Assalamualaikum sahabatku Ariji.
Aku pasti telah ramai yang menegur akan apa yang telah kau ketengahkan. Biarlah aku menjelaskan pendirian kaum muslimin mengenai berkhatan sekadar dengan ilmu ku ini. Aku juga berharap kau dapat memaparkan hujahku ini didalam blog kau untuk kebaikan semua, mari kita berhujah dan memberi pandangan masing-masing secara professional dan secara intelektual demi keredhaan Allah yang Maha Mengetahui.
Waalaikumussalam saudara Abdillah,
Berhujah secara professional dan secara intelektual sememangnya menarik.
Ketika kau membuat kenyataan ini adakah kau telah berfikir bahwa jutaan muslimin telah menyahut seruan sunnah ini sejak dari zaman dulu hingga kini malah amalan ini tidak mungkin akan mati dalam dunia ini selagi Allah mengizinkan. seperti yang telah kita ketahui bahwa injil dan taurat tidak diimani oleh kaum muslimin. Namun semua muslimin wajib percaya bahawa Allah s.w.t pernah mewahyukan kitab ini pada Nabi Musa dan Isa. dan Quran juga telah mengesahkan bahwa kebenaran kedua-dua kitab tersebut. jadi aku ingin bertanya adakah boleh kita mengikut apa yang ada di dalam injil dan taurat? Quran tidak mengatakan bahwa kedua kitab suci ini sesat bukan. Malah ada jaminan untuk segelintir Ahli kitab yang tidak menganut islam akan masuk ke syurga! jadi adakah ummat Islam boleh berhukum dengan taurat dan injil??
tidak benar sama sekali Ariji b. Basri
Ideologi Trinity yang dibawa oleh penganut Kristian juga popular malah lebih lama daripada mazhab Sunni itu sendiri.
Hakikatnya, ada penganut Kristian yang menolak ideologi Trinity.
Saudara mengaku bahawa kaum muslimin tidak beriman kepada Injil dan Taurat. Hakikatnya, orang yang tidak beriman dengan Injil dan Taurat adalah bukan mereka yang soleh.
Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 2-4;
Ini adalah Kitab yang tiada keraguan, satu panduan untuk yang soleh. Yang mempercayai ghaib, dan memegang Solat, dan dari kurnian Kami kepada mereka mereka belanjakan. Dan yang mempercayai apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan berkenaan Hari Akhirat mereka yakin.
Saya faham, apa yang saudara maksudkan adalah Injil dan Taurat versi yang tidak original.
Saudara mengatakan bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original itu tiada kesesatan.
Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 79;
Maka celaka kepada yang menulis Kitab dengan tangan mereka dan berkata: " Ini adalah dari Allah" supaya mereka boleh membeli dengannya harga yang murah! Celaka kepada mereka untuk apa yang tangan-tangan mereka telah tuliskan dan celaka kepada mereka untuk apa yang mereka perolehi.
Ya, saya setuju bahawa 'penganut Kristian' tidak semestinya masuk neraka. Antara yang berkemungkinan adalah mereka yang menolak ideologi Trinity dan sebagainya. Kata kunci bagi isu ini adalah monotheism.
Samada Sunni, Syiah, Wahabi, Kristian, Yahudi dan sebagainya, itu hanyalah label semata-mata bagi membezakan antara satu sama lain. Yang kritikal adalah isinya.
Dia menurunkan Al kitab ( Al Quran ) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. al-imran .3
adakah taurat dan injil benar?
boleh berhukum dengannya?
sudah tentu kita boleh berhukum dengan taurat dan injil selagi ia mempunyai pengesahan dari Quran dan Hadith. Dan kita tidak boleh mengikut apa yang ada di dalam al-kitab kerana Quran dan hadith adalah penggantinya, jadi ibadahnya mungkin lebih kurang namun kita bertegas hanya mengikut Quran dan Sunnah.
Saya percaya bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original tersebut bukan semuanya palsu 100%. Persoalannya, adakah Muslim masih perlukan Kitab terdahulu versi yang tidak original itu untuk dijadikan hukum agama?
Padahal, Allah berfirman bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah penuh terperinci, secara langsung mampu 'berdiri sendiri' walau tanpa bantuan daripada Kitab terdahulu versi yang tidak original itu. Atau saudara yang ragu-ragu?
Surah al an'am ayat 114;
"Haruskah aku mencari selain daripada Allah sebagai hakim apabila Dia telah menurunkan kepada kamu Kitab yang penuh terperinci?" Orang-orang itu yang Kami berikan Kitab tahu ia adalah diturunkan daripada Tuhan kamu dengan kebenaran; maka janganlah menjadi yang ragu-ragu.
