"Awak, boleh tak tolong menyamar jadi gulfren saya?"
Ayat inilah yang memutuskan perhubungan kami berdua kira-kira empat tahun lalu. Hanieza kelihatan cukup sakit hati dengan permintaan saya itu.
Jika saya tahu ia membuatkannya sakit hati, tidak pula saya mahu mengucapkannya. Dituduh sebagai orang ketiga bagi pasangan lain, memberi saya idea untuk berpura-pura sudah berpunya.
Hanieza, saya melihatnya menangis beberapa kali. Apa masalah sebenarnya, saya tidak tahu. Saya juga pernah menangis sekali dalam kelas. Mereka bertanya kenapa, tidak pula saya beritahu sebab sebenar. Ketika itu saya dan Hanieza masih berkawan. Ini mengingatkan saya pula kepada Pika, Mira, Diana, alamak, teringat pula kepada Omar, Hafiz dan Shahrul. Tidak lupa kepada Siong, Mei, Ang, sekadar menyebut beberapa nama.
Teringat pula kepada Mimi. Saya pernah belanja dia makan suatu pagi. Terlihat air liur basinya di tepi mulut. Saya sengaja melambatkan untuk menegurnya tentang air liur basi itu sehingga dia menjamu selera. Mungkin dia terlupa untuk basuh muka.
Itu kisah lama. Berbalik pula pada hari ini. Saya bersumpah tidak akan bernikah dengan perempuan yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, sehingga dia beriman.
Hukuman ini berjalan di Iran. Sila rujuk http://us.cnn.com/2010/WORLD/meast/07/05/iran.stoning/index.html.
Ahad ini bermula semester baru. 'Study first', ini prinsip yang pernah saya guna sebelum ini, dan akan guna lagi untuk semester mendatang. Cuma pada semester lepas, prinsip ini tidak begitu diadaptasi.
Satu cara bagi menghilangkan boring adalah dengan mencari fun dengan study. Bila ada teman semasa study seakan pula memberi motivasi. Bayangkan, study seorang diri dalam library yang sunyi.
Semester lepas adalah yang palik teruk sejak saya menuntut ilmu di Terengganu. Prestasi study turun menjunam, tiga kali kena reject dengan perempuan, dan dua kali accident. Agak teruk bukan? Haha.
Saya hampir saja ingin mengambil cuti kerana hampir berputus asa untuk menduduki final exam, gara-gara tidak mahu merosakkan pointer, dan kehilangan motivasi. Dua minggu terakhir, saya pecut, dan saya telah tahu, pointer saya pasti menurun berbanding semester lepas.
Tiada lagi Ira semester mendatang. Saya tertanya-tanya bagaimana dia boleh happy dan ceria sentiasa. Saya suka orang sebegini kerana aura keceriaan mereka sedikit sebanyak saya terkena biasnya.
Ida, senior saya, salah seorang best student di institusi itu. Saya jadikan dia sebagai simbol kerajinan.
Setakat ini dulu coretan.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment