Sunday 18 April 2010

Kemalangan

Cermin mata saya yang dibeli hampir lima bulan lepas pecah hancur. Mungkin itu yang menyebabkan wajah saya luka. Mujur ada cermin mata spare part. Seluar Brittania yang selesa itu, kecuali bila banyak barang dalam poket, kerana poketnya ketat, juga koyak rabak.

Baju yang 'dihadiahkan' oleh abang tersayang, juga koyak rabak.

Handphone saya  tercalar tapi masih boleh digunakan lagi, akibat bergeser di jalan tadi.

Motor pula, ah, jika hendak disenaraikan kerosakan, agak leceh juga.

Apakah punca utama kemalangan ini? Biarlah rahsia.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Innalillahhiwainna'ilahirajiun.. ucapkanlah zikir ini sebanyaknya. Moga Allah azzawajall memberi rahmat dan hidayah pada kau.


Aku minta kau ubah pandangan dan segera menarik balik segala kenyataan kau yang menolak fahaman Ahlul Sunnah!
Adakah kau masih tidak menerima hadith?
seperti hadith rejam,khatan,dll nya?
adakah kau masih menganggap kalendar hijrah itu bercanggah dgn Quran?
sepatutnya kau boleh jawab dgn segera kerana isu2 ini dibangkitkan oleh kau. sepatutnya kau perlu lengkap dgn dalil dan hujah.
Maka DEMI TUHANMU (wahai Muhammad)! MEREKA TIDAK disifatkan BERIMAN sehingga mereka menjadikan ENGKAU(MUHAMMAD) HAKIM dalam mana-mana PERSELISIHAN yang timbul di ANTARA MEREKA, kemudian MEREKA pula TIDAK MERASA di hati mereka sesuatu KEBERATAN dari apa yang telah ENGKAU(MUHAMMAD) HUKUMKAN dan MEREKA MENERIMA keputusan itu dengan SEMUANYA. An-Nisa:65

Sehingga mereka menjadikan engkau(Muhammad) HAKIM!

Apakah tidak jelas bagimu?
Marilah kita mencintai Al-Quran dan mentaati apa yang terkandung didlmnya.
Sedarlah Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai amaran dan peringatan bagi mereka yang beriman. Hukum Rasulullah s.a.w tiada dalam Quran, hanya hukum Allah s.w.t! dan Allah Azzawajalla telah memerintahkan untuk taat pada Rasul-Nya!
Adakah ayat ini hanya ngomong kosong? sia-sia?
MasyAllah, tidak! Malah kafir lah sesiapa yang tidak menurut perintah dalam Al-Quran dan mensia-sia kan hidupnya yang memahami Quran dengan hanya berasaskan andaian sendiri. Sememangnya internet banyak menyaji pelbagai hal-hal yang jahil jadi waspadalah! jangan meninggalkan kitab-kitab dari Ulama yang mendidik dengan ilmu yang sahih. Ulama yang bermanhaj salaf , adalah yang paling baik dan paling hampir dengan ajaran Quran dan Rasulullah s.a.w.
Ulama inilah warisan Nabi s.a.w!
Tidak memahami agama dengan akal sendiri dan hanya berpegang dgn yang sahih iaitu dari Quran dan Nabi s.a.w melalui hadithnya s.a.w yang sahih sahaja. adalah penting untuk mencari kebenaran sebelum menghebahkannya. Al-Quran telah mengajar sifat ini!
sememangnya baik untuk suka mengkaji Quran, namun musnahlah ilmu Quran jika tidak berlandaskan Hadith. Mana mungkin kita boleh faham sesetengah ayat Quran kerana ia adalah kalamullah! manusia ilmunya terhad dan kerana itulah turunnya wahyu pada seorang manusia bergelar Muhammad s.a.w bagi mengkhabarkan wahyu dan menerangkan isi-isi nya.
didalam hadith jualah yg menerangkan Asbabunnuzul Quran! bagaimana ia boleh dipisahkan? tidak mungkin sama sekali!
Adapun aku mendoakan kau agar sembuh dan diberi rahmat wa hidayah agar kembali menerima Nabi s.a.w melalui haditnya. Allah subbahanauwata'ala mencintai mereka yang bertaubat dan InsyAllah , doa orang yang sakit dan bertaubat amat baik dan mudah dimakbul! InsyAllah! jadi doalah untuk ilmu yang benar dan doalah agar memperoleh hidayah dari Allah s.w.t dan moga amal ku ini dibalas dengan baik oleh Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Amiin yaRabbul'Alamin
-MuhdAbdillah-

Anonymous said...

"Malah kafir lah sesiapa yang tidak menurut perintah dalam Al-Quran"
Maaf aku ingin betulkan kenyataan ini, sebenarnya aku ingin tulis begini.
-Malah kafir lah sesiapa yang tidak mempersetujui ayat ini dan mempunyai pendapat lain-