Monday 4 May 2015

2:4

والذين يؤمنون بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك وبالآخرة هم يوقنون
Dan entiti-yang-mengimani dengan-apa-yang diturunkan kepada kamu dan apa-yang diturunkan dari sebelum kamu dan dengan akhirat itu mereka meyakini (2:4).

Mengimani perkara lepas yang kita tidak alami adalah satu cabaran, seperti kitab yang diturunkan sebelum Muhammad. 2/4 juga berkenaan meyakini perkara yang terkemudian iaitu akhirat.

Namun ia juga tentang sekarang, iaitu "apa-yang diturunkan kepada kamu".

2/4 menyentuh tentang dahulu, kini dan selepas.

Wallahualam.

2:3

الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون
Entiti-yang-mengimani dengan ghaib itu dan mengaqimi solat itu dan dari apa Kami rezeqikan mereka mereka menginfaq (2:3).

Iman lebih bermaksud "akui" berbanding "percaya". Ini kerana "percaya" boleh bercanggah dengan 17/36 jua.

Konsep "infaq" dari 2/3 adalah menarik kerana manusia mempunyai keperluan berbeza dari masa ke semasa. Kerjasama antara manusia untuk menginfaq memenuhi keperluan masing-masing membawa kepada perkembangan ekonomi.

Wallahualam.

Sunday 3 May 2015

Thajjaj

Thajjaj bermaksud "mencurah-curah";

Dan Kami turunkan dari Mu'sirat air thajjaj (78:14).

Wallahualam.

Thubat

Thubat bermaksud "kumpulan-kumpulan-berasingan";

Maka kamu maralah thubat atau kamu maralah kesemuanya (4/71).

Wallahualam.