi kulit semata-mata.

Mari kita perhatikan peristiwa yang saya reka seperti berikut;

1) Seorang Melayu yang merompak bank, membunuh orang tak bersalah, merasuah, merogol, mencuri, kegiatan-kegiatan jenayah ini tidak menghilangkan perkataan 'Islam' pada kad pengenalannya.

2) "Pada kad pengenalan kamu ada perkataan 'Islam'. Kamu didapati bersalah kerana berzina."; kata seorang pegawai JAIS.

3) "Sembahyang adalah tiang agama. Namun jika kamu meninggalkan sembahyang selama 30 tahun berturut-turut, kamu masih beragama Islam. Yang penting kamu mengucap dua kalimah Syahadah."; kata seorang Ustaz.

4) "Islam versi kamu berbeza dengan Islam versi aku. Kamu telah murtad dan kafir. Kamu dijatuhkan hukuman bunuh."; kata seorang ketua agama.

5) "Ajaran mazhab Ahmadiyyah sesat lagi menyesatkan. Mari kita bakar masjid mereka."; kata seorang penganut Sunni di Indonesia.

Mari kita merenung pendefinisian perkataan 'Islam'. Wikipedia menerangkan ia bermaksud 'penyerahan diri kepada Allah'.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.