Mari pula kita perhatikan petikan Surah al-Maidah ayat 48;
Dan Kami telah menurunkan kepada kamu Kitab dengan kebenaran, mengesahkan apa sebelum bagi Kitab itu dan menggantikannya...
Kau juga ada mengatakan tiada ayat selain ayat Quran dijaga Allah. Benar? Bagaimana dengan hadith? Bagaimana umat islam tidak pernah berkelahi dalam menentukan 5 waktu solat?? Sedangkan syiah yang sesat juga berpegang dengannya.
Bagaimana pula tatasusila solat? Cara berpuasa? Berzakat? Berhukum dengan apa yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w.
Saya mengatakan tiada dalil dari al-Quran bahawa riwayat hadis itu terjamin keasliannya. Ini terbukti apabila para ulama Sunni sendiri terpaksa mengkelaskan riwayat tersebut kepada kategori tertentu seperti Sahih, Hasan, Dhoif dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila pelbagai kerosakan di muka bumi telah terjadi selama ratusan tahun akibat orang Islam tertentu yang terlalu mempercayai riwayat hadis tertentu yang kononnya sahih sesahih-sahihnya, padahal yang 'mengecop' logo 'sahih' itu adalah manusia, bukannya Allah. Apatah lagi dengan ketiadaan Sahih Abu Bakar, Sahih Omar dan sebagainya, menerangkan bahawa mereka yakin bahawa al-Quran itu penuh terperinci.
Jika saudara susah untuk memahami perkara ini, saudara boleh ambil daripada kes mazhab Syiah dan sebagainya, bagaimana mereka mempercayai riwayat hadis tertentu.
Dari perspektif Sunni, riwayat hadis tertentu adalah palsu, tapi dari perspektif Syiah, hadis tersebut adalah Sahih pula. Lebih buruk lagi, apabila berlakunya peperangan, pengeboman masjid dan sebagainya.
Manakala, Al-Quran pula ada dalilnya bahawa Allah menjaganya. Mari kita perhatikan Surah Al-Hijr ayat 9;
Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.
Kita diwajibkan menerima secara total apa yang telah Nabi Muhammad s.a.w terangkan pada kita. Baca Quran jika tidak percaya saya. Jadi bagaimana kita menerima dari nabi? Pergi ke kuburnya atau mengamal hadithnya?
Keterangan saudara yang ini bercanggah dengan hadis Sahih Muslim, 2362;
Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.
Hakikatnya, Nabi Muhammad mengajar kita Syura. Ini membuktikan bahawa baginda adalah manusia biasa, memerlukan pandangan/perbincangan/pendapat/nasihat.
Malah, baginda tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mari kita perhatikan Surah At Tahrim ayat 1;
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ini berbeza dengan kepercayaan Sunni tertentu, yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai 'Superman'.
Sememangnya Al-bukhari bukanlah maksum. Beliau juga pasti tersalah. Ada hadith yang disahih oleh beliau juga telah dikritik.namun keseluruhannya adalah dijamin baik dan ummat islam tidak pernah dilarang mengkaji hadith dari Al-bukhari dan imam Muslim seperti mereka ini Nabi pula.
Mungkin saudara perlu juga melihat apa yang berlaku dari perspektif yang berbeza. Sebagai contoh, apakah kesan negatif yang telah berlaku selama ratusan tahun hasil daripada terlalu mempercayai al-Bukhari?
Namun jika benar kita mahu yang Hak maka kedua ulama ini amat penting kerana mereka adalah diantara insan yang dipilih Allah untuk mendidik ummat islam terus kepada Nabi s.a.w bukan dari kepala otak mereka sendiri.
Apakah yang saudara maksudkan? Mereka tidak menggunakan akal? Bukankah akal yang membezakan antara manusia dan binatang?
Atau yang saudara maksudkan adalah bahawa mereka mendapat wahyu tertentu?
Malah jika kita ingin menolak sesuatu hadith Bukhari adalah dibolehkan namun perlu ada hujah dari Quran atau hadith sahih lain yang memperkatakan sesuatu dan menyokong tindakan kita untuk kita tidak menerima hadith tersebut. Ini adalah bukti kita tidak bertaklid pada al-Bukhari.
Ini memberi masalah kepada isu hukuman rejam sampai mati. Kerana setahu saya, pada hari ini, tiada riwayat hadis bahawa Nabi Muhammad hanya menjatuhkan hukuman sebat ke atas kesalahan zina.
Mungkin sebab itu isu ini menjadi titik pertemuan antara Sunni dan Syiah.
