Sunday 28 October 2012

Bijaksana

Dan al-Quran yang bijaksana (36:2).

Sebahagian penterjemah mentafsirkannya sebagai 'demi al-Quran yang bijaksana', mahupun 'dan kebijaksanaan al-Quran'. Apapun ketiga-tiga tafsir ini bertembung titik bahawa wujudnya unsur kebijaksanaan dalam al-Quran.

"Semakin kita mengikut al-Quran, semakin kita bijaksana".

Sebahagian manusia 'mengikut al-Quran' secara tidak langsung. Sebagai contoh, tradisi mengadakan mesyuarat (26/38), merekod peminjaman (2/282), mengelak pembaziran (17/27) dan sebagainya yang mungkin menjadi amalan syarikat-syarikat tertentu, perbuatan ini boleh dilakukan walaupun manusia itu kurang mengenal al-Quran.

Sebagaimana diterangkan dalam 2/2, al-Quran adalah panduan. Jika anda mengatakan non-muslim tidak mengikut 'Sunnah Nabi', mereka berjalan kaki jua, serta makan dan minum.

Apabila menemui kes poligami, satu isu khilaf dalam 'dunia Islami', kemudian saya berkata;

"Ia adalah mengenai kebijaksanaan. Keputusan mana yang lebih bijaksana, samada berpoligami atau sekadar bermonogami".

Persoalannya, adakah jemari kita cukup ringan untuk membelek al-Quran bagi mengenalpasti 'kebijaksanaan' yang dimaksudkan itu.

Wallahualam.