Apabila saya menolak 'Nabi Muhammad' versi mereka, mereka menuduh saya menolak Kerasulan Nabi Muhammad. Seterusnya menuduh saya sebagai Kafir?
Apa tidaknya, apabila Kitab-kitab selain daripada Kitabullah yang mereka 'beriman', antaranya menerangkan Nabi Muhammad itu adalah 'Superman'.
Dan kemungkaran ini antaranya yang sedang ditentang oleh seorang ulama Sunni. Sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1032
Hakikatnya, budaya meng'Superman'kan Nabi Muhammad berleluasa dikalangan penganut Sunni. Tidak hairanlah jika ulama Sunni tersebut mendapat tentangan yang 'istimewa' daripada kelompok Sunni itu sendiri.
Dan hakikatnya, mereka tidak mampu 'beriman' kepada Kitab-kitab tersebut secara keseluruhan. Mari kita perhatikan hadis Sahih Muslim, 2362;
Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.
Mereka mendakwa 'Superman' versi mereka itu buta huruf, tetapi 'Superman' itu tahu pula bahawa Nabi Ibrahim pernah berkhatan? Adakah kebolehan mengesahkan fakta sejarah lampau itu antara satu kelebihan 'Superman'? Jika baginda sekadar mengetahuinya daripada khabar sejarah orang awam, adakah baginda akan menjadikannya sebagai hukum agama? Sehinggakan mereka mewajibkan amalan berkhatan dengan menggunakan dalil daripada Surah al-Nahl ayat 123;
Kemudian Kami mewahyukan kepada kamu: "Kamu hendaklah mengikut fahaman Ibrahim, monoteisme, dan dia bukanlah dari orang-orang musyrik."
Suara siapakah yang menyampaikan sejarah Nabi Ibrahim itu kepada baginda? Atau mereka telah terpedaya dengan riwayat hadis tertentu yang direka oleh penganut Yahudi?
Dan antara lima 'fitrah' yang diterangkan dalam satu riwayat hadis iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak, mereka hanya meletakkan hukum wajib ke atas amalan berkhatan? Yang lain pula mereka meletakkan hukum sunat?
Lebih-lebih lagi apabila seolah-olah manusia yang kehilangan 'anggota badan' tertentu tersebut lebih sempurna daripada manusia versi original?
Manusia versi original itu abnormal? Lalu dikhatankan untuk menjadi normal?
Padahal, itu adalah hasil daripada inovasi makhluk terhadap kesempurnaan ciptaanNya.
Jika saya bacakan Surah An-Nur ayat 2 bagi menolak hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina, telinga mereka menjadi 'pekak', ini kerana 'Nabi Muhammad' versi mereka adalah 'Superman'.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment