Sunday 30 September 2018

Umat

Kuantiti umat bukanlah sesuatu yang begitu membanggakan melainkan jika akhlaknya baik. Perlumbaan kuantiti umat dengan penganut agama-agama lain menjadi kelekaan duniawi.

"Kita digalakkan berpoligami agar dapat meramaikan umat Rasulullah"

Itu adalah alasan untuk seks. Berapa ramai kes anak dihalau dari rumah, atau anak lari dari rumah akibat konflik kekeluargaan. Adakah itu membanggakan?

Berapa ramai anak yang menjadi penjenayah?

Berapa ramai ibubapa yang leka dari mengingati Allah kerana anak-anak?

Di Malaysia, Islam dilihat pada surat beranak atau kad pengenalan, dalam erti kata lain pada pendaftaran. Ini adalah orientasi kuantiti berbanding kualiti. Ini menjadikan golongan munafiq juga dimasukkan dalam statistik jumlah umat.

Malangnya lagi, faktor kuantiti ini diangkat mengatasi faktor kualiti sehingga ia dijadikan tunjang proposal pelaksanaan hudud Allah.

Bagaimana "Islam Kad Pengenalan" atau "Islam pada kertas" dapat menyelamatkan anda dari Neraka?

Jawapannya kualitilah yang akan menyelamatkan, insyallah.

Wallahualam.