Namun, saudara boleh baca sendiri dalil berikutnya, Surah An-Nur ayat 2;
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Apabila saudara sujud ketika solat, adakah saudara sujud kepada Allah atau As-Shafie? Atau saudara sujud kepada periwayat hadis tertentu?
Atau saudara menganggap bahawa Nabi Muhammad itu 'Superman'? Mempunyai 'lesen' untuk mengingkari perintah Allah yang terdapat dalam Surah An-Nur tersebut?
Atau saudara lebih beriman kepada Kitab Sahih Al-Bukhari berbanding Kitabullah?
Bukankah sudah banyak bukti yang menonjolkan kesilapan al-Bukhari dan As-Shafie?
Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?
Namun kitab nya amat sahih dan perawi serta sanandnya amat kuat dan amat meyakinkan serta langsung tidak bercanggah dengan Quran. Oleh itu kita perlu ada ilmu serta hujjah dan dalil daripada Quran dan Sunnah jika kita ingin berbeza dengan hadith al-Bukhari kerana beliau hanya mengumpul hadith yang benar-benar sabit kepada Nabi s.a.w dan bukannya dari ilmu beliau sendiri. Faham?
Adakah Al-Bukhari adalah satu lagi 'Superman'? Padahal, riwayat hadis dalam kitabnya berkenaan tarikh pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aisyah pun bercanggah antara satu sama lain.
Kemudian, saudara mendakwa ia langsung tidak bercanggah dengan al-Quran pula?
Atau saudara sekadar ingin menegakkan benang yang basah?
Ribuan hadith diulang sehingga ramai orang yang mempelajari hadith telah bosan kerana ribuan kali menjumpai hadith yang sama maknanya namun lain sedikit dari segi sebutan,peristiwa dll. Namun tidak ada hadith sahih yang bercanggah satu sama lain. Malah tidak orang yang mampu mencipta hadith kemudian dianggap sahih.
Saudara baru saja memberikan bukti kelemahan riwayat hadis berbanding Kitabullah. Alhamdulillah.
Ya, faktor yang lebih kurang begitu juga berlaku sedikit terhadap riwayat Kitabullah, sehingga mempunyai dua riwayat Kitabullah iaitu Hafs dan Warsh, tetapi tidak sekronik riwayat hadis.
Kami menurunkan Al-Zikir dan kami yang menjaganya. al-hajr .9
mengapa Allah mengatakan Al-zikir, bukannya ditulis Kami menurunkan Al-Quran dan kami yang menjaganya........mengapa ayat zikir yang digunakan? apakah maksud zikir didalam ayat itu? Ini adalah bukti menunjukkan bahawa hadith sahih juga dijaga! Dijaga melalui perawi dan sanad yang ditentukn oleh Allah s.w.t.
Pertamanya, mari kita lihat tafsir daripada Universiti Islam Antarabangsa bagi Surah Al-Hijr ayat 9;
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
Ini antara kelemahan puak Sunni dalam mentafsir al-Quran. Jelas, bahawa perkataan yang lebih sesuai adalah 'Peringatan' atau 'Al-Zikr', tetapi bagaimana pula mereka menukarnya dengan perkataan 'al-Quran'?
Namun, ini menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa 'Peringatan' itu merujuk kepada al-Quran. Dan mungkin kerana tidak mahu ia disalahfahamkan sebagai merujuk kepada riwayat hadis, lalu ditukarkan perkataan 'Al-Zikr' kepada al-Quran.
Zikir adalah suatu istilah dalam agama Islam. Ia merujuk kepada beberapa lafaz yang tertentu yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai wasilah (cara atau jalan) menghadirkan ingatan manusia kepada Allah. Ia merupakan suatu suruhan oleh Allah agar kita berzikir padanya siang dan malam melalui satu jalan iaitu melalui sunnah Rasulullah SAW. Adapun mereka yang mencipta sesuatu yang baru adalak tertolak. Inilah disiplin islam. Menyebutnya akan memberikan kita bukan sahaja satu pahala tetapi banyak. Pahala mengikut sunnah, pahala memuliakan lafaz zikir yang Allah ajarkan, pahala ingat kepada Allah dan kebesaranNya. Solat juga dianggap zikir. Didalam Quran Allah memerintahkan agar ruku' bersama orang yang ruku'. siapa yang ruku'? yahudi juga ada yang ruku'. yang ruku' ketika solat. tidak ada manusia yang menjaga solatnya jika dia mengatakan hadith itu adalah satu 'cerita' 'kisah' dan menganggap dongeng sahaja sunnah dan hadith itu kerna semuanya telah lenyap. maka fikiran ini melahirkan rashad khalifa. dia juga dikatakan solat. dia juga menolak hadith. lalu jadilah kejahilan yang amat. solat bersama wanita yang tidak tutup aurat. akhirya diri mengaku Nabi pula. gawat. jahil!
