Friday 31 August 2018

Wawasan

1) Anak

Saya bercadang untuk tidak menanggung pembiayaan pengajian anak di universiti kelak. Maka bagaimana anak saya ke universiti? Jawapannya dengan biasiswa.

Untuk mendapat biasiswa, penaja mendambakan si pelajar mendapat keputusan cemerlang. Jika pelajar itu gagal, maka boleh jadi pelajar itu tidak meletakkan komitmen yang cukup.

Allah menjadikan manusia masing-masing dengan kelebihan tersendiri. Universiti bukan satu-satunya jalan kejayaan duniawi.

Sebagai ganti, saya akan mendedahkan anak saya kepada pelbagai bidang di peringkat awal kanak-kanak, kemudian memberi sokongan dari awal lagi. Maka dengan ini, anak saya mempunyai pilihan lain.

Jika anak saya berimpian ke universiti, maka dengan ini si anak perlu merancang dari awal lagi bagi memastikan mendapat keputusan SPM yang cemerlang.

Memandangkan tiada jaminan bahawa bidang yang dipilihnya membawa kejayaan di masa depan, maka saya merancang untuk memberikannya pendidikan bersifat am jua.

Pendidikan am bermaksud merangkumi pelbagai subjek, tetapi asas. Pengetahuan asas dari pelbagai subjek ini dijangka akan saling berhubung sehingga si pelajar mendapat gambaran luas, seperti si burung helang yang terbang di angkasa melihat permukaan bumi.

Ini menjadi sejenis insurans baginya untuk menghadapi ujian-ujian duniawi mendatang. Bagaimana ini berlaku?

Fokus diberikan kepada perkara-perkara yang si anak menggunakan, seperti, makanan, duit, pengangkutan, teknologi, struktur binaan, pakaian dan sebagainya. Sedangkan sebahagian subjek ilmu asas sudah diajar di sekolah.

Subjek makanan berkait rapat dengan kesihatan, subjek duit berkait rapat dengan perakaunan dan sebagainya. Ilmu adalah modal untuk hidup.

2) Isteri

Isteri yang meletakkan Allah no. 1. Walaupun tidak sempurna seperti Hawa, namun sekurang-kurangnya ada usaha dan komitmen ke arah itu.

Berterusan menambah ilmu dan perbaiki kesilapan. Wanita penyabar bermaksud sudah selangkah ke depan.

Adakah si dia sudi berubah?

Wallahualam.