Saturday 29 June 2019

Hafiz

Hafiz bermaksud penjaga. Ia digelar kepada golongan penghafal al-Quran kerana jika al-Quran dibakar, hafalan mereka dijangka boleh digapai untuk menulis semula al-Quran.

Namun, tugas hakiki seorang hafiz sebenarnya bukan pada hafalan, tetapi "menjaga" intipati al-Quran seperti menyeru kepada makruf dan melarang kepada kemungkaran.

Jelas sekali, tugas mereka sebenarnya lebih berat berbanding apa yang diwar-warkan oleh kepimpinan Ahli Sunnah di negara ini yang mengecilkan skop seorang hafiz.

Bahkan populariti tahfiz di negara ini disumbang oleh kecintaan ibubapa kepada Syurga yakni dengan harapan anaknya yang menghafal al-Quran akan membawa mereka ke Syurga.

Dalam kes ini, si ibubapa berkenaan bukan berperanan sebagai "hamba Allah" dimana hamba Allah tidak memerlukan ganjaran dalam beribadat; sebab itu ia dinamakan sebagai "hamba".

Wallahualam.