Adakah tertulis didalam Quran bahawa solat itu 5 waktu? mengapa sejak dari zmn Muhammad s.a.w solat itu 5 waktu tidak diubah hingga kini? siapa yang menjaganya kalau bukan Allah???
gitulah zikir yang dijaga. tidak mungkin diubah lagi. adakah dengan sombong kamu menyampahkan Abu hurayrah dan imam Bukhari sedangkan apa yang mereka usahakan itu telah dijamin hingga kini dan tidak ada tokok tambah lagi pada hadith! mereka tidak maksum. tidak semua hadith bukhari diterima sebagai sahih.ada yang boleh diperluas atau diperbincang.
hadith yang diyakini selalunya banyak ulangan. Jadi mengapa risau? kamu tidak belajar hadith bagaimana kamu tahu mengurusnya?
Surah Al-Hijr ayat 9;
Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.
'Peringatan' dalam tafsir di atas adalah merujuk kepada Al-Zikr. Al-Zikr adalah nama bagi Kitabullah.
Mari kita perhatikan Surah Al A'raf ayat 2;
Sebuah Kitab telahpun diturunkan kepada kamu, agar tiada beban pada dada kamu darinya, supaya kamu boleh memberi amaran dengannya, dan satu peringatan kepada orang yang beriman.
Mari pula kita perhatikan Surah Fussilat ayat 41;
Mari pula kita perhatikan Surah Fussilat ayat 41;
Yang mengingkari Peringatan apabila ia datang kepada mereka; dan ia adalah Kitab Suci.
berbalik pada injil dan taurat td. didalam kitab ini jelas Nabi Ibrahim,ismail,ishak dan Isa a.s. semuanya berkhatan.
3,95. Katakanlah (Muhammad): "Benarlah Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik
124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata, "dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
3,95. Katakanlah (Muhammad) "Benarlah (apa yang difirmankan) Allah." Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.
Berkhatan adalah fitrah begitu mencukur bulu-bulu juga adalah fitrah. Ini yang dikatakan oleh Hadith sahih mengenai berkhatan.
sekali lagi saya ingin katakan bahawa kita boleh berhukum dengan tauratdan injil selagi ada pengesahan dari Quran dan Hadith. Terdapat seperti apa yang telah kita kerjakan sama dijumpai dalam alkitab. Seperti wudhu, solat, puasa pemakaian hijab, haramnya babi,arak dan banyak lagi. Ini kerana 3 agama samawi agama wahyu dari langit . maka apa yang wujud didalamnya adalah mustahil dipertikai.
Yang mengsahihkan hadis itu adalah Al-Bukhari, bukannya Allah. Saudara juga mengakui bahawa al-Bukhari tidak maksum, riwayat hadisnya dikritik oleh ulama Sunni sendiri dan sebagainya.
aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah.
Ini adalah kenyataan syaitan yang telah Allah beritahu kita dalam ayat 119 surah an-nisa. Adakah orang yang berkhatan menerima arahan dari syaitan? Besar sungguh tuduhan mu ini. Adakah anak kecil yang dikhatankan dari dulu hingga kini sentiasa mendengar arahan setan? Adakah Quran tersalah? tidak! Kamu yang salah dan jahil. Nabi s.a.w ada menyebutnya didlm hadith sahih. malah jutaan orang yang berkhatan adalah kehendak ibu-bapa yang membawa anak-anak kecil mereka bagi memenuhi tuntutan Allah agar kita mengikut agama Ibrahim a.s. dan berlandaskan sunnah Nabi! Bukan setan! Ini amat berbeza. Malah tidak dapat dinafikan berbagai penyakit kelamin dapat dielakkan jika berkhatan. Termasuk HIV!
Manusia mengikut atas dasar taqwa bukan jahil.
engkau yang tidak berfikir.
Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;
Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.
kalo khatan apa yang telah kita ubah?? adakah alat kemaluan itu tiba-tiba boleh makan nasi? Alat itu jadi seperti perempuan?? atau fungsinya masih sama?
Utk kencing, dan mengadakan seks.masih tidak diubah pon ciptaan Allah itu!
maka bacalah dulu Ariiji sebelum Allah mempermainkan kau dengan lebih sesat lagi. Assalamualaikum sahabatku.
Soalan ini, jika ditanya kepada si kena khatan pun tahu jawapannya. "Kulup la yang berubahnya. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Macam chipsmore."
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment